Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, July 6, 2010

Apam Bakar Tapai



Punyalah sibuk rutin aku sekarang ni asyik dok menggentel karipap aje.. sampaikan nak bereksperimen dengan resepi2 idaman pun terpaksa KIV. Hmm.. tapi.. disebabkan keinginan & kerinduan yg meluap2 pada apam bakar yang dah lama aku tak makan ni... sibuk2 pun.. ku gagahi jugak membuatnya..

Apam Bakar Tapai ni merupakan (kalau tak silap aku) resepi tradisi dari Pantai Timur. Memang dah lama sangat aku tak makan.. Maka bermulalah alkisahnya.. pepagi buta hari minggu baru2 ni.. belum subuh lagi aku dah bangun adunkan apam bakar ni sebab adunan apam ni perlu diperap selama 4 - 5 jam. Resepi apam ni.. aku terjumpa dari rumah Ayu Singapore http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/. Resepi asalnya dari citarasawan@myresepi.com. Masa jumpa resepi ni.. memang suka yang amat.. yelah.. aku kan pencinta resepi2 lama.. Terima kasih buat kedua2nya yer.. punyalah lama nak tunggu giliran ke resepi ni kan Ayu..? tp alhamdulillah.. akhirnya menjadi gak.. bak kata Ayu.. tak perlu nak pegi ke Trengganu utk makan apam ni.. kat Singapore (umah Ayu) & kat PJ (umah aku) pun boleh dapat.. hehehe...

Sources:-From citarasawan@myresipi.com (copy from ayu singapore)

Bahan-bahan:-300 gram tepung beras
125 gram gula pasir
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah ~ di mayang halus
1/2 inci halia ~ dimayang halus memanjang
250ml santan/susu segar (MaDiHaA guna santan)
250ml air
4 ketul tapai ubi kayu ~ buang urat & di lenyek halus - dalam 140g (saya blender)

Bahan Tambahan
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)

Cara2nya:-
Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan
Panaskan non-stick pan (MaDiHaA guna kuali biasa aje), leser dgn sedikit majerin (MaDiHaA letak 1 sudu kecil sbb takde non stick pan). Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.
Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.
Dihidang bersama kelapa parut. Guna non-stick pan yg paling kecil jdi shape sama semuanya



Selamat Mencuba!

3 comments:

cikmanggis said...

salam madiha..lama betul tak makan apam camni..terima kasih kongsi resepi.masuk list ni:)

Hany Gallery said...

Salam. Dah lama saya cari resepi ni. Dah tanya mak tp tak cuba2. Tq kongsi resepi.

ma'chiks said...

salam, apam ni kalau di Ganu makan nge kuah yg warna dia kehijuan sikit, dlm nya ada isi ikan..dah lama x makan..di klate pn ada tp makan dengan nyok parut besa je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...