Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua.... alhamdulillah.. masih bernafas di muka bumi Allah S.W.T ini.... syukur alhamdulillah... Kita sudahpun masuk fasa ke 3 Ramadhan iaitu misi mencari malam Lailatul Qadar... semoga kita semua diberikan kekuatan agar dapat melipat gandakan amalan dibulan yang mulia ini terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan... mudah2an.. akan bertemulah kita dengan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu malam... kerana malam tersebut merupakan suatu malam yang diberkati serta
mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam
Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk
malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."
Bercerita pasal fasa ke 3 di bulan Ramadhan ini.. syukur alhamdulillah.. anak bujang ku Haziq (6 tahun) masih lagi bertahan & berpuasa penuh sepanjang Ramadhan tahun ini. Berbanding tahun lepas semasa dia berumur 5 tahun hanya berjaya puasa penuh 5 hari saja.. hehe.. Minggu pertama puasa menjelang tengahari.. memang ada jugalah kerenahnya... lebih2 lagi bila hari dia bersekolah di mana tengahari dia tinggal di rumah pengasuh.. boleh katakan hari2 telefon cakap tak tahan & haus.. hehe.. Tapi bila dipujuk2 alhamdulillah.. dpt juga dia teruskan puasanya. Pernah sekali sampai 2 kali telefon & nangis2 cakap haus.. (dia tak ckp pasal lapar).. akhirnya aku cakap kalau macam tu berbuka ajelah.. tp nanti abang (panggilan dia di rumah) jawaplah dengan ayah kenapa berbuka ye.. hmm.. bila pengasuh buatkan air & letak nasi depan dia.. takmau pula dia menyentuhnya.. hehe... Alhamdulillah masuk minggu ke dua.. takde buat pe'el lagi hinggalah ke hari ini... mudah2an abang Haziq berjaya teruskan puasa hingga genap sebulan..
Oklah.. hari ni sebenarnya nak berkongsi resepi kuih Talam Banjar yang dah lama di buat sebenarnya... Buat sebelum puasa lagi.. tapi tertunda2 nak update. Resepi ni pertama kali tengok di blog Kak Ayu Singapore.
Masa tu tekak memang sedang teringin nak makan kuih serimuka...
ternampak pula kuih yang seakan2 serimuka di blog Kak Ayu.. jadi
bolehlah cuba.. Hasilnya.. alhamdulillah... sedap di tekak kami. Seakan2 Serimuka juga rasanya.. cuma bahagian pulut tu terasa kelapa parutnya.. kasar2 gitu.. hehe..
Oklah.. sebelum berkongsi resepinya.. nak ucapkan terima kasih pada Kak Ayu yang mengilhamkan kuih ini dari resepi Sajionline..
Talam
Banjar
Adapted
from Kuih Talam
Banjar@Sajionline
Sources:-From
Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan
Lapisan Bawah:-
250g
beras pulut
5 sudu
besar kelapa parut
100g
santan pekat
150g air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil garam
Cara:-
Rendam
pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
Apabila
pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 8' hingga padat.
Bahan
Lapisan Tengah:-
Bahan A
2
biji telur
2 sudu
besar tepung gandum
sedikit
chocolate emulco kalau warna gula melaka tak gelap (MaDiHaA tak letak..)
Bahan B
*60g gula
melaka
*35g gula
pasir
*280 ml
santan(150ml santan pekat + 130ml air)
*2 helai
daun pandan
(Masak
hingga gula larut, kemudian tapis, ketepikan)
Cara:-
Satukan
Bahan A, dan Bahan B, didalam blender. Blend hingga sekata.
Tapis,
panaskan didalam kuali non stick, hingga naik wap, bila adunan nampak
pekat sedikit, cepat2 tuang keatas pulut yang telah dipadatkan tadi. Kukus
dalam 30-40 minit.
Bahan
Lapisan Atas:-
2 biji
telur
2 sudu
besar tepung gandum
35g gula
pasir
1 sudu
kecil vanilla esen
280ml
santan(150ml santan pekat + 130 ml air)
beberapa
titik pewarna hijau
Cara:-
Masukkan
bahan2 kedalam blender. Blend hingga sekata. Tapis, panaskan didalam kuali non
stick, hingga naik wap, bila adunan nampak pekat sedikit, cepat2 tuang keatas
lapisan tengah tadi. Kukus hingga masak.
Selamat mencuba!
16 comments:
cantik je rupanya. kalau saya nak buat, memang tak pandai la. huhu
sedpnye
Assalamualaikum Ratna,
Sedap nampaknya Talam Banjar ni,cantik susunannya..
first dengar Talam Banjar nie.. nampak sedap... rajin sungguhlah madiha nie.. jeles i.. hihihihi :)
Salam kenal kak..
lynn suke dengan blog akak nie..Tapi buat masa nie lynn tak berkesempatan masak sangat sejak PJJ dengan hubby..Tapi lynn dah cadang nak try masak masa cuti pas raye nie..Tapi banyak sangat menu yg sedap2 akak update..tak tahu lynn nak pilih mana..
Selamat berpuasa kak..selamat berbuka juga..
first time dengar ni..menarik lah.kemas je sis buat.
nnti mau cuba lah..
Asslmkum Kak Madiha.
Ya..saya org banjar..Hehehe..peka tu kalau dgr banjar2 ni..kikikiii..Kuih talam tu memang sedap kan.. :)
Assalam kak,sma lak arini tayang serimuka,tapi sy versi pandan jer..kuih yg beasaskan pulut mmg laku kat umh sy,ank2 n hb suka jer pulut2 nih..
salam kak madihaa
dh malam baru berani kesini..he hehee nengok talam tu jadi kecur siang tadi kak..cantik jew akk melapis:)
kunjungan perdana salam kenal dan persahabatan
Blog yang sangat bagus, saya suka dan mengikuti 1909
senang sekali jika anda juga follow kembali
ditunggu dan terima kasih
salam akk
sedap nyeeeeeeeeee
1st time dgr nie talam banjar nie ;)
hurmmmmmmm ;))
tak pernah rs lagi kuih ni...
Assalam ratna,
waduh sibuk semacam lah akak last week..tak sempat nak cuci2 mata kat dapur teman2..ada talam banjar rupanya kat sini..hehehe..terimaksih ratna sudi mencuba..ok tak rasanya tu?..
Saya pernah mencoba kue talam banjar, memang sangat sedap..
Salam
▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570
Post a Comment