Wednesday, July 28, 2010

Apom Lenggang @ Apom India



Maaf ler.. semalam tak update sambungan Keema Nurjan tu sebab semalam aku cuti temankan adik ke PPUM. So arini aku sambung baliklah apa yg aku masak untuk digandingkan dengan Keema Nurjan tu.... Haa... nilah dia... Apom Lenggang ataupun Apom India.. dah lama teringin nak buat.. Memang kena sangat2 gandingan dua ni.. aku buat 2 adunan.. hehehe.. tamak betul!! Lain kali kalau nak buat lagi apom ni untuk dimakan dengan cicahan pedas.. aku nak kurangkan sikit sukatan gulanya tu.. kalau kawan2 nak makan apom ni dengan kuah manis seperti serawa ataupun dengan kelapa parut.. tak perlulah kurangkan gulanya tu.. sedang elok dah tu... TQ pada Wila Chin yang sudi berkongsi resepi apom ni... aku copy dari Kak Rus.. TQ ye kak.. akhirnya jadi gak apom saya ni ha... hehee.. Kita paste kat sini plak resepinya.. thanks to both of you..



Sumber : Wila Chin http://familydishes.fotopages.com
copy dari FP Kak Rus http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
150 gm tepung beras
200 ml santan
1/2 camt yis + dgn 50ml air suam-perap 10 minit
30 gm gula (lenkali nak kurangkan)
1/4 cawan tapai nasi

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan yis. Mesin bahan2 tersebut dan tapis kedalam bekas/besen yang lain. Setelah itu masukan bancuhan yis tadi & kacau rata. Tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
2. Setelah kembang, kacau bancuhan agar rata.
3. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan planta/minyak masak. (boleh juga gunakan kuali non stick). Tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali lalu dilenggang sedikit agar jadi spt kuih dadar. Biarkan seketika kemudian barulah kuali di tutup.
4. Setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat.
5. Cara menghidang di lipat dua atau di biar terbuka pun boleh juga. Dihidang bersama kari ayam atau kelapa parut putih terpulang selera masing2.



Resepi Tapai Nasi
250 gm nasi yg tlh disejukkan
1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
sedikit gula (MaDiHaA tak letak pun)
1 camca besar air (tak letak jugak)

Cara2 Menyediakan Tapai
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 bulan)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...