Monday, January 16, 2012

Kembong Taucu Bertomato

Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin.... pagi ni takde menu istimewa.. sekadar menu ulangan yang menjadi feberet kami sekeluarga kecuali 2 budak yg baru belajar nak makan pedas tu... Haziq pula walaupun baru berjinak2 dengan pedas.... tapi kalau lauk ikan jarang juga nak sentuh.... 
Kembong Tauchu Bertomato
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 ekor ikan kembong
garam & serbuk kunyit (untuk goreng ikan) 
1 biji tomato ~ belah 8
1 labu bawang besar ~ hiris memanjang
2 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis
15 biji cili padi ~ hiris halus
2 biji cili merah ~ hiris
2 sudu besar taucu kasar
1/2 sudu besar asam jawa ~ ramas dengan air ambil jus
sedikit aji
sedikit gula
air anggaran 1 cawan atau lebih
minyak masak

Cara2 menyediakan
1. Ikan dicuci bersih, dikelar & dilumur garam & serbuk kunyit.  Goreng ikan (tak perlu garing sgt.) angkat & ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak yang lain dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, cili padi, cili merah & bawang besar hingga layu & wangi.  Masukkan air, taucu & air asam jawa. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, tomato, gula & aji.  Balik2kan ikan & pastikan kuahnya secukup rasa.  Tak perlu tambah garam kerana tauchu dah cukup masinnya.  Bolehlah dihidang dengan nasi panas & lauk pauk yg lain.
Selamat memasak!

6 comments:

tun_telani said...

sepanjang2 tun membesar kat kg xpernah jumpa lauk yg ada taucu. smp skrg x pandai makan. hihi.. tp bila kawin org johor, taucu ni salah satu mende yg selalu ada dlm peti. kene belajar mkn jugak ni.

adarnadzmie said...

ari n akak dh dpt 2 resepi masak tauchu...sedapnya...

Qhaifa Nur said...

ni pun salah satu fev anak- anak....
sedapnya...

Mas said...

sedap tu kak kembung masak gini..
mas suka...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul tu Tun.. belah2 T'ganu memang jarang masak guna tauchu.. akak pun sama jugak mak tak biasa msk taucu.. tp sejak2 dah berhijrah ke KL barulah akak kenal tauchu & skrg dah jd feberet pulak.. hihi..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam K.Madiha.
ikan kembung masak taucu sedapnye....kalau kat kg selalulah masak ni he he mak pun selalu wat tu yg anak2 nye semua suke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...