Wednesday, June 15, 2016

Laksa Sarawak

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

 
Dah lama MaDiHaA tak buat Laksa Sarawak. Tekak ni dah lama rindu nak makan laksa Sarawak. Yelah.. nak buat bukannya senang. Dulu ada simpan resepi pes homemade laksa Sarawak. Tapi sayang seribu kali sayang hilang, lenyap bila tumbdrive rosak aritu. Sedih sangat hati ni. Pastu nak jadi rezeki, masa pegi lunch (sebelum bulan puasa) kat kedai berhampiran ofis ni... ternampaklah dorang jual pes laksa Sarawak Haji Manan. Wahh.. apalagi.. teruslah sambar sepeket. Tak beli banyak sebab takut tak terbuat pulak banyak2.  Ini pun.. tunggu sampai anak cuti sekolah baru buat. Yelah.. bila cuti sekolah anakanda balik dari asrama.. barulah dapat merasa sama2. Kalau buat masa dia ada kat asrama... rasa tak sampai hati je nak telan makanan sedap2. Hati tu dok teringat je kat anak kat asrama.  Ni sampai dahla hajat masak Laksa Sarawak & menjamu selera sama2 dengan semua ahli keluarga. MaDiHaA masak hari Sabtu terakhir cuti sekolah hari tu... Adik dengan abang mula2 cakap tak suka mungkin sebab bau rempahnya yang kuat. Tapi bila suruh rasa sikit, akhirnya makan jugak. Kakaknya tak memilih... sedap katanya.

Jomlah kita tengok resepinya... pakai instant paste ni senangla kerja. Sesiapa yang nak mencuba tu.. kenalah dapatkan pes laksa Sarawak dulu ye.. mungkin boleh dapatkan secara online.



Laksa Sarawak (instant paste)
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan dari 1 biji kelapa
2 liter air biasa
garam secukup rasa

 

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ direndam & celur hingga lembut & tos & lalukan air paip sambil dibalik2kan sedikit kemudian tos.
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji




Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan

 



Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.
 





Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan.



Selamat mencuba!

Friday, June 10, 2016

Cucur Badak

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Bersua lagi kita hari ni.  Ada kelapangan sikit, jadi MaDiHaA update jelah ye. Resepi2 biasa je... tapi kuih ni memang feberet kami sekeluarga.  Kuih2 savoury gini memang kegemaran ahli keluarga MaDiHaA.  Kejap je licin. Kalau kuih2 manis.... ada yang main pilih2 kasih... ada yang ada peminat, ada pulak yang tak berapa minat... selera masing2 kan.  Bagi MaDiHaA pulak... dua2 pun suka je... kuih savoury ke kuih manis ke.. semua suka.. tak memilih.. tu sebab payah nak slim.. hehehe.... 

Ok jom kita buat Cucur Badak ni.. sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa...


CUCUR BADAK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
5 biji cili kering - rebus
1 s/b udang kering - rendam
1 btg serai
1 s/k jintan manis
(Bahan2 di atas dikisar halus kecuali kelapa parut)
sedikit kunyit serbuk 

1 helai daun kunyit saiz kecil ~ dihiris halus
1/2 cawan air
Minyak utk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Cara Masak Inti
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan hirisan daun kunyit, serbuk kunyit, perasa, gula dan garam. Masukkan sikit air dan juga kelapa parut. Masak hingga inti kering.

Bahan Doh
2 1/2 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya lebih kurang 1 cawan dicampur dengan sikit garam

Cara2
Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata. Jangan masukkan air kesemuanya.. agak2lah yer.. hingga dpt doh yg lembut. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dileperkan sedikit. Goreng dlm minyak yang panas. 


Selamat mencuba!

Thursday, June 9, 2016

Ungkep Ayam Cili Merah... super yummy!

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selamat menjalani ibadah puasa di ucapkan buat semua pengunjung blog MaDiHaA yang beragama Islam. Diam tak diam, dah masuk hari ke 4 kita berpuasa ye.

