Assalamualaikum & salam sejahtera...
Jom cuba resepi daging masak hitam TMK ni. Tak rugi mencuba sebab sedap sangat2. Masak untuk dinner, ada lebih.. anak bujang siap request nak bawak bekal nasi lauk daging untuk sekolah pagi esoknya.. katanya sedap sangat bu walaupun pedas.. hihi... pedas tu sebab lebihkan cili... tu yg terasa pedas sikit... walaupun pedas tp sedap.
Terima kasih Linapg berkongsi resepi ni. Sedap sangat walaupun ada juga yang akak derhaka sikit sebabkan bahan yang kurang lengkap. Malas nak beli tomato puri, akak gantikan dengan sos tomato... hihi... Kerisik pun tak letak sebab malas nak buat kerisik. Daging pun tak diperap lama.. hanya 10 minit je sebab masak hari kerja memang tak sempat nak berlama2. Walaupun banyak derhaka... menu tetap menyelerakan.
RESEPI
DAGING MASAK HITAM TMK
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara kasih)
Bahan Perap
:
1 kilo
daging pejal ( potong selebar 2 jari )1 labu bawang besar ( blend )
1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( saya guna serbuk sup adabi )
1 paket kari daging
1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman.Kalau nak cepat, perap stgh jam pun ok***
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar ( blend )
Rempah 4 beradik
2-3 helai daun pandan ( simpul )
3-4 sudu makan cili giling ( boleh tambah/kurang )
2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang ) ~ MaDiHaA guna sos tomato
kicap pekat ( saya guna mahsuri )
Kicap manis
Sos tiram
Minyak
Air
Cara-Cara:
Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
Masukkan cili giling , tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
Dah siap.
Selamat mencuba!
6 comments:
Assalam kak MadihaA sos tomato mmg boleh gntikan tomato puri.Sy pun kdg² wat camtu gak..guna apa yg ada kt umah..
Dgg itan ni menu tradisi kami..pakej ngn ns beriani..mak n mak mertua suka sgt..
Terima kasih kak madihaA sudi cuba :)
Assalam kak MadihaA sos tomato mmg boleh gntikan tomato puri.Sy pun kdg² wat camtu gak..guna apa yg ada kt umah..
Dgg itan ni menu tradisi kami..pakej ngn ns beriani..mak n mak mertua suka sgt..
Terima kasih kak madihaA sudi cuba :)
saya sukaaa sgt daging masak hitam. memang feveret
Madihah,x bwg putih n halia ke?
daging korban ade lagi tinggal hujung2 tu kak...leh laa try resepi akak nieh...dpt nasi panas makan ngan lauk ni je dah cukup dah....
Ainis Azira : bawang putih & halia tak perlu... simple je resepi ni..
Post a Comment