Friday, December 27, 2013

Gulai Lemak Cili Padi Labu Kuning

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ini dia sayur yang diregukan dengan Sambal Tempe semalam.  Nampaknya tiap2 minggu ada menu bersantan ni.. hehehe.. takper2.. tak lebih dari sekali seminggu tu kira oklah. Masih under control.. hehe.. Goreng juga ikan gelama masin.  Memang bertambah2 Kak Ton makan nasi... Eh Kak Ton jangan makan banyak2... nanti hilang kecomelan... hahaha.. jangan marah ye Kak Ton.. gurau2 je..

Jomlah MaDiHaA kongsikan resepi kampong ni pula ye.  Lama sungguh tak buat labu masak lemak gini.  Hari tu ke pasaraya nampak labu elok & murah pulak tu.. terus rembat sebiji bersaiz sedang.  Elok empuk labunya.  Sayur gini anak2 tak layan.. dorang makan kuah je... haishh anak2 ni memang susah nak menduga selera dorang ni. 



Gulai Lemak Cili Padi Labu Kuning
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 biji labu saiz sedang
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
garam & serbuk perasa secukupnya
1 helai daun kunyit
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan Kisar
15 biji cili padi (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis

Cara menyediakan
1. Campurkan bahan kisar, santan & air dalam periuk. Masukkan serai & daun kunyit. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sentiasa.
2. Bila hampir mendidih masukkan labu & teruskan mengacau perlahan2 sehingga labu hampir empuk. Masukkan garam & serbuk perasa secukupnya. Bila labu empuk bolehlah matikan api & hidang.

Selamat berhujung minggu.

7 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya tak makan labu tapi kalau buat masak lemak saya suka makan kuah dia, sebab rasa manis labu tu. sedap2

zila norazila said...

Sedap menu cmne..ada sambl belacan..yumm

m.u.l.a.n said...

yummm yummmm... kalo ada sambal belacan lagi power..

Bbwana adienia said...

salam kak..

seleranya tengok gulai lemak tu.sedap tu..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Madiha.
Perghhhh...sodap tuuuu... Kak, selalu Nadz masak labu ni sgb lemak kuning labu je. Tak pernah wat lemak cili api tapi best jugak kan.. Mesti ada rasa pedas2 dan manis2 labu tu.. eeeee...terliur tetiba...

mama sara nur said...

assalam
memang bertambah nasi kalu ada labu masak lemak gini he hee
sukaaaa dan sy suka mkn dgn sambal ikan bilis
ada ikan masin lagilah ngam he hee

saayaa norr said...

Saya dah cuba . Thanks untuk resipi ni. First time masak ini menjadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...