Thursday, March 14, 2013

Tuna Mornay



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bersua lagi kita hari ini.  Resepi kali ni ala2 hidangan barat atau western la pulak ye.... tapi jangan marah.. sebab masih berasaskan ikan! hihihi...

Dok belek2 isian dalam peti ais ku yang semakin hari semakin sendat... risau sebab aku tak suka membazir.  Kalau boleh biarlah kesemuanya dapat aku masak atau gunakan & hidangkan pada keluarga.  Tak baik membazir kan?  Tapi kadang2 tu.. ada juga bahan yang terbuang dek kerana ketiadaan masa nak mengerjakannya.  Bila terjadi macam tu.. hati rasa bersalah sangat.


Dalam dok belek2 tu.. aku nampak masih berbaki lagi cheddar cheese lebihan dibuat Snow Cheese Cake dan Double Cheese Delight Bun tempohari.  Hubby pula ada beli 2 peket isi jagung yang dah siap diperisikan dari tongkolnya.  Sepeket dah dikukus & dimakan macam tu aje.  Buat ala2 jagung cawan yang biasa orang jual tulah.. anak2 suka.  Tapi ada lagi sepeket masih tak terusik.  UHT whipping cream pun masih berbaki lebihan buat Kek Coklat Moist tempahan tempohari.  Benda ni bukan ada dijual dalam peket kecil (tak taulah kalau ada.. mcm tak nampak pulak kat kedai bakeri berhampiran ofis ni).  Jadi terpaksalah beli yang saiz 1 liter tu.   Untuk elakkan dari benda2 ni membazir.. dengan cekalnya aku terus google resepi apakah yang boleh aku buat menggunakan bahan2 yang aku sebutkan tadi.  Hasil dari belek sana, belek sini.. maka terhasillah Tuna Mornay ni... itupun sebab kebetulan dalam gerobok memang ada 1 tin tuna yang belum terusik.  Hanya perlu tambah 1 tin lagi.  Maka bila semua bahan2 cukup.. maka menggodeklah MaDiHaA untuk hidangan sarapan kami Sabtu lepas.  Masih berbaki lagi isi jagung tu.. kenalah fikir nak buat apa lagi..


Tuna Mornay sesuai disajikan sebagai sarapan pagi ala2 western umpama kita menikmati Shepperd Pie gitu... Tapi Tuna Mornay ini tentulah rasanya tak sama ye....  Sedap juga dimakan dengan roti bakar & secawan nescafe panas. Penggemar tuna pasti sukakannya... Hmmmm...  Tinggal sebekas tak habis di makan... esoknya MaDiHaA modified dengan masukkan Tuna Mornay ke dalam roti (buat macam sandwich), celup roti tadi dalam bancuhan batter gorengan lalu digoreng hingga kekuningan.  Tak sempat nak difotokan... Roti Tuna Mornay lesap sekelip mata... hihihi...

Jom intai2 macamana resepinya... Ini hasil olahan MaDiHaA ikut tekak orang melayu ye...  Kalau tekak orang putih takde di letakkan cili padi tu.. hehe.. sila2lah mencubanya...


TUNA MORNAY


Olahan : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar ~ didadu halus
5 biji cili padi ~ dihiris
2 batang celery ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepong gandum
180 ml susu segar
1/2 cawan UHT whipping cream
40 g parutan cheddar cheese
250g isi jagung segar (yang dihiris dari tongkol jagung) ~ direbus terlebih dahulu dgn sedikit garam
2 tin tuna in water (185g x2) ~ buang airnya

1/2 cawan serbuk roti/breadcrumbs
garam secukup rasa

Bahan topping (dicampurkan kedua2nya)
1/2 cawan serbuk roti/ breadcrumbs
30g parutan cheddar cheese



Cara menyediakan
1. Panaskan mentega lalu tumiskan bawang besar, cili padi & celery. Kacau rata hingga naik bau. Masukkan tepong gandum & kacau rata. Tuangkan susu segar & UHT whipping cream & kacau sehingga mendidih. 
2. Masukkan 40 gm parutan cheddar cheese, garam secukup rasa & biarkan cheese cair. Padamkan api lalu masukkan isi jagung yang direbus, tuna yang dihancur2kan sedikit & juga serbuk roti. Kacau sehingga sebati.  Sementara itu bolehlah dipanaskan oven 180C. 
3. Sapukan ramekin atau bekas yang sesuai dengan sedikit mentega. Masukkan Tuna Mornay ke dalam bekas atau ramekin yang di sediakan.
4. Toppingkan di atasnya dengan campuran serbuk roti & cheddar cheese. Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas mornay kelihatan keperangan.  Sedia untuk dihidangkan. Boleh dimakan begitu saja atau boleh dimakan dengan roti bakar.


Selamat mencuba!



11 comments:

asmah yusof said...

Salam kak...
menarik menu nie...+ cheese lg la marbeles...insyaAllah nak try gak nnti :)

Qhaifa Nur said...

selalu makan dengan roti saja ikan tuna ni...
buat tuna mornay pun sedap ni...

Marsita yahya said...

emm yummy.

Delima Zamrud said...

Sesekali mkn camnie best juga kan akak ermm nampak yummy yummy :D..

ieda immi said...

aduhhh berat hati saya nak masuk blog akak nie
sbb benda2 nie lahh
makanan2 nielahhh
mencikkk
laporrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
sedapppppppppppppppppppp
kalau dekat dah lama saya tempah ngan akak ...

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

aziejaya said...

first time tengok masakan ini.

Cendana Kasih said...

sedapnyer kak...aduhhh... masuk list la dulu.. tp kalo ambik tempahan, cakap yer...nk order...hehehe

Mas said...

yummy...
sedapp tu kak

Nooriah Abdullah said...

salam Madihaa
nampak macam sedap je, tapi akak belum pernha mkan lah, dlm hati ingin jugak nak try mesti sedap ni kan

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. tun pun mmg jenis yg rasa bersalah sgt2 nk buang makanan.. tp kalau dh terbeli ikan atau sotong yg x segar n mmg xleh nk telan tu terpaksa buang jugak la.. tu pun peram dgn lamanya dlm peti sbb sayang nk buang.
kt sini pun jual whipping cream 1 liter. sbb tu jarang2 beli.. kalau beli nnti byk pulak dessert yg kene buat utk habiskan. dh la berat naik dgn hebatnyer dh nih.. huhu

ALoNa CintamaniszLite said...

makan mcm tu je ke, kak??
sy tak penah lagi makan masakan cenggini, hehe...tu yg mmg sangat2 tak tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...