Wednesday, April 15, 2015

Talam Suji

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Bersua kembali.. Jom hari ni MaDiHaA kongsikan resepi Talam Suji yang sedap ni! Resepi di ambil dari blog Chef tersohor iaitu Chef Hanieliza atau lebih mesra di sapa dengan panggilan Kak Liza.  Masa mula2 dulu MaDiHaA ambil resepi dari Fotopages kak Liza... tapi kat sini MaDiHaA kongsikan link di blog Kak Liza ye sebab kat Fotopages tu kadang2 tak boleh dibuka.  

Terima kasih Kak Liza yang banyak sangat berkongsi resepinya di alam maya.  Sekarang Kak Liza beralih berkongsi resepi dengan menulis pelbagai buku resepi.  MaDiHaA pun ada beberapa koleksi buku resepi Kak Liza ni. Minta izin ye kak Liza saya kongsi resepi kuih ni kat blog saya pulak.


TALAM SUJI
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula merah (MaDiHaA kurangkan sikit.. sebab tu warnanya agak pudar)
garam

Cara:
1. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk (MaDiHaA guna kuali) dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat. Kacau gunakan whisker utk dapatkan hasil kuih yg licin & halus (tak berketul2).
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Masak gula merah dgn 1 cawan santan sambil dikacau2 hingga gula larut. Tapiskan. Adunkan semua bahan2 lapisan atas & lebihan santan tadi hingga rata.
4. Masakkan sekejap hingga naik wap dan agak pekat dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan dan potong. 







Selamat mencuba!

3 comments:

lieyalatif said...

cantik rupa paras talam akak..... sekata jek bile potong....kuih yg lieya takkan berani nak cube buat kak...mcm kuih seri muka semua tu laaa heheeheheh....

Fazleyatul Aini said...

feveret kuih talam ni

Unknown said...

ini kayanya lembut di mulut,,,Obat Rematik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...