Thursday, April 23, 2015

Selamat Pengantin Baru Lan & Laila... (dapat biras baru...)

Assalamualaikum & salam sejahtera...



 
Sabtu minggu lepas berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar MaDiHaA dengan gadis pilihan hatinya iaitu orang Pekan, Pahang.  Apa2pun syukur alhamdulillah kerana majlis berjalan lancar & segalanya dipermudahkan.  Meriah sungguh majlisnya.  Walaupun kampong MaDiHaA tak jauh mana dari Pekan.. tapi kami memang jarang jalan2 ke Pekan.  Yang selalu kami pergi hanya Rompin & Endau.  Itupun mungkin sebab kami ada saudara kat sana kot.  Seingat MaDiHaA semasa kecil dulu MaDiHaA pernah dibawa berjalan2 oleh arwah ayah hingga ke Nenasi sekali sahaja. Itulah pertama kali MaDiHaA sampai ke Pekan. Itupun MaDiHaA ingat2 lupa apa sebenarnya misi arwah ayah ke Nenasi pada masa tu.  Maklumlah masa tu MaDiHaA belum bersekolah lagi. Mungkin masa tu umur 4 atau 5 tahun gamaknya.  Yang tak boleh MaDiHaA lupa, masa menunggu bas.. MaDiHaA ternampak seorang apek tua sedang makan udang kering dalam bungkusan kecil dibuat macam makan jajan.. hahahaha...  

Tahniah buat Lan & Laila... selamat pengantin baru buat kalian. 
Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin..
Terima kasih buat keluarga pengantin perempuan di atas layanan baik sepanjang kami berada di Pekan. 

Kali kedua sampai ke Pekan.. hati rasa terpautlah pulak... suasana kampong kat sana sangat mendamaikan.  Boleh nampak sungai, ada sawah padi, ada pokok kelapa, nampak kambing & lembu... seronoklah! MaDiHaA tak sempat nak meneroka habis sekitar bandar Pekan disebabkan masa yang terbatas.  Hanya sempat ikut en. suami mencari sarapan pagi pada pagi Sabtu tu kat pasar tani. Kami bertolak pagi Jumaat sebab majlis nikahnya dibuat pada malam tu.  Keluarga pihak perempuan sediakan sebuah homestay yang selesa untuk kami.  Seronok jalan2 tempat orang ni kan. Lepas ni bolehlah ajak en. suami jenjalan ke Pekan lagi.  Tak puas hati baru ni sebab tak sempat nak merasa murtabak Mengkasar yang femes kat Pekan tu... hihihi...




Part paling best tu.. impian nak merasa puding diraja yang dah lama terpendam akhirnya tercapai juga.  Syukurlah dapat juga merasa bila keluarga pihak pengantin perempuan hidangkan puding diraja sebagai dessert di meja makan beradap.. hehehe..  Yelahkan.. Puding diRaja kan popular di Pekan, Pahang... jadi wajiblah ada dimajlis raja sehari.. hehe.. 


Adik Alin asyik berkepit je dengan ciklan.  Orang lain nak bergambar pun dia dok kepit kat situ jugak.  Kepitla adik.. lepas ni dah takleh nak berkepit dengan ciklan lagi.... ciklan dah ada mem... hehehe...


Oklah itu je entry family untuk hari ni... Terima kasih sudi luangkan masa baca entry ini.

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat pengantin baru buat adik ipar madihah tu.. semoga berkekalan hingga ke jannah..

Sedap tengok puding diraja tu madihah..

Fazleyatul Aini said...

selamat pengantin baru
semoga kekal bahagia selamanya

aji nugraha said...

selamat semoga menjadi keluarga sakinah mawahdah warohmah,, amin,,,Obat Sakit Pinggang

ijayuji said...

Salam kak madiha salam winduuuuuuu😍😍ewahhhhh mcm lah tak pernah tgk kat fb kan😁takde kerajinan nak menuli kat blig skrg ni kak tunggu ntah bila nak dtg rajin 😁 selamat pengatin buat adik ipar akak moga bahagia

Amie said...

Tahniah pasangan yang manis... merpati dua sejoli. Moga bahagia hingga ke syurga.

Fai Nardir said...

sedapppnya tengok puding di raja tu kak... fai memang suka makan dessert2 ni bila ke majlis2 perkahwinan. hihi.. kalau kat johor ni biasa orang buat bubur kacang,bubur pulut hitam la... hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...