Tuesday, March 19, 2013

Ayam Pulut Kukus

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Apa khabar semua? Semoga kawan2 sekalian sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat... Tiada yang lebih berharga selain dari tubuh badan yang sihat... jika ada duit berguni2 pun.. tetapi jika kita tidak sihat & tidak berupaya melakukan aktiviti harian pun tiada gunanya... segala kekayaan tidak lagi beerti.. Bak kata orang.. walau boleh tidur atas duit.. tp tak boleh bangun asyik terbaring aje.. apa gunanya kan? Oleh itu.. sama2lah kita menjaga kesihatan diri agar sentiasa sihat & cergas sepanjang hari... kepada insan yang kurang sihat & tak berupaya untuk mengelak dari penyakit seperti kanser & sebagainya.. harap kalian semua redho dengan ketentuanNYA... semoga tabah dengan ujianNYA.. Jangan berputus asa & MaDiHaA doakan semoga masih ada harapan untuk sembuh.. amin..

Bercerita pasal badan yang cergas sepanjang hari... apa yang paling penting tentulah sarapan pagi.  Jangan sesekali memandang ringan pada sarapan pagi semata2 untuk diet... Sarapan pagi tu sebenarnya hidangan yang paling penting untuk memulakan hari anda... Jika kita tak bersarapan.. bagaimana kita nak bertenaga untuk menguruskan kerja2 sepanjang hari? 



Hmm.. bercerita pasal sarapan pagi.. Sabtu baru2 ini.. MaDiHaA sempat hidangkan keluarga dengan sarapan ala2 masakan Cina ni.  Dah lama berkenan nak mencuba sejak Diana@skybluemelleymey kongsikan resepinya.  Hanya waktu saja yang tak mengizinkan.  Padahal.. boleh dikatakan semua bahan2 memang ada di dapur MaDiHaA.. & kebetulan.. cendawan shitake & cendawan telinga kera pun masih berbaki lebihan masakan yang dulu.. Alhamdulillah.. bila terlaksana keinginan.. sangat2 gembira bila anak-anak & suami pun amat menyukainya... Si tukang masak pun apa lagi... memang suka masakan ala2 Cina begini...

Terima kasih tak terhingga pada Diana yang berkongsi resepi enak ini.  Tak dapat merasa kuih Chang... dapat makan Ayam Pulut Kukus ni pun kira ok juga... sedap!  Nak buat Chang tak tau entah bila akan jadi kenyataan.. sebab agak susah nak cari daun buluh... kalau pun ada.. belum tentu lagi MaDiHaA punya masa untuk membuatnya selain dari hari cuti.. itupun kalau2 hari cuti takde tempahan.. 



Ok.. dah melalut2 pula.. mari MaDiHaA kongsikan resepi sedap ni.  Walaupun resepi ini tak pedas.. bila dihidang dengan hirisan cili merah tu.. digigit sekali bila kita makan pulut.. jadi semakin sedap pulut kukus kita... Mungkin boleh dicampurkan dengan hirisan cili padi dalam lauk ayam tu kalau mereka yang sukakan lebih pedas.  Tak salah kot kita ikut selera kita kan.. Tapi MaDiHaA tak tambahkan cili padi dalam menu ini sebab takut anak2 pula tak boleh makan.. Mohon izin ye Diana akak kongsikan pula resepi Diana ni kat blog akak ye... Akak doakan semoga Diana sentiasa sihat & dapat selalu update blog Diana dengan masakan yang sedap2.. Akak kagum dengan masakan Diana.. semua nampak sedap2 belaka..




