Wednesday, April 29, 2015

Lahpet / Myanmar Pickled Tea Salad againnn....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tekak ni tiba2 je terasa nak meratah kerabu acar daun teh Myanmar atau nama sebenarnya iaitu Lahpet.  Bila dok teringat menelan air liur dibuatnya.  Minggu lepas (yang pegi kenduri di Pekan) kami bawak balik bunga kantan agak banyak dari kampong. Jadi boleh sangatlah nak buat kerabu tu.. Bahan2 lain pun semua ada stok kecuali limau nipis.  Tapi takpe stok lemon ada jadi gantikan je jus limau nipis dengan jus lemon. Tak sangka pulak rupanya en. suami pun terasa yang sama macam MaDiHaA.  Dialah yang buka mulut dulu pasal kerabu tu.  Lepas tu terus dia ke dapur godek2 bahan kerabu. MaDiHaA jadi assistant je... hihi...

Sedapnyer lahai... kenyang meratah kerabu ni saja.  Nak makan nasi pun dah tak lalu.  Sekali lagi MaDiHaA kongsikan resepinya ye. Dah banyak kali MaDiHaA buat kerabu ni.  Kali ni en. suami tambah scrambled egg menggantikan isi ikan.  Boleh je campur apa2.. kita yang buat dia.. Tapi ikutkan resepi asli Lahpet ni.. takde campuran selain kekacang & daun teh (vegetarian).. kami je yang memandai nak kasi sedap lagi kerabu ni.. hehe..

Lahpet/ Myanmar Pickled Tea Salad


Resepi : MaDiHaA's Husband



Bahan2
½ peket Pickled Tea (Jenama SHWE seperti dalam gambar ~ guna separuh saja dr bahan2 di dalamnya)
3 ~ 4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis
4 biji cili padi ~ dihiris nipis
1 cawan kacang tanah ~ digoreng garing dengan minyak
½ cawan ikan bilis ~ dikopek & goreng garing (kalau boleh ikan bilis jenis halus sikit)
1 biji carrot ~ disagat halus
½ biji timun ~ disagat halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya  
1 biji telur ~ dijadikan scrambled egg   
3 sudu besar minyak masak bekas gorengan ikan bilis tadi  
garam, gula & aji secukup rasa

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan kesemua bahan2 yang perlu dihiris/sagat dan masukkan ke dalam satu bekas/besen.  Campurkan dengan kacang & ikan bilis yang telah digoreng garing.

2. Masukkan scrambled egg diikuti pula dengan bahan2 dari paket Pickled Tea. (guna setengah je.. maksudnya sepeket tu boleh buat dua kali/ 2  hidangan).

3. Perahkan jus limau nipis, minyak masak & campurkan garam, gula & aji secukupnya. (garam jangan letak banyak.. rasa2 dulu sebab ikan tongkol rebus & ikan bilis pun dah masin). 

4. Akhir sekali bahan2 tersebut hendaklah digaul rata menggunakan tangan (pakai sarung tangan plastik ye) terutama sekali acar daun teh tadi yang perlu diratakan sebab acar daun teh tu teksturnya agak likat sikit so kena gaul betul2 rata dengan tangan.  Bila acar daun teh agak2 dah rata. Boleh sambung gaul rata dengan senduk pulak & rasakan biar secukup rasa.  Jika perlu tambah ler jus limau atau garam ikut citarasa sendiri.  

5. Dah siap pun.. bolehlah hidangkan. Sesuai untuk dimakan begitu saja. Nak buat lauk nasi pun boleh.


Selamat mencuba!

2 comments:

norhidana miswan said...

apa dlm pickled tea tuh kak? tak penah jumpa mkn apa tah lg.... bt terliur je tau akak nih

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Norhidana: Dalam pack tu ada acar daun teh dengan kekacang, bawang putih goreng & bijan goreng. sedap tau dana... makan takleh berenti.. hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...