Tuesday, June 3, 2014

Nasi Tomato



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar semua? Harap semua baik2 saja ye.  Ok.. just quick update hari ni.. kejar masa.. takleh nak celoteh panjang2. Hari ni kongsi resepi nasi tomato yang dimasak sempena menyambut kepulangan anakanda dari asrama minggu lepas.  Ayahnya je jemput dengan bas sebab Selasa tu adik2 masih sekolah.  Petang Rabu baru mereka balik ke PJ.

Resepi ambil dari blog Mat Gebu.  Ikut bahan2 mana yang ada kat rumah je.  Terima Mat utk resepinya ye...


NASI TOMATO

MAT GEBU



BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)
5 cawan air rebusan ayam (MaDiHaA guna air biasa je)
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa



BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)
1.  Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak. 
3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.

Selamat mencuba!

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum madihaa, nampak sedap nasi tomato tu, akak baru dpt request dari anak2 uk nk mkan nasi tomato boleh lah ikut resepi madihaa ni ya ..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Yana Shaiful said...

Dh lama xmkn ns tomato..terliur la plak tgk ns akak..sedappnyee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...