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsikan resepi marbeles yang MaDiHaA masak baru2 ni.  Kalau ada yang takde idea nak masak apa untuk berbuka atau bersahur, bolehlah cuba resepi ni ye.  Sebenarnya.. resepi ni MaDiHaA adaptasi dari resepi asal Ayam Ungkep Cili Hijau resepi dari Catzscafe.  Hanya tukar cili hijau ke cili merah je... bahan2 lain semua masih serupa.  Kedua2 versi pun memang sedap sangat2 di tekak keluarga MaDiHaA.. Berselera semua orang menjamu selera.  Terima kasih pada Catz untuk perkongsian resepi yang super yummy ni. Ok jom kita tengok resepinya...




UNGKEP AYAM CILI MERAH
Resepi asal: Catzscafe
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam 
1 batang serai ~ dititik
3 biji cili merah* (kalau cilinya kecik2 letak 4 / 5 biji ye)
6 - 8 biji cili padi*
1/2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawangg putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu kecil asam jawa (amik jus)
minyak
air
garam & secubit gula


  Cara-cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & potong sesuai selera
2. Kisarkan bahan2 bertanda* hingga lumat.
3. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bahan2 kisar hingga naik minyak. Masukkan ayam lalu dikacau rata.  Tambah air untuk empukkan ayam biar ia merenih & ayam masak. Sesekali dikacau supaya tidak hangus.
4. Masukkan air asam jawa, garam secukup rasa & secubit gula. Kacau sebati & tunggu hingga kuahnya agak pekat. Dah cukup rasanya bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

Thursday, May 19, 2016

Condensed Milk Cotton Cake



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Setelah sekian lama menyepikan diri dari berblog, hari ni timbul pula rasa rindu nak update blog.  Maaflah pada pengunjung yang datang berkunjung ke sini tapi tiada 'hidangan baru' yang disajikan.  Tuan blog dalam keadaan sugul disebabkan banyak gambar2 telah hilang disebabkan kerosakan tumbdrive. Dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Menangis dalam hati jelah nampaknya.  Bukan setakat gambar masak2, tapi semua gambar2 aktiviti family pun hilang macam tu juga. Sebab tu blog family pun dah lama tak berupdate. Baru je semalam rasa rajin sikit update kisah family yang tertangguh2, itu pun mujur ada beberapa gambar yang sempat update kat facebook. Itulah... suka sangat bertangguhkan.. update lambat2 sampai makan tahun... siapa yang suruh.. hikhikhik....

Oklah kali ni kongsi resepi kek terbaru yang MaDiHaA cuba ni.  Gara2 terliur tengok kawan fb buat. Kita pun buat jugalah masa anak sulung balik dari asrama.  

Kek ni memang sedap, lembut sangat.  Tekstur kek ni dah macam kek chiffon plak rasanya.  Keknya sedang2 je tak manis sangat memang sedap je makan. Terima kasih pada penyumbang asal resepi kek ini iaitu Tintin Rayner.  MaDiHaA copy dari Fb Ika dan Ika pula copy dari rozietahasan78. Tq semua ye... Izinkan MaDiHaA share resepi yang telah dialih bahasa ke BM ni. Kalau ikut resepi asalnya dlm B.Indonesia ye...




CONDENSED MILK COTTON CAKE
Resepi asal : Tintin Rayner

Cnp : @rozietahasan78 & Ika FB

BAHAN A  
40g Butter  
60g Tepung superfine (saya keluarkn 1 sb tepung n gantikan dgn 1sb serbuk koko.)
60g susu pekat 4 biji kuning telor (A / B)

BAHAN B  
3 biji putih telor  
45 g gula pasir/ saya guna 
45 g gula castor

CARA2  
1) Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 160c.
 
2)Dalam periuk kecil, dgn menggunakan api kecil, masukkan butter sampai cair n berbuih kecil dan terus masukkan tepung, kacau sehingga sebati dgn whisk.
 
3)Setelah sebati, masukkan terus susu pekat dan sambung mengacau sehingga sebati. Matikan api, dan masukkan bancuhan td je dlm mangkuk yg berisi kuning telor dan kacau dgn menggunakn whisk sehingga sebati, ketepikan sblm digunakan.
 
