Friday, April 17, 2015

Kailan Sos Tiram

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ni MaDiHaA kongsi resepi sayur yang mudah je ye.  Sayur kailan ni menu wajib bila makan kat luar.  Memang suka sangat dengan kailan. Biasanya kailan sedap digoreng campur ikan tenggiri masin.  Tapi kali ni MaDiHaA masak campur sos tiram & sos ikan je.  Pun sedap jugak.  Kalau rajin.. boleh buat bawang goreng sendiri.. siap masak sayur ni tabur dengan bawang goreng. Hidang dengan nasi panas2. Terangkat!

Jom jom kita masak kailan!

 
Kailan Sos Tiram
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
300 gram kailan
3 ulas bawang merah/1 biji bawang besar saiz sederhana ~ dimayang
4 ulas bawang putih ~ diketuk
4 biji cili padi/1 biji cili merah ~ dihiris
2 ~ 3 sudu besar sos tiram
sos ikan secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak 

Cara2 menyediakan
1. Sayur kailan dipotong ikut selera. Asingkan bahagian daun & bahagian batangnya.
2. Panaskan minyak masak, lalu tumiskan bawang merah, bawang putih & cili.
3. Masukkan air & batang kailan. Masukkan sos tiram & sos ikan secukup rasa. Kacau hingga batang kailan agak lembut.
4. Masukkan bahagian daunnya pulak.. kacau rata & biar nampak layu. Sesuaikan rasanya.. jika kurang masin boleh tambah sos ikan / sos tiram. Siap!

Selamat memasak!

2 comments:

Ratu Hatiku said...

Sedap kailan nie...sy suka.. :P

aji nugraha said...

saya mau buat tar makan lama kayanya enak sekali,,Obat Rematik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...