Friday, December 13, 2013

Tempahan yang lalu...

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Bertemu lagi kita ye... mood rajin update plak hari ni.  Kali ni update order plak.  Walaupun MaDiHaA dah tutup order sehingga 10hb Januari depan.. tapi jangan tak tau.. masih ada beberapa order yang belum sempat MaDiHaA kongsikan di blog.  Alhamdulillah.. sejak bisnes kecil MaDiHaA diiklankan di blog ini.. rezeki MaDiHaA tak pernah putus dengan order yang datang bertalu2.. ada juga order yang terpaksa MaDiHaA tolak kerana tidak mampu buat kerana diminta buat pada hari bekerja.  Ada juga yang perlukan tempahan dibuat penghantaran.  Maaf sangat2 kerana MaDiHaA tak mampu nak laksanakannya kerana MaDiHaA kurang arif selok belok jalan walaupun dah lama bermastautin di Selangor ni.  Lagipun.. MaDiHaA memang tak punya cukup masa untuk melakukannya.  Kewajipan terhadap keluarga harus diutamakan juga.  

Setakat ini.. bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan.  Syukur dengan kesihatan yang Allah s.w.t berikan dan dengan itu.. dapatlah MaDiHaA melaksanakan tanggungjawap menyiapkan tempahan2 customer ini.

Terima kasih kepada customer yang tak jemu2 order dengan MaDiHaA ya.  Jom layan gambar tempahan yang tak seberapa ni..


Tempahan dari Nisa, Subang Jaya 300 apam polkadot pelbagai filling.  TQ Nisa sudi menempah.. kawannya Suraya yang bertanggung jawap menempah bagi pihak Nisa.  TQ both of you!



Kedua2 apam di atas, polkadot & ladybug di tempah oleh Kak Maz pada hari berlainan.  Repeat order selepas kali pertama Kak Maz order 200 pcs apam polkadot tempohari. TQVM kak.... lebih kurang minta halal ye kak..

Oklah.. itu saja order untuk kali ni... segalanya apam! hehe... 

5 comments:

Mori Said said...

salam madiha.... maveles betul tengok apam2 di atas.... perlu kan kesabaran buat apam gini banyak..hehehe...

Khadijah Fisol said...

Assalammualaikum,nak tanya..kalau nak apam naik comel camtu nak kena letak dlm bekas tu dlm berapa banyak ye?terima kasihhh

Khadijah Fisol said...

Assalammualaikum,nak tanya..kalau nak apam naik comel camtu nak kena letak dlm bekas tu dlm berapa banyak ye?terima kasihhh

budakbandunglaici said...

wah comelnya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KHADIJAH FISOL: Wa'alaikumsalam. kalau nak apam naik tinggi mcm tu... adik kena letak adunannya sampai hampir penuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...