Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, July 14, 2010

Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Udang



Ahad minggu lepas aku ke Klang rumah adik (angah) sebab nak pegi hantar kain untuk tempah baju raya. Masa nak balik tu angah pelawa pucuk ubi... hishh.. aku apa lagi.. ndak ajelah.. hehehe.. bak kata orang rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari... Dalam kepala terus teringat nak buat gulai lemak pucuk ubi campur dengan udang... memang tak hingat makannya... lawan pulak dengan ikan masin.. wallahhhhh...!!

Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
20 ekor udang ~ bersihkan (ikut suka nak buang kulit atau tidak)
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa


Cara menyediakan

1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa & udang. Masakkan sekejap lagi hingga udang nampak masak. Jangan terlalu lama nanti udang mengecut & nanti isinya jadi keras. Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.

1 comment:

Ida Ddapur said...

Slm kak...alahai sedapnyer pucuk ubi,lama dah tak makan benda alah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com