Monday, December 16, 2013

Gulai Lemak Cili Padi Kulat Sisir / Cendawan Kukur

Assalamualaikum & salam sejahtera...


MaDiHaA lupa bila tarikh sebenarnya.. dalam 2 bulan lepas kot.. ada sorang adik yang hubungi MaDiHaA minta tolong carikan kulat sisir sebab maknya kat kampong teringin sangat2 nak makan kulat sisir.  Kesnya.. dia ternampak entry lama pasal kulat sisir dalam blog MaDiHaA ni.  Katanya kalau boleh dapatkan sebelum dia pulang bercuti ke kampong.  Memang MaDiHaA janji akan cuba carikan. Tapi malangnya memang tak jumpa kulat sisir kat mana2 waktu tu.  Suami MaDiHaA dah cuba cari kat pasar pagi Taman Medan, dan cari juga kat pasar besar PJ pun takde.  Jadi memang tak dapatlah nak lunaskan permintaan Izan buat maknya yang mengidam.  Memang takde rezeki.  Maaf kan akak ye Izan.



Minggu pertama cuti sekolah tempohari kami jemput kakak Dini kat asrama & ambil kesempatan untuk pulang ke kampong mertua sekali.  Yelah.. jarak kg mertua dengan sekolah anak sulung kami tu tak jauh mana pun.  Memang patut sangatlah kami balik kampong sekali kan.  Nak dijadikan rezeki.. mertua bagi kami kulat sisir yang dibelinya.  Beli kat mana tu tak pasti pula sebab waktu kami balik tu.. kulat sisir ni memang dah sedia ada kat dalam peti sejuk mak.  Tak silap MaDiHaA.. mertua kata dia beli RM16! Mak oii.. boleh tahan juga harganya.  MaDiHaA tengok takdelah banyak sangat kulat tu.  Tp tak taulah kalau mertua dah masak sikit kulat tu.  Kulat yg dibeli tu dibahagi dua dengan kami.  Alhamdulillah.. sebenarnya kami pun dah lama tak makan kulat sisir ni.. memang seronok sangatlah bila mak bagi tu.  Dapatlah sekali menggulai.  Terima kasih mak!

Menurut suami MaDiHaA zaman dia budak2 dulu.. kulat sisir ni diaorang kutip sendiri je pada batang getah yang tumbang.  Jenuh nak mengutip katanya.  Biasanya kulat sisir ni memang tumbuh pada batang pokok tumbang especially batang pokok getah seperti dalam gambar kat bawah tu.  Sebab tulah sebelum masak kulat ni kena kerat sikit kaki kulat tu sebab takut2 terlekat kulit batang getah pada kakinya tu.  Gambar ni ehsan dari fb Imah kawan MaDiHaA dari Perlis.  Imah kata.. kat kg dia senang nak jumpa kulat sisir ni nak plak kalau ada getah tumbang.  Memang jadi rezeki mereka lah.  MaDiHaA zaman budak2 dulu memang tak pernah ada pengalaman kutip kulat sisir. Sebab kg. MaDiHaA memang takde kebun getah. almaklum kg MaDiHaA hanya ada pokok sawit.  Kalau dalam kebun sawit.. senang nak jumpa kulat tahun.  Kulat tahun pun salah satu kulat feberet MaDiHaA. Sedap!  Sekarang ni pulak.. dengar kata ada sejenis kulat yang mereka panggil kulat tandan.  Kulat ni tumbuh pada tandan kelapa sawit lama yang dipotong.  MaDiHaA pernah rasa & kulat ni sama sedap macam kulat tahun juga. 


 Gambar kat atas ni.. belah kiri tu kulat sisir yang telah direndam & dibersihkan, dan sebelah kanan tu selepas kulat ditumbuk kasar. Kulat yang terjual biasanya kulat yang sudah dikeringkan. Jadi kita kena rendam sebelum dimasak.

Okey jom tengok resepi Gulai yang MaDiHaA masak baru2 ni.  Seronok bila berkongsi di FB.. ramai yang berkongsi lain2 resepi yang boleh dimasak menggunakan kulat sisir ni.  MaDiHaA sebelum ni hanya pandai masak goreng pedas + cili padi & bilis dengan gulai lemak aje. Lain kali boleh cuba resepi2 yang kawan2 cadangkan pula.



