Thursday, March 21, 2013

Cekodok Pucuk Ubi....... ada bran??



Assalamualaikum & salam bersua kembali....



Cer tengok tajuk kat atas tu... Haa... petang ni MaDiHaA nak kongsi resepi Cekodok Pucuk Ubi... baca betul-betul... BUKAN Cekodok Ubi Kayu yer.. tapi PUCUK UBI..!! Amacam ada bran?? Ecewahhh... maksudnya tu.. adakah anda berani nak cuba? Haa.. gitu... Kelakar pagi tadi MMS gambar ni kat adik2 main teka-teki.. pastu adik2 kata apa benda tu? Nampak ngeri pun ada.. hahaha... adeeiiii... Haishhh.. belum cuba belum tau...

Sebenarnya dah lama nak cuba resepi dari Uda ni.. Mengharapkan en. suami membawa pulang pucuk ubi dari kampong tempohari.. tapi nampaknya hampa sebab dia malas nak mengutip.. tak sempat katanya.. Selasa kelmarin pulang kerja sempat singgah ke pasar malam (tp masa tu masih petang lagilah ye) berhampiran ofis.. Bila lalu satu gerai tu.. nampak bermacam2 sayur kampong yang dijual... ambooiii.. rambang mata jadinya.. kalau ikutkan banyak lagi nak ku beli.. tapi ku pendamkan saja niat tu sebab sayur yang en. suami beli tempohari masih ada lagi.. Hanya pucuk ubi, serai, keledek & labu kuning yang ku ambil... Dalam hati dah berniat.. pucuk ubi ni bukan untuk disayur atau diulam... tapi nak ku buat cekodok!! heeeee....



Terima kasih pada Uda yang berkongsi idea kreatif ni ye.  Kalau sebut pucuk ubi memang MaDiHaA akan menelan air liur sebabnya memang suka sangat2 sayur kampong yang satu ini.  Maklumlah dibesarkan di kampong.. jadi selera tu memang lebih terarah selera kampong... Pada Uda.. MaDiHaA mohon maaf kerana ada membuat ubah suai sikit pada resepi asal... mengikut selera MaDiHaA.. harap tak marah ye.. MaDiHaA hanya edit di resepi & tak menjejaskan resepi asal.. Pada penggemar sayur pucuk ubi bolehlah mencuba jika nak rasa kelainannya.

Cekodok ni sangat sedap dimakan panas2 kerana cekodok rangup diluar terutama bahagian pucuk ubi yang garing tu.. krup krap krup krappp... Manakala bahagian dalamnya pula lembut.  Sedap dicicahkah dengan sos cili pilihan hati... Tapi macam biasalah menu yang pelik agak susah diterima dek tekak anak2.  Sebenarnya mereka tak mau mencuba pun. Hanya MaDiHaA dan suami je yang makan cekodok ni.  Hmm.. yelah.. kalau celur pucuk ubi pun.. memang anak2 tak makan juga... mereka kurang gemarkan sayur2 hijau berdaun kecuali sayur bayam & bok choi aje yang mereka makan...

Jom kita tengok resepinya...


CEKODOK PUCUK UBI
Olahan : Uda
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2nya:
125 gm daun pucuk ubi (direbus dan dihiris2)
125 gm tepung gandum (MaDiHaA guna 200 gm)
1 biji telur
150 ml air suam (MaDiHaA guna 200 ml)
1 sudu besar biji ketumbar (dimesin kasar) (MaDiHaA mesin kering)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 biji bawang holland (dipotong dadu) (guna bawang besar biasa)
2 tangkai lada merah (dihiris2) (MaDiHaA tak letak takde stok)
1/2kiub pati ayam (MaDiHaA ganti dengan 3/4 sudu kecil tumix)
serbuk lada sulah secukupnya
garam secukupnya
1 sudu besar udang kering ~ direndam & ditumbuk halus (MaDiHaA tambah ini)
 
Caranya:
1. Campur daun ubi yang dah dihiris dengan bahan2 yg dah di tumbuk halus, dihiris, dimesin, dipotong. Gaul bersama dengan  kiub ayam, garam , tepung gandum, telur, air suam, lada sulah & udang kering. Gaul sebati.
2. Goreng seperti cekodok biasa hingga kekuningan dan garing.
3. Makan dengan sos pilihan.



