Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, August 13, 2012

Kerabu Kaki Ayam Idaman.. yummy!!

Assalamualaikum...

Ramadhan semakin hampir nak melabuhkan tirainya & Syawal pula semakin menghampiri kita.. Sekejap betul masa berlalu kan....

Oklah.. hari ni nak berkongsi resepi yang ku idam2kan sekian lama... Teringin sangat nak makan Kerabu Kaki Ayam ni... dah macam orang mengandung plak!  Dah lama nampak kawan2 dok jamu selera dengan Kerabu Kaki Ayam di restoren2 pilihan mereka.  Macam biasa kalau bab2 makan kat luar ni memang payah sikit kitorang ni terutama kalau memang semata2 keluar untuk makan...  Tapi kalau keluar ada hal lain atau shopping tu memang wajiblah kena makan kat luar kan... Ataupun kalau dah mengidam sangat & kedai makan yang nak dituju tu dekat... oklah juga.. Ni yang aku tau (melalui teman2 di blogger) kedai2 femes jual kerabu kaki ayam semuanya jauh dari rumah.  En. abang memang tak layan punya kalau semata2 nak makan nak kena keluar dari daerah.. tambah pulak yang diidam tu hanya Kerabu Kaki Ayam yang mana kaki ayam tu memang bukan kesukaan dia.. hihihi....


Oklah disebabkan tekak ni memang teringin sangat nak makan tambah pula kaki ayam & juga kerabu memang kegemaran aku... jadi operasi mengumpul kaki ayam pun berlangsung.. hehe.. Sebenarnya tempohari aku dah kumpul dah kaki ayam ni sebanyak 2 pasang dah siap letak dlm bekas berasingan dlm freezer tu.  Alih2 bila en. abang memasak masa awal puasa hari tu...  habis dimasaknya juga kaki ayam tu... alasannya apa tau.. Katanya dah ibu kan suka kaki ayam.. tu yang abang masak sekali tu.. heeeee... Yelahh.. silap aku juga sebab tak pesan kat dia awal2... Jadi kenalah simpan semula.. Nak dapatkan 5 pasang kaki ayam tu.. kenalah tunggu en. abang beli 5 ekor ayam dulu.... heheeee... & akhirnya.. kelmarin.. berjayalah aku kumpulkan si kaki ayam ni sebanyak 5 pasang atau 10 ketul semuanya... Memang lambat sungguh.. bukan apa.. aku ni walaupun penggemar kaki ayam.. bukan semua kaki ayam aku lalu nak makan.  Kalau terkena kaki ayam yang ada sopak kat tapak kaki dia tu.. aku terus je campak dalam tong sampah... hehehe.... hanya kaki ayam yang bersih putih mulus je yang aku akan ambik.. Hmm... sejak dari sebelum puasa mengidam.. akhirnya berbuka semalam barulah dapat.. puas hati.. sedapppnyerrrr!!! Hanya yang gemarkan kaki ayam je tau betapa sedapnya melayan kaki ayam ni.. hehe... Nak kena kumpul lagi si kaki ayam ni nampaknya... hehe....

Oklah kat bawah tu resepi ikut versi sendiri jer... tak taulah resepi yang kat restoren2 tu macamana kan.. ikut citarasa & bahan2 yang available kat rumah je ni.. bunga kantan tu kalau nak tukar dengan daun ketumbar pun boleh juga rasanya.. jadi kerabu ala2 Thai sikit kan.. yang ini kerabu ala2 Thai + Melayu lah kot sebab guna bunga kantan.. layannn...


Kerabu Kaki Ayam Idaman
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 pasang kaki ayam (10 ketul) ~ bersihkan & potonglah apa2 yg patut.. (kasi cantas terus yg berkuku tu... hee...)
3 ulas bawang merah*
8 biji cili padi* (boleh kurangkan atau lebihkan)
1 kuntum bunga kantan (saiz kecil)*
1 batang serai*
1 biji tomato ~ buang biji & hiris / potong kiub
3 sudu besar sos ikan nampla
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya (boleh lebihkan kalau suka lebih masam)
1/2 sudu besar gula

Cara2 menyediakan
1. Kaki ayam direbus sehingga betul2 empuk (MaDiHaA rebus sampai 3 kali kering air... isi/kulitnya tu dah mcm nak tertanggal dari tulang.. hee...). Bila dah empuk angkat & masukkan dlm tapis & siram dengan air panas. Kaki ayam dipotong 3 bagi setiap ketul. Ketepikan dahulu.
2. Semua bahan2 bertanda* dihiris. Serai pula dihiris betul2 nipis & semua bahan hiris dimasukkan dalam satu bekas. 
3. Campurkan kaki ayam yang dipotong tadi bersama2 bahan hiris. Masukkan tomato yang dihiris, sos ikan, jus limau nipis & setengah sudu besar gula. Kacau rata2 sehingga mesra.  Bolehlah dihidang segera.. Yummyyyyy!!

Selamat mencuba!

10 comments:

Salmi Khairil said...

tak pernah buat..tapi lepas nie boleh cuba tambah menu baru..

Kerull Nazeem said...

sedapnya...suka ngan kerabu kaki ayam..tapi susah nak jumpa..nak buat malas..hu hu

Lynn said...

Salam kak..

Hehe..lyn tak makan kaki ayam tapi nampak kerabu akak macam sedap pulak..Tq sebab sudi jenguk lynn ari tu ye..

lina_pg said...

assalam madihaA..tak pernah makan lagi kerabu kaki ayam, nmpk sangat menyelerakan...kat umah ni sy sorang jer la yg mkn kaki ayam..

Amie said...

Kalau dah masak kaki tu sampai empuk nak tercerai dari tulang memang senanglah nak makannya ye Madiha... sedap ni tau!

Ayu said...

Assalam ratna kerabu kaki ayam akak tak reti makan..hhehe
ayam parts yang selalu akak buang, leher ayam, kaki ayam dan tongkeng ayam..kiki....sabor ajelah kan..
tapi akak suka kerabu juga..

Emma said...

Wah..lama dah dok tercari resepi ini, akhirnya jumpa di sini, saya dok ketagih makan ni di Langkawi, restoran patani...aduhhh sedap sungguh, kaya dengan kolagen kaki ayam ni..:)

wati said...

Salam kak...

sama lah kak, kalau kaki ayam tu hitam ke,sopak ke mmg sy tak mkn,hnya yg putih mulus je sy lalu mkn...

ishy77 said...

xmkn kaki ayam tapi kerabu tu ttp nmpak sedap juga..haha

Irfa said...

arghhhhhhh sedapnya
ada jual tak kat pasar kaki ayam je?
senang sikit tak payah kumpul.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com