Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, August 2, 2012

Tamban Kering Cili Hijau

Assalamualaikum....

Pagi ni nak share resepi lauk yang simple tapi boleh bangkitkan selera terutama ketika bersahur.. Sebabnya lauk ni pedas2 sikit serta ada rasa masam2 sikit.  Kalau kurang berselera time sahur tu memang berselera kalau dapat lauk ni insyaAllah...

Bahan2nya pun hanya bahan2 murah je.. tapi yang wajib sekali ialah ikan tamban kering tu sendiri.. Kalau guna ikan bilis dah lari rasanya tu... Tapi skrg ni agak jarang nampak ikan tamban kering kat kedai.. mungkin kat pasar bahagian kering adalah kot... aku ni memang jarang pegi pasar... hehe... Ikan tamban kering ni biasanya takdelah besar macam ikan tamban basah tu...  saiznya kecik2 je.. tapi off course le lebih besar dari saiz ikan bilis tu... Bagi aku lauk ni memang membangkitkan selera... cuba2lah ye kalau dah takde idea nak masak apa tu... 

Kat bawah ni disertakan resepinya...


Tamban Kering Cili Hijau
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
1 mangkuk sedang isi ikan tamban kering yg telah dikopek bersih (buang kulit/sisik & buang kepala & perut ~ belah kecik2 & basuh)
4 ~ 5 biji cili hijau ~ potong serong
5 ~ 6 biji cili padi ~ belah 2
1 biji bawang besar saiz XXL ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 sudu besar asam jawa ~ campur sikit air ambil jusnya
2 cawan santan pekat dari setengah biji kelapa
minyak untuk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak masak. Masukkan ikan tamban dan kacau2 seketika. (tak perlu garing.. sekadar lembut jer)
2. Masukkan bawang putih & bawang besar. Kacau2 lagi hingga bawang layu.
3. Masukkan cili hijau, cili padi, santan & air asam jawa.
4. Masak hingga ikan tamban lembut dan santan agak kering.
5. Perasakan dengan garam & aji secukupnya (rasa dulu sebelum boh garam sebab ikan tamban tu dah masin ~ tp kalu tengah puasa.. pandai2lah agak ye.. kurangkan sikit garamnya.. hehe..).
6. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

12 comments:

Mat Gebu said...

salam kak...
Aduuhhh sedappnyaaa ni, makan ni
dgn nasi panas pun dah cukup...

wati said...

Salam kak,

nnti boleh try ni sbb ada pedas dan masam sy suka...

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! selamattttttt petanggggggggg :D dtg sambil2 tgk resepi bingka dr hampas kacang soya :D mekaseh bgtahu :)) kita tak suke lerr masak2 mcm ni sbb nasik asyik nak tambah dan tambah jerrr sbb tu kita tak suke ehehe... ok nak skodeng resepi sekejap :D

Qhaifa Nur said...

salam....

my fev ni, tak payah lauk lain sedapnya ikan tambannn......

ALoNa CintamaniszLite said...

Kak...sy selalu tgk tamban kering ni hat jenis kecik2 itam tu. Ikan bilis itam tu lah...tp dia ada 2 jenis..satu ikan kembong. Satu lagi tamban. Tp sy suka yg ikan tamban.
Sy masak sambal ijau...blender cabai ijo ngan cili api, bwg, bwg putih buat sambal kering ada kuah sket2. Sy suka sambal jenis ni sebab dia leh tahan 2-3 hari dan kerangupan pun kekal lagi, hehe..

ibh_sue said...

Asslmkum..
Ni salah satu menu yg boleh buat makan nasi tak hingat juga..Heee

Yana Shaiful said...

sedapnya klu dpt mkn dgn nasi panas2 time sahur..bertambah jgk mkn nasi ^^

m.u.l.a.n said...

wohhoooo... sangat sedap..!!

nOOrsha said...

fuhh..lauk gini mmg mmbuka selwera kak..lagi2 time sahur...mmg sedapppp:)

Malay-Kadazan girl said...

Syoknya lama tak makan ikan tamban kering. Stok mak bawa dulu dah habis.

Nieza said...

assalam kak, lauk simple dan yg pastinya menyelerakan:)

quinnie said...

lauk cam gini mau bertambah nasi..hehehe...ingatkan ikan bilis juga ikan tamban ni...kalau duk sebelah menyebelah mesti ingat ikan bilis juga..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...