Thursday, June 26, 2014

Tortila Wrap

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...




Dari sehari ke sehari nak update blog... akan tetapi tiba2 je mood untuk update merudum!  Tambah pula kesihatan kurang mengizinkan... lagi lemau nak update.  Gagahkan diri untuk update... terkenang2 masih ada beberapa gambar yang belum sempat dikongsi... ada juga hanya resepi2 ulangan... Hari ni gagahkan diri... rajinkan diri.. bangkitkan mood mengupdate... Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan... pasti ramai yang akan tercari2 resepi2 untuk juadah berbuka kan.  MaDiHaA macam biasa saja... setiap kali bulan puasa kami hanya berbuka puasa dengan makanan2 yang simple2... Tidak bermewah2 sampai penuh meja... tiada juadah2 istimewa almaklumlah tak sempat nak masak beria2 kalau sampai rumah pun dah lewat.  Lagi sedih jika ada yang terpaksa berbuka dalam kereta... huhuhu... yang penting tiada pembaziran kerana membazir itu amalan syaitan....

Oklah... Tortila wrap ni pun dah lama dibuat sebenarnya.  Sesekali jemu mengadap nasi.. kita masak yang mudah2 saja... janji perut terisi.. Mudah saja nak sediakan... semua gunakan bahan2 segera.. tinggal tumis2 je... jom kita tengok mcamana nak sediakan bahan2 intinya...



Tortila Wrap
by MaDiHaA

Bahan2
5 keping tortila (MaDiHaA guna jenis wholemeal)
mayonis secukupnya
sos cili secukupnya

Bahan inti
1 biji bawang holland ~ didadu
3 ulas bawang putih
5 keping daging burger ~ hiris memanjang
5 batang sosej ayam/daging ~ belah 4  memanjang (nak hiris pun boleh.. tp MaDiHaA belah supaya ia tak mudah jatuh2...
semangkuk hirisan kobis
1/2 biji capsicum ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam yg dikisar
kicap cair secukup masin 
sedikit minyak utk menumis 

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang dadu & bawang putih hingga layu & wangi. Masukkan daging burger & sosej.  Kacau2 hingga kedua2nya masak. Boleh masukkan sikit air jika perlu.
2. Masukkan bahan perasa... sos tiram, serbuk lada hitam & kicap cair kacau2. Campurkan kobis & capsicum & kacau2 kejap agak2 layu sikit2 je terus tutup api. Sejukkan sikit inti.
3. Sediakan tortila.. letak inti... paipkan mayonis & sos cili & gulungkan roti tortila tu ikut cara sendiri.  Kalau nak kemas boleh balut sebahagian mcam balut kuih ketayap tu.. kalau nak buat kun.. utk lebih kemas boleh balut dengan aluminium foil atau kertas kuih sebahagian balutan belah bawah tu.. (MaDiHaA pesan kat anak2 masa nak makan.. tekan bahagian bawah tu supaya inti tak terkeluar... hehe..) ok dah sedia untuk dihidangkan...

Selamat mencuba!

7 comments:

Salwa said...

Mesti sedap nih. Buat breakfast pun ok kan. Bertenaga sehari.

lieyalatif said...

betul kak..sesekali dah jemumakan nasi makan wrap pun sedap jugak kan kak...ajar perut makan ringan2 sikit heheheeh lieya selalu gak buat wrap ni kak utk bento budak2 ni heheheeh

Ratu Hatiku said...

Sedapnya...bulan pose buat mcmnie gerenti ank2 suka... :)

norhidana said...

boleh jd menu berbuka pose nih kak... kadng2 takde idea nk masak juadah kan... yg simple gini sedap gk

Amie said...

Selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak Madiha, samalah kita... buka puasa ala kadar aje, satu atau dua menu aje atas meja.

intan raudhah said...

assalamualaikum kak..
mesti sedap resepi ni lagi2 bila letak sos..Sy memang suka makanan yang bersos pon..hehe.

nak jemput singgah:)
http://suriraudhah.blogspot.com/2014/06/tergoda-dengan-blog-dari-dapur-madiha.html

nurjannahnordin said...

salam..banyaknye resepi.rajin masak mesti sedap nii. nati sy akn kunjung lg.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...