Selamat mencuba! 

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Menyempurnakan hajat anak2 yang suka sangat makan spagetti ni... masakkan la jugak walaupun ayahnya tak suka sangat dengan masakan ni... Kalau masak spagetti ni.. anak2 memang suka sangat.. boleh makan berulang2... memang tak membazir..

Sebenarnya dah lama dah masak ni... dah lupa dah bila.. rasanya masak masa kakak Dini balik bercuti kot... sebab seingat MaDiHaA.. masa masak ni dulu memang kakaknya ada sama.. punyalah lama kan.. masa dok belek2 folder.. nampak gambar ni masih ada dalam folder kiv... hmm.. pos jelah hari ni...
  
Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan
500 gm spagetti
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak biasa
1 sudu kecil garam
air secukupnya
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggaul selepas spagetti direbus

Bahan Sos
1 biji bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu kecil serbuk paprika
400 gm daging kisar ~ dicerai2/ dihancur2kan sebab ia berbuku dlm bungkusan tu
3 cawan air
1 kiub ayam/lembu/1 sudu kecil Tumix (salah satu je)
1 tin sos spagetti prego tradisional
2 biji tomato ranum saiz BESAR ~ didadu
1 ~ 2 batang celery ~ didadu halus 
1 tin cendawan butang ~ dihiris 
1/2 batang carrot ~ disagat
2 helai bay leaves
½ sudu kecil oregano
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Sedikit minyak & sedikit butter untuk menumis

Bahan tambahan
Serbuk parmesan cheese secukupnya

Cara menyediakan
1. Dalam periuk yang sesuai rebus spagetti bersama semua bahan lain hingga lembut. Toskan sebentar kemudian gaulkan dengan beberapa sudu minyak zaitun lalu gaulkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak & butter kemudian masukkan bawang putih & bawang besar. Kacau2 hingga wangi & nampak layu. Masukkan serbuk paprika & kacau lagi.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata sehingga berubah warna. Masukkan sos spagetti & air didihkan sebentar hingga daging masak.
4. Tambahkan tomato, celery & cendawan. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam, tomato puri/sos tomato, sos cili, bay leaves & oregano. Biar mendidih kemudian masukkan carrot yang disagat.  Biar kuah agak pekat sedikit. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.  
5. Hidangkan spagetti dengan sosnya & taburkan dengan serbuk parmesan cheese semasa menghidang.

Wednesday, March 20, 2013

Tempahan Puding Pelangi & Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum salam jumpa lagi...  

Cakkk!!  dah gaya budak2 pulak main cak cak.. hehe...


Quick update je ye petang ni... pagi tadi dah banyak celoteh.. so petang ni tak payah ngomel panjang2.. hehe..

Sekadar update order pada hari Sabtu minggu lepas.  Order dari seorang kakak dari Putra Jaya... jauh tu.. sanggup kakak ni datang jauh2 hingga ke Bandar Sunway nak ambil order ni..  Tapi maaf sangat2 terlupa betul nak tanya nama kakak ni.. alahaiii.. maaf ye kak.  Terima kasih sudi order dengan MaDiHaA ye.. katanya nak dijadikan buah tangan untuk di bawa ke Seremban kalau tak silap.. mudah2an kakak yang menempah & orang yang menerimanya berpuas hati..


Seloyang Puding Pelangi & seloyang Puding Kastard Jagung.. Seronok bermain dengan warna ni.  Jadi tidaklah jemu si pembuat asyik dengan warna yang sama je.. kalau hari tu guna warna biru ala2 biru turquoise .. kali ni warna hijau epal pula.. hehe... 

