Monday, August 13, 2012

Kerabu Kaki Ayam Idaman.. yummy!!

Assalamualaikum...

Ramadhan semakin hampir nak melabuhkan tirainya & Syawal pula semakin menghampiri kita.. Sekejap betul masa berlalu kan....

Oklah.. hari ni nak berkongsi resepi yang ku idam2kan sekian lama... Teringin sangat nak makan Kerabu Kaki Ayam ni... dah macam orang mengandung plak!  Dah lama nampak kawan2 dok jamu selera dengan Kerabu Kaki Ayam di restoren2 pilihan mereka.  Macam biasa kalau bab2 makan kat luar ni memang payah sikit kitorang ni terutama kalau memang semata2 keluar untuk makan...  Tapi kalau keluar ada hal lain atau shopping tu memang wajiblah kena makan kat luar kan... Ataupun kalau dah mengidam sangat & kedai makan yang nak dituju tu dekat... oklah juga.. Ni yang aku tau (melalui teman2 di blogger) kedai2 femes jual kerabu kaki ayam semuanya jauh dari rumah.  En. abang memang tak layan punya kalau semata2 nak makan nak kena keluar dari daerah.. tambah pulak yang diidam tu hanya Kerabu Kaki Ayam yang mana kaki ayam tu memang bukan kesukaan dia.. hihihi....


Oklah disebabkan tekak ni memang teringin sangat nak makan tambah pula kaki ayam & juga kerabu memang kegemaran aku... jadi operasi mengumpul kaki ayam pun berlangsung.. hehe.. Sebenarnya tempohari aku dah kumpul dah kaki ayam ni sebanyak 2 pasang dah siap letak dlm bekas berasingan dlm freezer tu.  Alih2 bila en. abang memasak masa awal puasa hari tu...  habis dimasaknya juga kaki ayam tu... alasannya apa tau.. Katanya dah ibu kan suka kaki ayam.. tu yang abang masak sekali tu.. heeeee... Yelahh.. silap aku juga sebab tak pesan kat dia awal2... Jadi kenalah simpan semula.. Nak dapatkan 5 pasang kaki ayam tu.. kenalah tunggu en. abang beli 5 ekor ayam dulu.... heheeee... & akhirnya.. kelmarin.. berjayalah aku kumpulkan si kaki ayam ni sebanyak 5 pasang atau 10 ketul semuanya... Memang lambat sungguh.. bukan apa.. aku ni walaupun penggemar kaki ayam.. bukan semua kaki ayam aku lalu nak makan.  Kalau terkena kaki ayam yang ada sopak kat tapak kaki dia tu.. aku terus je campak dalam tong sampah... hehehe.... hanya kaki ayam yang bersih putih mulus je yang aku akan ambik.. Hmm... sejak dari sebelum puasa mengidam.. akhirnya berbuka semalam barulah dapat.. puas hati.. sedapppnyerrrr!!! Hanya yang gemarkan kaki ayam je tau betapa sedapnya melayan kaki ayam ni.. hehe... Nak kena kumpul lagi si kaki ayam ni nampaknya... hehe....

Oklah kat bawah tu resepi ikut versi sendiri jer... tak taulah resepi yang kat restoren2 tu macamana kan.. ikut citarasa & bahan2 yang available kat rumah je ni.. bunga kantan tu kalau nak tukar dengan daun ketumbar pun boleh juga rasanya.. jadi kerabu ala2 Thai sikit kan.. yang ini kerabu ala2 Thai + Melayu lah kot sebab guna bunga kantan.. layannn...


Kerabu Kaki Ayam Idaman
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 pasang kaki ayam (10 ketul) ~ bersihkan & potonglah apa2 yg patut.. (kasi cantas terus yg berkuku tu... hee...)
3 ulas bawang merah*
8 biji cili padi* (boleh kurangkan atau lebihkan)
1 kuntum bunga kantan (saiz kecil)*
1 batang serai*
1 biji tomato ~ buang biji & hiris / potong kiub
3 sudu besar sos ikan nampla
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya (boleh lebihkan kalau suka lebih masam)
1/2 sudu besar gula

Cara2 menyediakan
1. Kaki ayam direbus sehingga betul2 empuk (MaDiHaA rebus sampai 3 kali kering air... isi/kulitnya tu dah mcm nak tertanggal dari tulang.. hee...). Bila dah empuk angkat & masukkan dlm tapis & siram dengan air panas. Kaki ayam dipotong 3 bagi setiap ketul. Ketepikan dahulu.
2. Semua bahan2 bertanda* dihiris. Serai pula dihiris betul2 nipis & semua bahan hiris dimasukkan dalam satu bekas. 
3. Campurkan kaki ayam yang dipotong tadi bersama2 bahan hiris. Masukkan tomato yang dihiris, sos ikan, jus limau nipis & setengah sudu besar gula. Kacau rata2 sehingga mesra.  Bolehlah dihidang segera.. Yummyyyyy!!

