Thursday, December 26, 2013

Sambal Tempe, Kentang & Ikan Bilis

Assalamualaikum & selamat pagi...


Lauk berasaskan tempe ialah yang paling paling paling MaDiHaA gemar sekali. Kalau tapau atau makan nasi waktu lunch hari bekerja.. pantang nampak tempe, tak kiralah sambal tempe atau tempe goreng tepong... tanpa teragak2 memang wajib ambil.  Tak peduli uric acid tinggi kalau dah suka... den hentam saja... degil kan? Penyudahnya.. diri sendiri yang merana.. hehehe...  Sebab tu kat rumah MaDiHaA hadkan untuk masak tempe ni.  Kalau ikutkan hati memang suka sangat.  Cuma bila makan kat luar tu memang tak boleh elak bila makanan dah siap ada depan mata. hehe...

Rasanya semua orang pandai buat sambal tempe macam ni kan? Takpelah.. MaDiHaA letak sajalah resepi kat sini buat rujukan anak2 nanti.  Kakak Dini pun suka sambal tempe & kentang ni.  Sambal ni boleh dipelbagaikan.  Boleh guna cili kering kisar.  Tapi kali ni MaDiHaA masak guna campuran cili padi & cili merah.  Kasi pedas sikit baru sedap!




Sambal Tempe, Kentang & Ikan Bilis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 keping tempe plastik ~ hiris kecil
2 biji kentang saiz sedang/besar ~ hiris sederhana nipis
Segengam ikan bilis yang siap dikopek
Garam, gula & perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
15 biji cili padi
4 ~ 5 biji cili merah
1 biji tomato ranum saiz besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara menyediakan
1. Goreng tempe, kentang & ikan bilis cara berasingan sehingga garing.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.  Masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa.
3. Masukkan tempe, kentang & ikan bilis yang digoreng & gaul rata. Angkat & hidang.

Selamat mencuba

9 comments:

Gee® said...

My fav jugak...!! sedapnya meratah....

LiNa_Pg said...

Tengok posting kak MadihaA ni baru teringat ada wat jugak tempe ikan bilis ni tp versi lain la..lupa nk posting kih2
Sedap ni suma ada tempe, ikan bilis kentang bagai..rasanya tak makan nasi pun boleh kenyang ni complete nutrisi dah

che mid said...

Ok nak cuba sekarang bye!!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama akak tak makan tempe ni Madiha... huhhu tambah sekarang kolestrol akak melonjak naik nya.... terliur akak tengok tempe sambal Madiha ni :)

adda syuhada said...

sedapnya...

izahdaut said...

akakkk... saya pun suke sambal tempe. pantang makan tapau or makan nasik berlauk or nasik lemak mesti nak sammbal cenggini. tapi kat rumah jarang masak sbb tak de geng makan

Eellee Nana said...

sedapnya klu dapat meratah ni..hehe

Bicara Kak Noor said...

salam Madiha, sedap nampak tempe tu, akak mmg peminat tempe walaupun tkde suku sakat jowo lagipun tempe mmg berkasiat jom pakat2 kita makan tempe yuk hee

Fazleyatul Aini said...

lauk faveret saya jugak ni =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...