Kalau ada yang nak menempah jangan lupa sms nombor MaDiHaA kat sebelah kanan tu ye..  Terima kasih.

Jumpa lagi..

Bila suami borong sayurrrrr.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....



Minggu lepas MaDiHaA bagitau kat suami stok sayur dah hampir nak habis.  So jangan lupa top up! So keesokannya.... dia bawak balik seplastik besar sayur dan juga segala jenis bawang2 & juga kentang..  Bawang pun dok dalam plastik besar juga.. Lupa nak ambil gambar.. kalau u all tengok memang leh pengsan!

Dari kiri belakang : Lobak Putih, Petola Ular, Kobis Panjang, Kacang Bendi, Kobis Bunga, Lobak Merah, Brokoli, Timun Jepun, Terung Bulat Hijau, Chayote (pronounced chahy-oh-tee) /Labu Siam & Cili Padi...

Macam nilah setiap kali bila suami beli sayur... ini bukan beli... tapi borong!  Dalam hati merungut2 juga sampai terkeluar juga suara tu... "Amboiiii banyaknyer beli sayur bangg... bila nak habis ni?" hehehehe.... Jawapan en. suami senang jer... "tak apalah.... sayur2 tu semua jenis yang tahan lama... masak la mana yg rasa akan rosak dulu....." hmmmm.. "yelah yelah... perintah kekanda akan dinda turutkan...." tak ada dalam skrip pun sebenarnya ayat yang last tu hehehe.... Yer betullah kata en. suami tu.. kali ni dia beli sayur yang jenis tahan lama.. kalau tak sebelum ni.. dia pernah beli sayur banyak2 tapi banyak sayur yang jenis tak tahan simpan seperti sayur bayam, kangkung, kacang panjang, sawi, taugeh.... aduh... boleh pitam mak nak fikir mana nak dimasak dulu tauuuu.... Dah la masak hanya untuk dinner aje... hanya Sabtu & Ahad je masak utk lunch & dinner.. itupun kalau tak ke mana2.. kalau keluar.. lagilah haru.. langsung tak lunch atau dinner kat rumah.. huhh!

Biasanya di rumah MaDiHaA menu sayur adalah wajib!  Dan kebiasaannya... MaDiHaA masak sayur simple2 aje... suka masak yg air2 aje... guna rencah lebih kurang... sebab tu malas sikit nak masuk resepi.. buat malu aje kan.. hehe..


 Sup Sayur Campur

Antara yang sempat MaDiHaA snap sayur2 yang sudah dimasak.. sup sayur ni... memandangkan brokoli tu sayur yang cepat rosak berbanding yang lain.. jadi sayur tu lah dimasak dulu dicampur sekali dengan cauliflower & juga carrot.  Rencahnya hanya guna pati ayam atau pati ikan bilis je... anak2 suka masakan jenis sup2 macam ni... habis sayur.. siap hirup2 kuahnya tu.. memang tak membazirlah!

Labu Siam / Chayote Masak Air Lada Hitam


Masak sayur air rebus lada hitam macam ni pun kerap juga dimasak.. rencahnya dengan ikan bilis aje pun.. tp sedap & menyelerakan jugak... So sapa kata kat rumah MaDiHaA ni lauk semua grand2 belaka... tak adanyerrr... kebiasaannya waktu yg suntuk memang masak yg simple2 macam ni aje... menu menyihatkan gitu.. tambah pulak dah ada pemanggang ajaib tu.. boleh dikatakan kerap juga bakar ayam & ikan lawan dengan sayur berkuah mcm ni.. pastu buat sambal belacan atau sambal tempoyak lawan dengan ulaman macam timun kat bawah tu.. mmg mudah kerja..

