Tuesday, December 24, 2013

Mee Sizling

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Lama juga MaDiHaA tak masak mee jenis berkuah ni.  Tapi kalau mee goreng memang kerap sangat jadi hidangan sarapan kami sekeluarga.  Cuma malas je nak ambik gambar.. hehe..  kalau makan kat luar.. kerap juga MaDiHaA order mee sizling ni.. kadang2 order nasi claypot.. en. husband pun suka hidangan ala Cina lebih2 yang ada masukkan cendawan shitake tu.  Dulu MaDiHaA kurang suka bau dari cendawan tu.. tapi sekarang dah ok dah.  Malahan dah jadi suka pulak dah kunyah2 cendawan yang kenyal2 tu.. faktor umur boleh jadi.. hehe..

Oklah jom kita ubah selera sikit kali ni.. asyik hidang dengan nasi pun jemu jugak.


Mee Sizling
Resepi : MaDiHaA aka Ratna (hidangan 5 orang)

Bahan2
5 keping mee kering/ yee mee (pastikan ada chop halal JAKIM)

Bahan2 Kuah
4 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
5 sudu besar cili kering + bawang besar + bawang putih kisar
400 gm isi ayam ~ dipotong sederhana nipis memanjang
8 keping cendawan shitake kering ~ direndam hingga kembang & hiris sederhana nipis
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil serbuk pati ayam
2 sudu kecil lada hitam kisar (kisar sendiri)
2 ~ 3 pokok sawi ~ dipotong
1 mangkuk kecil cauliflower yang siap dipotong floret
2 sudu besar tepong jagung ~ bancuh dengan 100 ml air
900 ml ~ 1 liter air (ikut keperluan.. boleh kurangkan atau tambah ikut kepekatan yang anda suka)
minyak untuk menumis
telur ikut keperluan 
400 ml air (untuk masak telur)
1 sudu kecil cuka (untuk masak telur)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili + bawang kisar & tumis hingga naik minyak.  masukkan cendawan shitake & isi ayam & masak hingga ayam berubah warna.  
2. Masukkan air (jangan habiskan dulu air), sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, kicap pekat, serbuk pati ayam & lada hitam kisar.  Biarkan mendidih.  
3. Masukkan sawi & cauliflower & kacau rata. Perlahankan api tunggu ia merenih.  
4. Dalam kuali yang lain.. panaskan 400ml air & 1 sudu kecil cuka & biarkan mendidih.  Bila mendidih pecahkan telur dalam air satu persatu.  Tunggu telur seakan masak & angkat dalam piring & masak lagi telur ikut keperluan. (tujuan masak telur berasingan supaya telur tak hancur & mudah nak hidang nanti)
5. Sementara menunggu telur siap dimasak, dalam kuali kuah tadi bolehlah dituangkan air bancuhan tepong jagung & kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.  Rasa kuah & jika kurang masin boleh tambah sedikit garam. (MaDiHaA tak masukkan garam dah).  Bila dah cukup rasa boleh matikan api.
6. Panaskan pula air untuk merebus yee me tadi.  Bila yee mee dah lembut bolehlah angkat & tos.
7. Untuk menghidang, ambil sedikit yee mee yang direbus dalam pinggan hidangan, letak sebiji telur & cedok kuah & curahkan atas yee mee tadi.  Boleh juga hidangkan dengan cili hijau jeruk.

Selamat mencuba!

6 comments:

Phong Hong said...

Sedap ni! PH dah lama tak pekena mee sizzling. Teringin pulak!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Eeemmmm dappppnya, dah lama akak tak masak sizzling ni... cuti esok bole buat ni :)

lieyalatif said...

ya Allah kak..... petang2 nak balik keje ni leh tgk pic akak ni...mmg telan ailiyo bergelen2 lieya kak oiiii...dah le peberet nie..selalu mkan kat rasa alamanda tu.....

Fazleyatul Aini said...

feveret ni. kalau p food tesco wajib order. sedappp. makan plak dengan cili potong. slurpppp

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
asben nani kalau nak masak szilling mee camni mmg wajib ada cendawan tu.. dia rendam and air tu buat kuah.. sedap kan.. dah lama asben tak buat szilling mee.. baru last week buat yee mee sup je.. tapi style kuah pekat gak.. letak tepung jagung kan.. nyam nyam.. memang sedap...

ff.ufunclub said...

asslm sis... sy baru je cuba resepi ni..tgh mkn pun ni...dannnnnnnn sedapp sngt!!!
thank youuuuuuu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...