Gulai Lemak Cili Padi Kulat Sisir / Cendawan Kukur
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 cawan kulat sisir / kulat kukur kering
15 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
2 batang serai ~ dititik
900 ml santan sederhana pekat (MaDiHaA gunakan 200 ml santan kotak + 700 ml air)
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan.
1. Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam.  Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan air serta kekotorannya.  Rendam sekali lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.  Cucurkan kulat di bawah air paip & tos sebentar.  Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur.  Tumbuk manja2 je ye.
2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah & bawang putih hingga lumat.
3. Dalam periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.  Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau.  Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur.  Boleh dimatikan api bila dah secukup rasa.



Selamat mencuba!

23 comments:

Byzura Mj (By) said...

keco ailio. lama x makan.

Amie said...

Memang susah nak dapat kulat sisir ni sekarang Madiha. Samalah tu pengalaman hubby Madiha dengan Amie masa kecik2 dulu kutip kulat sisir kat batang pokok getah. Kalau musim hujan memang banyaklah kulat sisir dapat dipungut. Bila dapat lebih bonda akan jemur dan simpan dalam balang. Nak masak boleh rendam dulu supaya kembang. Yang bestnya kalau kutip musim hujan, pokok paku pakis udang pun ikut sama bertunas... apalagi kutip jugalah dan biasanya bonda masak tumis atau masak lemak dengan paku pakis udang tu. Sayang sekali... sekarang dah tak merasa lagi kenangan indah tu... mana nak cari pokok getah yang berkulat sisir sebab semua dah ditebang, dah ganti dengan pokok kelapa sawit pulak!

norhidana said...

perkh ngences tgk kak.... dana kalu nk mkn cendwan nih kene cari kt psr tani tmn melawati je lah... kalu blik kg pun tak jumpa nih kak... mana nk ada tunggul2 kayu yg ada cendawan gitu, kalu ada pun sume dh kene jual

Irfa said...

alahai..pepagi dh buat sy meleleh air liur,baru je smlm anak bujang sy kata 'abang mimpi makan sambal kulat macam kat kampung' huhu

Fazleyatul Aini said...

sedapnyaaaaa lama tak makan !

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak suka betul kulat sisir ni Madiha ... mak akak kata cendawan kukur tapi tu lah nak menyiang cendewan ni cukuplah bercinta.. kena basuh bersih2 sebab banyak pasir melekatkan ... Sedapnya dah lama akak tak makan :)

Mat Gebu said...

Sedapppppnyaaaaaaaa!!!....

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
sedap tu, masaklemak
kalu kat kg kadang2 beli jgak
bila teringin sbnya nak cari sendiri dah tak jumpa he hee
masa budak2 dulu ada la kan pakat kutipramai2 kat kebun getah

Liza said...

sedapnya kulat sisir ni, mmg peberet Liza..tapi kan kat sini mmg mahal, sepiring kecik tu je dah RM2.., mmg sikit sgt tapi sebabkan nak mkn terpaksa beli jugak la...

Sweet red cherry said...

nampak sedap la kulat tu kak madihaa..

Fatisha said...

mohon share puan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
sue faris said...

Terbaeeekkk

Atieazwa said...

Tengah google resepi kulat... nak masak kulat sisir... tengok resepi Puan mcm sedappp sangat... boleh cuba nihhh

Cik Ya said...

Saya ada jual kulat sisir kering..wa 01126034885

Cik Ya said...

Saya ada jual kulat sisir kering..wa 01126034885

Cik Ya said...

Saya ada jual kulat sisir kering..wa 01126034885

Cik Ya said...

Saya ada jual kulat sisir kering..wa 01126034885

Unknown said...

Tq resepi. Kt dlm peti ada kulat sisir dibeli di pekan sehari kuala krau temerloh. Tp x tau nk msk apa. Anak teruna tiba2 mintak masakkan kulat sisir. Tq sekali lg. Blh try masak

Wakjawa said...

Assalamualaikum. Maaf tumpang tanya. Knp nk ditumbuk dulu yea kulatnye tu? Mak sy 1st time ni nk try masak...hee...heee....

Unknown said...

Dah lama mengidam nk makan cendawan sisir ni. Baru ni jumpa kt pasar siti khadijah....semangkuk kecil rm5. Nk bawa balik JB masak nti

Abdullah aqif said...

Smlm beli cendawan Sisir KT pasar malam.nk masak xthu.. Nasib baik ada pengkongsian berguna.jap ag nk try masak.. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...