Selamat mencuba!

Friday, August 10, 2012

Talam Banjar


Assalamualaikum..

Salam Jumaat buat semua.... alhamdulillah.. masih bernafas di muka bumi Allah S.W.T ini....  syukur alhamdulillah... Kita sudahpun masuk fasa ke 3 Ramadhan iaitu misi mencari malam Lailatul Qadar... semoga kita semua diberikan kekuatan agar dapat melipat gandakan amalan dibulan yang mulia ini terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan... mudah2an.. akan bertemulah kita dengan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu malam... kerana malam tersebut merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
 
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."

Bercerita pasal fasa ke 3 di bulan Ramadhan ini.. syukur alhamdulillah.. anak bujang ku Haziq (6 tahun) masih lagi bertahan & berpuasa penuh sepanjang Ramadhan tahun ini.  Berbanding tahun lepas semasa dia berumur 5 tahun hanya berjaya puasa penuh 5 hari saja.. hehe.. Minggu pertama puasa menjelang tengahari.. memang ada jugalah kerenahnya... lebih2 lagi bila hari dia bersekolah di mana tengahari dia tinggal di rumah pengasuh.. boleh katakan hari2 telefon cakap tak tahan & haus.. hehe.. Tapi bila dipujuk2 alhamdulillah.. dpt juga dia teruskan puasanya.  Pernah sekali sampai 2 kali telefon & nangis2 cakap haus.. (dia tak ckp pasal lapar).. akhirnya aku cakap kalau macam tu berbuka ajelah.. tp nanti abang (panggilan dia di rumah) jawaplah dengan ayah kenapa berbuka ye.. hmm.. bila pengasuh buatkan air & letak nasi depan dia.. takmau pula dia menyentuhnya.. hehe... Alhamdulillah masuk minggu ke dua.. takde buat pe'el lagi hinggalah ke hari ini... mudah2an abang Haziq berjaya teruskan puasa hingga genap sebulan..

Oklah.. hari ni sebenarnya nak berkongsi resepi kuih Talam Banjar yang dah lama di buat sebenarnya... Buat sebelum puasa lagi.. tapi tertunda2 nak update.  Resepi ni pertama kali tengok di blog Kak Ayu Singapore.  Masa tu tekak memang sedang teringin nak makan kuih serimuka... ternampak pula kuih yang seakan2 serimuka di blog Kak Ayu.. jadi bolehlah cuba.. Hasilnya.. alhamdulillah... sedap di tekak kami.  Seakan2 Serimuka juga rasanya.. cuma bahagian pulut tu terasa kelapa parutnya.. kasar2 gitu.. hehe..

Oklah.. sebelum berkongsi resepinya.. nak ucapkan terima kasih pada Kak Ayu yang mengilhamkan kuih ini dari resepi Sajionline..

Talam Banjar

Bahan Lapisan Bawah:-
250g beras pulut
5 sudu besar kelapa parut
100g santan pekat
150g air
1 sudu kecil garam

Cara:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 8' hingga padat. 


Bahan Lapisan Tengah:-
Bahan A
2 biji  telur
2 sudu besar tepung gandum
sedikit chocolate emulco kalau warna gula melaka tak gelap (MaDiHaA tak letak..)

Bahan B
*60g gula melaka
*35g gula pasir
*280 ml santan(150ml santan pekat + 130ml air)
*2 helai daun pandan
(Masak hingga gula larut, kemudian tapis, ketepikan)

Cara:-
Satukan Bahan A, dan Bahan B, didalam blender. Blend hingga sekata. 
Tapis, panaskan  didalam kuali non stick, hingga naik wap, bila adunan nampak pekat sedikit, cepat2 tuang keatas pulut yang telah dipadatkan tadi. Kukus dalam 30-40 minit.

Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
35g gula pasir
1 sudu kecil vanilla esen
280ml santan(150ml santan pekat + 130 ml air)
beberapa titik pewarna hijau

Cara:-
Masukkan bahan2 kedalam blender. Blend hingga sekata. Tapis, panaskan didalam kuali non stick, hingga naik wap, bila adunan nampak pekat sedikit, cepat2 tuang keatas lapisan tengah tadi. Kukus hingga masak.


Selamat mencuba!

Thursday, August 9, 2012

Jemput-Jemput Kelapa cicah Sambal Sardin.. sodap aje...

Assalamualaikum...

Tayang menu berbuka minggu lepas.. menu kampong jer pun...tapi yang penting sodappp & anak2 pun suka... sesekali sedap juga layan cucur atau cekodok atau jemput-jemput gini... senangkan menu2 berbuka keluarga kitorang ni... bulan puasa tahun ni memang 'takde hati' nak masak grand2... apalah ertinya kami mengadap makanan sedap2 sedangkan insan2 kesayangan kami yang lain sedang diuji Allah S.W.T nun di sana.... 

Okaylah.. resepi pun main campak2 je... takyah nak sukat2 sgt pun.. gerenti jadi punya... 




Jemput-Jemput Kelapa
Resepi : MaDiHaA aka. Ratna

Bahan2
1 biji kelapa parut putih
500 gm tepong gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
air secukupnya 
minyak masak secukupnya

Cara2 menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali minyak masak sehingga rata. Kepekatan batter ikut kesukaan sendiri ye.. 
2. Panaskan minyak masak & bolehlah digoreng cucur sehingga habis.. Cicah dengan sambal tumis atau sambal sardin.. marbeless... hee... Batter yang sama ni boleh juga kalau nak dibuat lempeng...


Sambal Sardin/Mackerel
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2

1 tin sardin/mackerel saiz besar (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang saiz besar ~ potong dadu
1 biji terung (optional) ~ potong dadu atau ikut suka
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
1 keping asam gelugur
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
½  s/k gula

Cara2
1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur & kentang. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk.  Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur.  Masukkan terung & biarkan terung agak lembut.
2. Masukkan mackerel serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum dihancurkan tulang tengah mesti dibuang).  Masukkan garam, aji & gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya. 
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.
 Selamat memasak!


Wednesday, August 8, 2012

Asam Pedas Ayam Nyonya


Assalamualaikum...

Bersua lagi setelah 4 hari menyepikan diri... 3 hari bercuti & sempat pulang ke kampong mertua berpuasa & berbuka di sana.. tapi sayangnya kami terpaksa pulang semula ke KL pada hari Ahad kerana suami kena kerja hari Isnin cuti Nuzul Quran.. hanya aku & anak2 je yg cuti & berehat di rumah sambil2 langsaikan kerja2 rumah yang tertunggak.. 

Oklah.. pagi ni nak berkongsi menu sahur kami beberapa hari yang lepas... Sejak2 en. suami ambil alih kerja2 memasak untuk berbuka masa dia kerja shift malam minggu lepas.. tekak ni rasa teringin sangat nak makan asam pedas... tapi faham2 ajelah.. en. suami kalau bab2 asam pedas ni dia kurang mahir sikit... jadi pendamkan jelah... hehe.. minggu ni giliran mem besar pulak masuk dapur.. jadi bolehlah masak ikut selera mem besar hihi... Tapi lauk2 yang sempat di masak ni memang tak sempat dihidang waktu berbuka sebab kesuntukan masa.. jadi hanya dpt dimakan waktu bersahur aje... untuk berbuka biasanya aku hanya sempat hidang yang ringkas2 aje macam mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, makaroni atau cekodok cicah sambal.. semuanya menu2 ringkas.. tahun ni memang catat sejarah sebab baru sekali pegi bazar Ramadan.. hihi...


Oklah untuk resepi Asam Pedas Ayam Nyonya ni resepinya di ambil dari blog Mat Gebu.. Resepi asalnya menggunakan ikan.. tapi daku dah tukar kepada ayam... jangan maree ye Mat... hehe.. terima kasih resepinya... sodapp!! Akak suka ngan sawi asin tu... berselera di makan waktu sahur... mintak izin ye Mat akak letak resepi kat sini...
Asam Pedas Ayam Nyonya
Resepi : Mat Gebu
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • ½ ekor ayam – potong kecil, cuci bersih dan toskan
  • 2 kelopak sawi jeruk (optional)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya & juga ayam. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

Selamat mencuba!