4) Dalam mangkuk yg bersih dr segala minyak n air, masukkan putih telor dan dgn menggunakan hand mixer, pukul sehingga berbuih dan masukkan gula sikit2 dan terus memukul sehingga adunan putih telor mengembang (soft peak). Masukkan ke dlm adunan A dan kacau sikit2, iaitu putih telo td di bahagikan 3 kali. Kaup balikkan dgn spatula sehingga adunan sebati.
 
5)tuangkn ke dlm loyang yg sudah di alaskan dgn kertas minyak.
 
6)Bakar secara au bain marie /steam bath dan bakar sehingga masak lebih kurang 45 minit bergantung dgn kepanasan oven masing2. Sejukkan kek atas rack n sedia utk di hidang.

Selamat mencuba!

Thursday, March 10, 2016

Kari Kepala Ikan Ala Mamak.... terbaikkkk...

Assalamualaikum & salam sejahtera..
 
 
Lama tak masak kari ala mamak untuk hidangan keluarga.  Biasa kalau ada ikan yang sesuai barulah rajin nak masak kari mamak ni.  Kalau ikan kecik2... lebih suka digoreng je.  Alhamdulillah ada rezeki dapat masak kepala ikan tenggiri iaitu kepala ikan lebihan masak untuk tempahan. Isi masak untuk tempahan, kepala & ekor untuk tuan rumah.. hehe.. berselera makan dibuatnya.. syukur alhamdulillah di atas rezeki dari Mu ya Allah... Ni kalau makan kat restoren, tak tau berapa puluh la kena cas ni kan.  Yelah ikan tenggiri segar ni memang boleh tahan juga harganya.  Tak mampu laa.... masak sendiri jelah lebih jimat..

Penggemar kari kepala ikan... bolehlah cuba masak sendiri pula lepas ni... resepi ni antara yang terbaik pernah MaDiHaA cuba... Jangan ragu2 nak mencubanya ye...
 
 
 
KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK

Bahan2
2 ketul kepala ikan tenggiri yg siap dipotong (nak guna kepala ikan lain pun boleh)
5 sudu besar rempah kari ikan
1 1/2 sudu besar serbuk cili

Bahan2 Kisar (bahan kisar ni dicampur dengan serbuk kari & serbuk cili)
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam yg dikisar halus

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

2 tangkai daun kari (Jangan leraikan)
1 sudu kecil sedikit halba campur 
1 sudu kecil biji sawi
2 sudu besar (jangan mumbung sgt) asam jawa berbiji (+ air ambil jusnya)
garam & gula secukup rasa
air secukupnya utk kuah (jangan byk sgt / sikit sgt.. agak2)

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je)
Cili hijau jika suka
Buah tomato  jika suka

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur & biji sawi. Setelah agak layu masukkan bahan mesin yang dicampur serbuk kari & serbuk cili.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Jika guna terung bulat, masukkan terung bulat dahulu biar agak lembut kemudian baru masukkan ikan & sayuran lain. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.
 
Selamat mencuba!

Thursday, March 3, 2016

Tuna Roll

 Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua kembali hari ni.  Merajinkan diri sapu2 sawang kat rumah tinggalan ni ha.  Dah bersawang sangat dah rasanya ni.  Malu pulak kot ada tamu datang.. hehehe...

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi Tuna Roll yang sangat sedap ni.  Resepi ambil dari blog Mat Gebu.  Tuna Roll ni dah kerap sangat Chemat kongsikan dalam blog beliau.  Rugi tak cuba lebih awal.  Padahal bukan susah sangat pun nak membuatnya. Bahan2 pun mudah nak cari. Memang sedap sangat2 roti ni. Anak2 & suami pun cakap sedap. Memang tak rugilah buat.  Puas hati buat roti sendiri. Dijamin bersih, halal & menjimatkan.  Buat sebelah malam, esok pagi2 anak2 boleh bersarapan roti ni. Nak berbekal pun boleh.

Pada Chemat.. akak ucapkan berbanyak terima kasih di atas perkongsian resepi yang best ni ye. Minta izin kongsi kat blog akak pula..



TUNA ROLL
Resepi : Mat Gebu
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")(MaDiHaA guna anlene)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan (MaDiHaA takde stok)
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersaiz 4inci, tekan2 sedikit biar permukaan rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) (MaDiHaA takde stok) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
Untuk cara2 menggulung... boleh rujuk kat  SINI

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...