Tuesday, December 3, 2013

Daging Goreng Asparagus

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sekarang dah masuk musim hujan belah Pantai Timur.  Ada sesetengah tempat sudah dinaiki air.  Hati rasa risau la pulak sebab ma & adik perempuan MaDiHaA dalam perjalanan pulang ke Pahang dari Terengganu sebab melawat bekas kakak iparnya yang telah kembali ke rahmatullah Ahad kelmarin.  Kawan2 di FB ada bagitau katanya jalan Kuantan Segamat berhampiran ladang burung unta tak boleh dilalui kenderaan sebab ada tanah runtuh.  MaDiHaA pun baru je lepas telefon Bilik Gerakan Banjir, Pahang.. & memang confirm KM75 dari Kuantan nak ke Muadzam Shah tak boleh dilalui semua kenderaan.  Masih dalam proses pembersihan.  Mudah2an ma & adik selamat dalam perjalanannya.  Mudah2an sesampainya ma di tempat kejadian.. jalan dah boleh dilalui semula.  Dorang pun risau kalau tak balik sekarang... ada kemungkinan nanti tak boleh nak balik langsung sebab takut tersekat dek banjir.  Dah banyak kampong2 kat Terengganu yg dah naik air.  Ya Allah permudahkanlah perjalanan bonda & adik ku ya Allah.... amin..

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi lauk pula.  Sebenarnya dah lama dah masak lauk ni.  Edisi nak habiskan daging korban yang tinggal sekali masak je ni.  Masak sempoi2 je ni.. janji sedap & alhamdulillah.. berselera suami & anak2 makan.  Walaupun sedikit pedas.. alhamdulillah...anak2 masih boleh menikmatinya.  Anak2 yg dua orang tu dah boleh makan pedas skrg ni.. senang omaknya nak masak..


 
Daging Goreng Asparagus
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
500 gm daging dihiris nipis
2 ikat (secekak) asparagus ~ dikerat 1 1/2 inci
1 atau 2 batang celery ~ dipotong serong
1 keping asam gelugur
air secukupnya
1 sudu besar sos tiram 
garam & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar
2 biji cili merah
12 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar hingga wangi & terbit minyak.  Masukkan daging & kacau rata.  Masukkan air anggaran cukup untuk empukkan daging.  Biarkan hingga air kering sedikit.  Jika daging belum empuk boleh tambah lagi air & renihkan hingga daging empuk.
2. Sebelum kuahnya agak kering masukkan asam gelugur, celery & asparagus kacau rata. Tambahkan sos tiram, garam & perasa secukupnya. Jika dah secukup rasa & dagingnya pun dah empuk bolehlah matikan api & hidang.



Selamat mencuba!

9 comments:

Qhaifa Nur said...

moga perjalanan ma dan adik selamat hendaknya kak...kuantan banjir pula

nur suka asparagus...sedapnya dicampur dengan daging kak...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap pulak akak tengok asparagus goreng dengan daging tu Madiha selalu akak masak dengan sayur campur jer... boleh cuba ni :)

Umie Jazz said...

sedapnya madihaa...x pernah buat nnti bole la dicuba...

zila norazila said...

Mgo dpermudhkn perjlanannye kak mdiha..mmg sedap dging msk mcmnekn..zila suka lauk kering2..

ummiaisyah said...

risau jugak bc citer pasai mak n adik kak Ratna...smg dilindungi Allah swt..
stok dgg korban sy dh abis...tggu taun dpn plak br mkn daging...hehehe

shaed said...
This comment has been removed by the author.
shaed said...

Nampak macam sedap aje..balik nak kena cuba nie..boring gak asyik masakan same aje. Resepicheff

Bbwana adienia said...

wah, mesti sedap ni kan kak..lapar la..

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. mmg teruk banjir kali nih. paling teruk dlm sejarah.. jambatan kt tgh2 bandar kemaman baru runtuh pagi td... umah tun kat kg mmg masuk air smp ke ruang tamu. dapur mmg tenggelam.. sedih pulak rasa.. alhamdulillah, parents dan adik2 tun pergi jln2 umah akak kt kulai masa air naik, jd x terperangkap dlm banjir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...