Ulam Timun Jepun cicah Sambal Tempoyak Mentah


Petola Ular Goreng Bertelur

Satu lagi menu yang biasa masak kat dapur MaDiHaA ialah sayur yang digoreng dengan telur macam kat atas tu.... Takdenya nak rencahkan dengan udang ke sotong ke.... memang jarang2 ada kat dapur MaDiHaA ni... Selain sebab Haziq yang alergi dengan makanan laut... sebab harga pun ye juga.. benda2 tu semua mahal betul harganya sekarang ni kan... tak berapa mampu nak diadakan selalu.. hehehe... dasar kedekut berjimat cermat kan? hehehe.... Biasalah kan.. ukur baju di badan sendiri.. kalau bapak tauke balak hari2 pun boleh makan sedap2 kan..


Macam2 versi sayur yang boleh digoreng dengan telur... antaranya seperti gambar2 lama di bawah tu... Yang ni memang gambar lama.. bukan termasuk sayur yang hubby dok borong tu ye.. malas bebenor nak tulis resepi... sebab masak biasa2 je.. tapi gambar wajib ambik juga tu.. hehe...

 Peria Goreng Bertelur


Buncis Goreng Bertelur

Walaupun masakan yang mudah & murah.. tp bagi kami ia cukup menyelerakan... Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tak mampu... lagilah kesian kan.  Jadi bersyukurlah dengan rezeki kita setakat yang kita mampu. 

Oklah.. cukup dulu celoteh untuk hari ni... Rabu kurang kata-kata lah katakan... Tapi I tetap berkata2 dengan banyaknya... belasah ajela...

Jumpa lagi..

Tuesday, March 19, 2013

Ayam Pulut Kukus

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Apa khabar semua? Semoga kawan2 sekalian sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat... Tiada yang lebih berharga selain dari tubuh badan yang sihat... jika ada duit berguni2 pun.. tetapi jika kita tidak sihat & tidak berupaya melakukan aktiviti harian pun tiada gunanya... segala kekayaan tidak lagi beerti.. Bak kata orang.. walau boleh tidur atas duit.. tp tak boleh bangun asyik terbaring aje.. apa gunanya kan? Oleh itu.. sama2lah kita menjaga kesihatan diri agar sentiasa sihat & cergas sepanjang hari... kepada insan yang kurang sihat & tak berupaya untuk mengelak dari penyakit seperti kanser & sebagainya.. harap kalian semua redho dengan ketentuanNYA... semoga tabah dengan ujianNYA.. Jangan berputus asa & MaDiHaA doakan semoga masih ada harapan untuk sembuh.. amin..

Bercerita pasal badan yang cergas sepanjang hari... apa yang paling penting tentulah sarapan pagi.  Jangan sesekali memandang ringan pada sarapan pagi semata2 untuk diet... Sarapan pagi tu sebenarnya hidangan yang paling penting untuk memulakan hari anda... Jika kita tak bersarapan.. bagaimana kita nak bertenaga untuk menguruskan kerja2 sepanjang hari? 



Hmm.. bercerita pasal sarapan pagi.. Sabtu baru2 ini.. MaDiHaA sempat hidangkan keluarga dengan sarapan ala2 masakan Cina ni.  Dah lama berkenan nak mencuba sejak Diana@skybluemelleymey kongsikan resepinya.  Hanya waktu saja yang tak mengizinkan.  Padahal.. boleh dikatakan semua bahan2 memang ada di dapur MaDiHaA.. & kebetulan.. cendawan shitake & cendawan telinga kera pun masih berbaki lebihan masakan yang dulu.. Alhamdulillah.. bila terlaksana keinginan.. sangat2 gembira bila anak-anak & suami pun amat menyukainya... Si tukang masak pun apa lagi... memang suka masakan ala2 Cina begini...

Terima kasih tak terhingga pada Diana yang berkongsi resepi enak ini.  Tak dapat merasa kuih Chang... dapat makan Ayam Pulut Kukus ni pun kira ok juga... sedap!  Nak buat Chang tak tau entah bila akan jadi kenyataan.. sebab agak susah nak cari daun buluh... kalau pun ada.. belum tentu lagi MaDiHaA punya masa untuk membuatnya selain dari hari cuti.. itupun kalau2 hari cuti takde tempahan.. 