Ayam Pulut Kukus
Resepi : Diana@skybluemelleymey
Sumber : MaDiHaA aka Ratna (MaDiHaA buat 2x resepi di bawah)

Bhn²
1 keping peha ayam _ d potong kecil (MaDiHaA guna isi dada ayam)  
1 cawan beras pulut _ d cuci dan toskan  (guna sukatan cawan minum)
2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis
1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ d rendam dalam air panas dan d hiris halus  
2 inci halia _ d bersihkan dan d tumbuk kasar bersama kulitnya. (MaDiHaA guna 1 inci saja & kupas kulit & hiris halus batang mancis)  
3 ulas bawang putih _ d cincang  
1/2 tsp serbuk lada putih  
Secubit Garam


Bhn² A  
2 tbsp sos tiram Maggi 1 tbsp kicap cair Loon Kee 
3 1/2 tbsp minyak bijan (MaDiHaA guna 2 sudu besar saja)  
1 tsp perencah pati ayam Tumix 
 1/3 cawan air (MaDiHaA guna 1/2 cawan air)

Cara²

  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih.. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan d dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua² jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ). (MaDiHaA masukkan dalam caserol pie & kukus dengan periuk kukus biasa)
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa yer ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.


Abang Haziq dah buat permintaan untuk masak lagi menu ini... hehee...  anda bila lagi?

Selamat mencuba! 

17 comments:

Unknown said...

Assalam..Madiha, anak kakpb suka sgt pulut sampai takde idea ibu dia nak buat mcmna.
Ni mcm sedap je. Boleh cuba nanti.

Gee® said...

Oooowww... pestime tgk ayam pulut begini... nmpk menyelerakan... bolehlah cuba nanti cuti sekolah... anak2 k.gee pon suka makan pulut

JaSSNaNi said...

blom cukup masa skrg kalau nak berJIMBA2 kat dapur.. cukup sekadar makan apa yang ada dan apa yg sempat je kak.. huhuhu ALASANNN!!!! kuangx3.. nasi pulut kukus ni kan biasa yang cina jual dlm daun tu ek? yang segi tiga lah.. segi 5 lah.. ye dak? hmmm.. rajin akak.. nani pun sama kak.. hari cuti je baru leh masak yg special sket.. hari lain tak nyompat ler..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...agak2 ni adik berdik pulut chang tak..nampak sedappppppnya....

adda syuhada said...

sedap nihh...

LiNa_Pg said...

assala..kalau pulut kukus selalu tengok dan bias makan, tapi pulut kukus ngan ayam cenggini kira pestaim dengar...

beta kupu said...

sedapnya! ntah bila la bley try nih...huhu

Mylesung said...

menarik! suka tgk resepi ala2 cina ni..kena masuk list la camni..hehe

PH said...

Pandainya buat ayam pulut kukus ala "loh mai kai" yang sangat sedap. PH suka makan dengan sos cili. Kalau tak pedas tak kick :)

Unknown said...

Assalamualaikum Madihaa, ada kelainan pulut ni mesti akak nk try jugak sbb akak mmg fav pulut sedap ni kan masin2 kalau yg manis tu agak kureng lah sikit, insyaallah nk copy resepi ya..

Unknown said...

Assalamualaikum Madihaa, ada kelainan pulut ni mesti akak nk try jugak sbb akak mmg fav pulut sedap ni kan masin2 kalau yg manis tu agak kureng lah sikit, insyaallah nk copy resepi ya..

izahdaut said...

Wii kak..nampqk simple je..sedap je bila nengokkan tu.

Akak lauk jering ayam kat bawah tu betui2 menggoda la,,haishh

Delima Zamrud said...

Nampak sedap sgt nnt nk cuba lah kalau ade masa thanks akak kongsi resepi nie :)

rostina76 said...

salam k.madiha....
Ros pernah makan @hotel (hi-tea) tapi yg tu dia buat pulut putih (dorg letak ayam cendawan hitam ni @the bottom & top with pulut).....mmg sedap & terbayang2 lagi rasanya. tq kak sharing the recipe

norhidana said...

msti sedap nih... aduhla... dana tak teror msk yg ada pulut2 nih...

rahel said...

Sedapnya ni...lama tak pekena mcm ni...teringat masa duk selangor ari tu...makan kat sunway piramid restoran papa rich...mantap banget...

Hafizah Mohamad said...

sedapnya kak...mula2 tgk gambar nampak cam nasik grg...ha ha ha...bila baca rupanya kuih chang...dapnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...