Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, July 16, 2010

Kuih Lobak Putih



Dari sehari ke sehari nak mencuba kuih lobak putih ni. Mula2 tengok kat blog Cik Manggis, lepas tu Hana pulak buat.. (mungkin ada lagi yg mencuba kan?) memang teruja nak mencuba.. tapi takut pulak takde sambutan kat rumah. Terbaru Kak Rus pulak tayang.. resepi memang dah lama simpan. Ehh.. tak boleh jadi ni.. Tibalah beberapa hari lepas disebabkan ada sebiji lobak putih yg hubby beli belum jadi lauk lagi.. maka aku merajinkan diri buat kuih lobak putih ni sebagai sarapan. Disebabkan malas nak selongkar resepi kuih lobak ni yg aku print dari Cik Manggis dulu.. aku copy & print je resepi dari FP Kak Rus.. Maka menjadilah juga kuih yang teringin sangat aku nak buat ni... Sedap juga rupanya kuih ni walaupun bahan yang digunakan agak janggal.. yelah selalu lobak putih orang buat sayur je kan? Terima kasih banyak ye Kak Rus.. sebab resepi yang akak dah ubah suai ni saya ikut bulat2 macam yang akak buat.. mmg sedap & menjadi. Cuma tak sempat nak buat versi goreng tohor sebab tak cukup masa.. nak bersiap hantar anak sekolah pulak kan.. Kakak Dini suka.. dah sarapan mintak dibekalkan lagi.. abg Haziq tak makan sebab ada sos tu.. cuma ayah dia tak berapa suka.. biasalah kan.. tekak dia mmg susah nak terima kalau kuih yg agak pelik sikit ni.. memang dah agak dah.. hehehe..

Bila aku nak masuk entry ni baru aku perasan yang resepi Cik Manggis & resepi Kak Rus ada sedikit perbezaan.. takper... lenkali cuba pulak resepi CM.. anyway.. thanks to Kak Rus utk resepi ni yer.. saya copy & paste kat sini pulak.. halal ye..



Sumber : Resepi yg telah diubah suai oleh Kak Rusnah http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
350 gm lobak putih diparut,direbus dan ditoskan (terlebih parut.. letak 370gm)
250 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
500-600 ml air (MaDiHaA letak 550 ml)
50 gm udang kering direndam kemudian ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit gula (MaDihaA letak 2 sudu teh)
1/2 st kiub perasa ayam (1/4 kiub ayam)
1/2 st serbuk lada
1/2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit minyak
daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
bijan goreng juga utk hiasan
cili sos.

(Kalau ikut resepi asal ada dimasukkan biji ketumbar dan cekur di dalam adunan tu....eh tak boleh bayang rasanya bila ada 2 bahan ni....jadi kak Rus ketepikan..... MaDiHaA pun ikut kak Rus gaklah.. hehe)

Penyediaan
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar, masukkan bawang putih diikuti udang kering yang ditumbuk tadi kemudian masukkan lobak putih yg dah direbus dan tos tadi. Kacau2 biar rata. Tutup api & ketepikan.
2.Dalam satu bekas lain, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam (MaDiHaA letak garam lepas siap dibancuh dengan kiub ayam sbb takut terlebih masin), gula, perasa ayam, serbuk lada dan diadun dgn air.
3.Masukkan campuran tepung ke dalam kuali tumisan tadi dan dikacau. (Masa ni.. rasakan masinnya.. then barulah MaDiHaA tambah garam biar ada rasa masin sikit2 je). Seterusnya pasangkan api semula dan kacau sekejap selama 2-3 minit atau bila nampak adunan memekat sikit (jangan pekat sangat!!).
4. Sediakan kukusan....ratakan adunan ini ke dalam acuan yang dilenser minyak dan kukuslah selama 45 minit.
5.Biarkan sejuk..... dipotong setebal 1 cm (atau sesuka hati anda) kemudian digoreng tohor dengan sedikit minyak. Goreng kekuningan di dua belah kuih......dan boleh dihidangkan bersama sos & bahan hiasan. Boleh juga dihidang tanpa goreng setelah dihias dengan topping/hiasannya.



Selamat Mencuba!

5 comments:

izahdaut said...

1st time tengok kuih mcm ni..sedap ye...boleh cube kalau ada lobak putih..maceehh

Sari Yusa Ibrahim said...

macam talam berlauk ya.. msti sedap tu.. lagi2 kalu makan masa berbuka

Aishah@Ariffin@Aqil said...

bahan pelik kan akak...tp cam menarik je..

Ruziawati Bukhari said...

Assalamualaikum..
akak makin hebat.. makin dasyhat!!

sedapnya seme menu akak ni..
meleleh air liur tau!!

miss u..

MaDiHaA said...

IZAH DAUT: boleh tahan tak sedap.. mcm talam berlauk je rasanya.

SARI YUSA: a'ah.. mcm talam berlauk.. mmg best..

AISHAH: memang pelik bahan2nya.. tu yg takut2 nak try tu.. nasib sedap..

RUZIAWATI: W.salam.. ehh!! apa yg hebat sgt tu tie?? hehehe.. biasa2 jelah tie.. gambor pun kelabu asap.. kamera akak dah rosak la.. menu2 simple je tie yg akak masak... hok mudoh2.. tq tie.. missed u too..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...