Ok.. dah melalut2 pula.. mari MaDiHaA kongsikan resepi sedap ni.  Walaupun resepi ini tak pedas.. bila dihidang dengan hirisan cili merah tu.. digigit sekali bila kita makan pulut.. jadi semakin sedap pulut kukus kita... Mungkin boleh dicampurkan dengan hirisan cili padi dalam lauk ayam tu kalau mereka yang sukakan lebih pedas.  Tak salah kot kita ikut selera kita kan.. Tapi MaDiHaA tak tambahkan cili padi dalam menu ini sebab takut anak2 pula tak boleh makan.. Mohon izin ye Diana akak kongsikan pula resepi Diana ni kat blog akak ye... Akak doakan semoga Diana sentiasa sihat & dapat selalu update blog Diana dengan masakan yang sedap2.. Akak kagum dengan masakan Diana.. semua nampak sedap2 belaka..




Ayam Pulut Kukus
Resepi : Diana@skybluemelleymey
Sumber : MaDiHaA aka Ratna (MaDiHaA buat 2x resepi di bawah)

Bhn²
1 keping peha ayam _ d potong kecil (MaDiHaA guna isi dada ayam)  
1 cawan beras pulut _ d cuci dan toskan  (guna sukatan cawan minum)
2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis
1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ d rendam dalam air panas dan d hiris halus  
2 inci halia _ d bersihkan dan d tumbuk kasar bersama kulitnya. (MaDiHaA guna 1 inci saja & kupas kulit & hiris halus batang mancis)  
3 ulas bawang putih _ d cincang  
1/2 tsp serbuk lada putih  
Secubit Garam


Bhn² A  
2 tbsp sos tiram Maggi 1 tbsp kicap cair Loon Kee 
3 1/2 tbsp minyak bijan (MaDiHaA guna 2 sudu besar saja)  
1 tsp perencah pati ayam Tumix 
 1/3 cawan air (MaDiHaA guna 1/2 cawan air)

Cara²

  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih.. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan d dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua² jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ). (MaDiHaA masukkan dalam caserol pie & kukus dengan periuk kukus biasa)
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa yer ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.


Abang Haziq dah buat permintaan untuk masak lagi menu ini... hehee...  anda bila lagi?

Selamat mencuba! 

Monday, March 18, 2013

Bubur Jagung Bersagu

Assalamualaikum & bersua lagi...


Petang-petang macam ni... layan bubur jagung pun sedap juga kan? Ini salah satu menu nak perhabis isi jagung yang en. husband beli tempohari lebihan dibuat Tuna Mornay aritu.  Memang dah lama pun habis bubur ni... hanya MaDiHaA & suami je yang makan... anak2 bo layan.. Kalau ada kakak Dini mesti dia suka.. tapi adik2nya ni memilih sikit.  Pelik betul lah budak2 ni.  Jagung rebus dengan jagung cawan tu mereka suka pulak!   So sekali masak bubur ni... tahan untuk 3 hari... kena simpan peti ais la kan.. makanya.. ayah & ibu bolehlah makan ulang2.. makan sikit2 sebab tu tahan 3 hari.. hehehe...

Layan ajelah ye bubur jagung ni... semua orang pun boleh buat ni..



Bubur Jagung Bersagu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
300 gm isi jagung yang dihiris dari tongkol jagung (sukatan lebih kurang aje ni)
3 sudu besar sagu biji halus
5 cawan air
2 cawan santan pekat
2 - 3 keping gula nnisan atau secukupnya gula merah (bergantung manis yang dikehendaki ~ gula nnisan atau gula kerek tu.. tengok saiz juga ye.. yg MaDiHaA guna ni saiz kecik je..)
secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Masak gula nnisan/ gula merah dengan 1 cawan air hingga larut kemudian tapiskan.
2. Dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 4 cawan air hingga separuh empuk.  Cuci biji sagu dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung. Masak sehingga biji sagu jadi separa jernih.
3. Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, daun pandan & garam.  Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.  Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya.  Sedia dihidangkan.




 Selamat minum petang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...