Friday, August 3, 2012

Pulut Lepa aka Pulut Panggang Versi Terengganu

Assalamualaikum....

Bersua lagi di hari Jumaat yang barakah pada bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur & dapatlah ku berkongsi lagi resepi2 di blog kesayanganku bersama teman2 & follower2 tersayang.  Terima kasih MaDiHaA ucapkan kepada teman2 sekalian yang tak jemu2 datang berkunjung ke blog MaDiHaA walaupun MaDiHaA sendiri tidak dapat membuat kunjungan balas kesemua blog teman2... Harapnya takde yang berkecil hati ye.. Kalau ada tu.. MaDiHaA mohon maaf sangat2...

Oklah.. entry ringkas saja hari ni sebab sekejap lagi MaDiHaA terpaksa keluar ke KL sekejap atas urusan kerja..  Jadi kita teruskan dengan resepi yang nak dikongsi hari ni ye.


Resepi hari ni dengan bangganya MaDiHaA sebagai anak jadi Terengganu nak berkongsi resepi Pulut Panggang Versi Terengganu atau lebih dikenali sebagai Pulut Lepa di Terengganu.  Istimewanya Pulut Lepa ini ialah kerana intinya diperbuat daripada isi ikan yang dimasak dengan santan dan lain2 ramuan..  resepi inti ini juga boleh digunakan untuk membuat Paung Ubi/Pulut & juga Tembosa Ikan.. semuanya kuih-muih yang hanya boleh didapati di Terengganu.. hehe.. 

Ok mula2 kita sediakan dulu intinya yer... 


sila besarkan untuk paparan yang lebih jelas


INTI PULUT LEPA
Bahan2
1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.


sila besarkan untuk paparan yg lebih jelas..

PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Bahan2
1 kg beras pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
2 sudu kecil garam/ secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan. 


9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Bolehlah dihidangkan panas2 atau sejuk... sedapppp!!


Selamat mencuba!


Thursday, August 2, 2012

Tamban Kering Cili Hijau

Assalamualaikum....

Pagi ni nak share resepi lauk yang simple tapi boleh bangkitkan selera terutama ketika bersahur.. Sebabnya lauk ni pedas2 sikit serta ada rasa masam2 sikit.  Kalau kurang berselera time sahur tu memang berselera kalau dapat lauk ni insyaAllah...

Bahan2nya pun hanya bahan2 murah je.. tapi yang wajib sekali ialah ikan tamban kering tu sendiri.. Kalau guna ikan bilis dah lari rasanya tu... Tapi skrg ni agak jarang nampak ikan tamban kering kat kedai.. mungkin kat pasar bahagian kering adalah kot... aku ni memang jarang pegi pasar... hehe... Ikan tamban kering ni biasanya takdelah besar macam ikan tamban basah tu...  saiznya kecik2 je.. tapi off course le lebih besar dari saiz ikan bilis tu... Bagi aku lauk ni memang membangkitkan selera... cuba2lah ye kalau dah takde idea nak masak apa tu... 

Kat bawah ni disertakan resepinya...


Tamban Kering Cili Hijau
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
1 mangkuk sedang isi ikan tamban kering yg telah dikopek bersih (buang kulit/sisik & buang kepala & perut ~ belah kecik2 & basuh)
4 ~ 5 biji cili hijau ~ potong serong
5 ~ 6 biji cili padi ~ belah 2
1 biji bawang besar saiz XXL ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 sudu besar asam jawa ~ campur sikit air ambil jusnya
2 cawan santan pekat dari setengah biji kelapa
minyak untuk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak masak. Masukkan ikan tamban dan kacau2 seketika. (tak perlu garing.. sekadar lembut jer)
2. Masukkan bawang putih & bawang besar. Kacau2 lagi hingga bawang layu.
3. Masukkan cili hijau, cili padi, santan & air asam jawa.
4. Masak hingga ikan tamban lembut dan santan agak kering.
5. Perasakan dengan garam & aji secukupnya (rasa dulu sebelum boh garam sebab ikan tamban tu dah masin ~ tp kalu tengah puasa.. pandai2lah agak ye.. kurangkan sikit garamnya.. hehe..).
6. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...