Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, July 15, 2010

Sago With Creamy Avocado



Buah avocado kat pokok rumah Sujah (makcik ku) dah hampir nak habis. Sebelum ianya habis aku pun ambik ler 3 biji masa pegi rumah dia petang Sabtu lepas semasa kami buat small gathering dengan sepupu2 sambil wat makan2 sikit (gambar gathering tak ambik pulak).



(gambar2 lama)

Sebelum tu masa nak balik kg dah ambik dah beberapa biji utk adik2 kat kampong. Cuma untuk aku sendiri belum terasa nak makan lagi.. Bagi peluang kat orang lain dulu makan buah tu sebab aku ni dekat jer dengan rumah Sujah. Anytime boleh ambik. Avocado tu berbuah setahun sekali je.. bila pokoknya berbuah.. memang ramai jiran2 & kawan2 makcik yg menempah (mintak). Ramai betul peminat.. & tiap2 tahun pokoknya memang berbuah lebat. Alhamdulillah.. berkat berkongsi agaknya.

Sebelum aku balik.. Sujah suruh petik lagi 2 biji suruh bagi pada Angah kat Klang sebab Sujah tau aku nak pegi Klang keesokkannya. Bila tanya Angah.. rupanya dia tak suka pulak buah tu.. alahaiii... dah jadinya kat rumah tu ada 5 biji kesemuanya... apalah yg aku nak buat dengan buah tu......... hehehehe.. Biasanya aku makan dengan aiskrim aje buah tu. Kalau makan dengan santan macam makan cendol pun sedap juga kata Sujah..



Semalam beberapa biji avocado dah mulai lembut menunjukkan ianya dah cukup masak. Cepat2 aku masukkan dalam peti ais sebelum ianya terlalu masak. Malam tadi aku pun buat ler dessert ni untuk dimakan selepas makan malam... bagi hubby rasa... hubby kata sedap.. katanya campuran dessert aku tu terasa spt ada air kelapa.. hubby aku ni memang payah nak puji masakan aku kalau dia tak berapa suka dia cakap je tak sedap walaupun tekak aku rasa sedap.. hehehe.. bila aku rasa memang betul pun ada rasa air kelapa.. & rasanya memanglah sedap serta lemak berkrim... tapi tak boleh makan banyak.. setakat 1 bowl tu aje... very rich... habislah diet... hehehe.. sapa2 yang sedang diet tu memang tak digalakkan makan buah ni sebab high calories..

Ok.. ini resepinya yer.. resepi agak2 aje nih.. boleh diubah suai ikut kesesuaian & selera masing2 ok..

Bahan2
1 biji avocado ranum (saiz sebesar buah jambu batu yg besar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air masak
4 ~ 5 sudu besar biji sagu halus (nak guna yg kasar pun boleh gak)
air secukupnya utk merebus sagu
gula merah/gula melaka secukupnya untuk dibuat air gula melaka
1/2 cawan santan pekat (MaDiHaA guna santan kotak 1/2 kotak je)
secubit garam
1 cawan air masak (boleh kurangkan or lebihkan)

Penyediaan
1. Cuci sagu dan rendam dalam 20 minit. Toskan & masukan air secukupnya (air biar lebih) lalu rebus sagu hingga masak & jadi jernih. Toskan sagu dilaluan air paip biar semua lendirnya hilang & tos lagi. Campurkan sagu tadi dengan santan, secubit garam & air masak. Jika terlalu pekat boleh lebihkan sedikit airnya. Ketepikan dahulu bahan ini.

2. Buah avocado dibelah dua. Buang biji & selaput warna coklat yg melekat di bahagian dalam buah. Kopek semua kulitnya lalu dipotong kecil2. (boleh ambil sedikit isinya utk tujuan deko atau jika anda suka ada chunk avocado dalam dessert) Masukkan dalam mesin pengisar, campurkan 1 1/2 cawan air masak & gula pasir. Kisar avocado sehingga halus & berkrim.
3. Sediakan air gula melaka & tapis.

Penyudahnya
1. Sediakan mangkuk atau gelas menghidang. Sudukan beberapa sudu kisaran avocado. Boleh tambahkan chunk avocado jika suka. Sudukan pula beberapa sudu sagu bersantan diikuti dengan air gula melaka secukupnya (ikut kemanisan yg anda suka). Akhir sekali bolehlah hias ikut kreativiti sendiri. Boleh sejukkan sebentar di dalam peti sejuk atau boleh juga terus dihidangkan. Lazatttt... berkrim!!



Selamat mencuba!

5 comments:

Lya Colours said...

uiiiisss sedapnye kak
telan air lioq je ni

izahdaut said...

fuuhh..rupanya avacado ni besor buahnyer..dah gayut cam sukun pun ada...bestnyer dapat makan fresh..akak buat air la..kat bali depa kata air paling sedap air avacado ler..katanya campur coklat skit..pastu tah la campor pe lagi tak tau.tapi gitu la critanya..

Cik Puan Siti said...

Mana dapat benih buah avocado tu ye?

zawani said...

salam...kak da try..sedap...tp isi buahnye hijo plak...hehe..thanks for the recipe..nak tanye..ap wrne kulit or teksture klu kite nak tau avocado ni da masak ke blum ye??

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Zawani : warna kulit avocado tak berubah walaupun dah masak.. tp kita boleh picit sikit kulitnya.. jika terasa lembut.. maknanya dah cukup masak.. jika masih keras tu belum masak lagila tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...