Wednesday, April 1, 2015

Kuih Lapis Cendol

Assalamualaikum & salam sejahtera....




Merajinkan diri godek2 kuih ni sebab ada sebungkus cendol dalam peti sejuk. Masa membeli tu anak teruna yang bersungguh ambil 2 bungkus cendol masuk troli.  Dah buat dah cendolnya... tapi makannya sikit aje.  Jadi cendol berbaki tu kenalah buat sesuatu dari membazir macam tu aje.  Ubah sikit penampilan cendol tu kali ni.  Terjumpa resepi kuih lapis cendol ni dalam fotopages Chef Hanieliza.. jadi kita pun cubalah.  Bahan2 pun mudah je. Semua ada kat dapur tu.

Alhamdulillah menjadi.. cuma kurang molek kejadiannya.. maklumla buat tergesa2 sebelum tidor.  Masa potong pun tergesa2 jugak pepagi hari untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah.  Snap gambar pun tergesa2. Jadilah janji ada gambar kan.. hihi.. Tak sangka pulak lepas merasa kuih ni.. anak2 berdua tu nak bawa juga untuk bekal ke sekolah.  Kadang anak teruna tu kuih2 lembik gini kurang layan.  Kalu si adik tu memang tak memilih sangat.  Agaknya kena dengan selera mereka kot kuih ni.. yelah.. manis2 lemak gitu kan... mau tak sedap!

Oklah jom semak resepi ni.  Senang je nak buatnya... terima kasih kak liza untuk resepi ni ye...


KUIH LAPIS CENDOL
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 

Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan (MaDiHaA guna 1 kotak santan campurkan dengan air jadikan 3 cawan)
1 s/k garam

1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]

1 cawan cendul
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

6 comments:

Qhaifa Nur said...

sayang nak buang cendol tu..
nampak sedaplah kak...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Madihah.. rajin betulah melapis cendul ye :)

zana fahmi said...

Salam Madihah...lamanya tak bw sini. Terlior tgk kuih talam tu. Bila la nk cuba :-(

Nooriah Abdullah said...

rajinnya madihaa melapis2, akak aje bleum pernah try wlaupun tingin nk makan

Kakzakie said...

Kuih yg leceh-leceh buat kena sabar tapi hasilnya cantik dan sedap. Kakak tengok tergoda pulak:)

Rohah said...

Sedapnya klu dapat beberapa ketul ni...sy pun dah lama x menalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...