Tuesday, December 10, 2013

Ayam Masak Merah Tomato

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Hari ni kongsi resepi lauk kegemaran anak2 iaitu ayam masak merah yang MaDiHaA beri nama Ayam Masak Merah Tomato.  Resepi kali ni ada sedikit kelainan kerana menggunakan kisaran buah tomato menggantikan sos tomato/ tomato puree.  Kebetulan ada banyak buah tomato yang kulitnya MaDiHaA dah kupas untuk buat bunga ros dekorasi di atas pulut kuning tempahan customer.  Maka.. bergolek2lah buah tomato yang tak berbaju tu dalam peti sejuk.. hehe.. Nampaknya.. MaDiHaA kena gunakan tomato tu cepat supaya ianya tak rosak.  Maklumlah bila buahnya dah dikupas kulit.. ketahanannya tak sama macam tomato berkulit.  Nak dibuat ulam macam tak best je bila dah tak berkulit.  Jadi kenalah MaDiHaA gunakan dalam masakan supaya ia tidak dibazirkan...

Jom tengok resepi olahan MaDiHaA ni..



Ayam Masak Merah Tomato
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3/4 ekor ayam (saiz kecil/sederhana) ~ dipotong saiz sesuai
4 senduk penuh cili kering + bawang besar + bawang putih blender
3 biji tomato ranum ~ dikisar dengan 1/2 cwn air
1 biji bawang besar ~ di hiris kasar
1/2 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil gula pasir
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & gaul garam & kunyit lalu digoreng 3/4 masak.
2.  Kurangkan minyak dalam kuali cukup2 untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar termasuk tomato kisar tadi sehingga wangi & naik minyak.
3. Tambah sos cili, sos tiram, gula, garam & serbuk perasa. Tambah 1/2 cawan air & biarkan mendidih.  Biarkan sehingga sos secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi serta bawang hiris.  Kacau2 sehingga agak kering jika suka berkuah biarkan berkuah sedikit. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi berperasa.

Selamat mencuba!

6 comments:

lieyalatif said...

aduh kak sedapnye...terbayang2 makan ngan nasi tomato ke, nasi jagung ke ...eh tak pun nasi serai kan....adoi kak lieya lapoooooo nih!!!

mama sara nur said...

assalam k madiha
sedapnya

tutup temphahan , balik kg ye k madiha

Amie said...

Anak-anak memang cukup suka masakan yang merah2 ye Madiha, lagilah ayam masak tomato memang habis licin punya.
Amie biasa buat sambal tomato, agaknya kalau lebihan tomato tak berbaju tu ada depan mata habis Amie kerjakan buat sambal!

Umie Jazz said...

sedapnya madihaa...rmh kita klu msk lauk cenggini kompom licin....

dato bentara said...

Lauk kesukaan nih...dah lama idam..dengar pun, mulut dah mula nk meleleh air liur...Nk kena cuba jgk lah..arap2 menjadi...

Norazah Md Sarip said...

Salam singgah sini cari resepi ayam masak tomato..tq sy sharing ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...