Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru 2012 & Sup Telur Berempah

Assalamualaikum readers....

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan buat semua pengunjung setia Dari Dapur MaDiHaA... Terima kasih kepada semua follower baru yang semakin hari semakin bertambah walaupun tuan rumah tak sempat nak update.  Terima kasih juga pada kengkawan yang rajin meninggalkan jejak di sini. Ampun & maaf dipinta kerana tuan rumah tak sempat nak membalasnya kerana kekangan masa di pejabat & juga di rumah.  Sibuk yang teramat!

Harap masih belum terlambatlah ye untuk ku berikan ucapan tahun baru.. almaklum sajalah... tuan rumah begitu sibuk sepanjang hujung tahun 2011 menguruskan bermacam2 perkara.  Pagi ini pun rutin harian dah kembali seperti biasa bila anak2 dah memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.  Cuma Haziq saja yang belum mula kelas tadikanya lagi sebab hari ni merupakan hari untuk parents selesaikan segala bayaran yuran dan sebagainya. Jadi cikgu tadikanya dah pesan Haziq hanya perlu datang pada 5hb Januari sebab segala yuran semua ibu dah settlekan pada pertengahan bulan Disember tahun lepas.  Kasihan Haziq sebab terpaksa menunggu untuk mendapatkan uniform tadikannya kali ni sebab takde saiz yang sesuai untuk dia... hehehehe... terpaksa tempah khas! Aduhhh... nampaknya semua anak2ku bila masuk ke umur 6 tahun.. baju tadika dorang dah kena tempah khas sebab baju2 yand disediakan semua saiz2 comel belaka... Memang kalau orang tengok Haziq semua sangka Haziq dah sekolah rendah darjah 2 atau 3... hehe.. Masa kakaknya dulu pun gitu jugak... masa tadika 5 tahun okeylah masih muat pakai uniform tadikanya.. tapi bila masuk je 6 tahun.. terpaksa tempah lain bajunya sebab takut baju2 tu semua boleh pakai sekejap aje... maklumlah kan budak2 ni... cepat sangat membesar.. jadi biarlah ambil baju yang agak besar sikit & bolehlan pakai sampai hujung tahun... Begitulah kisah anak2 bila masuk alam persekolahan... InsyaAllah lagi 2 tahun.. giliran Alin pula bersekolah... sah2 akan lalui perkara yang sama macam kakak & abangnya jugak.. nak buat macamana kan anak2 semua ikut baka ibu & ayah bersaiz western belaka... tambah pula mereka semua kategori montel...... bertambah2lah nampak besarnya..... Jadi nak salahkan siapa? Salahkan ibu yang kononnya masak sedap2?? Ish ish ish... janganlah kata macam tu sebab walaupun ibunya ni sekadar masak tumis air bayam dengan ayam goreng.. anak2 tetap berselera... hehe... 

Oklah kita tutup kisah anak2... hari ni aku ambil sedikit waktu untuk update resepi2 & menu yang di masak masa cuti sekolah tempohari.  Pembuka tahun 2012 ku sajikan dengan menu yang ringkas, jimat & menyelerakan ini. Hihihiihii... Duit dah habis buat cuti2 Malaysia & persediaan persekolahan anak2.. jadi kita makan lauk telur sajalah.. wahahaha....


Terima kasih Mat Gebu@tiffinbiru untuk resepi Sup Telur Berempah yang sedap ni.  Sedap betul layan sup panas macam ni di musim2 sejuk.. Resepi ni aku ambil dari Kak Nor@secubitgaramnor67 dah lama dulu.  Dah acapkali juga sebenarnya masak lauk ni.. cuma malas nak ambik gambar sebab tiap kali masak.. telurnya agak tak berapa cun & 'pecah' dalam kuah.. so.. malas le nak interprem.. hehe.. kali ni pun ada jugak yg jadi macam tu.. tinggal sebiji dua je yg nampak cantik sikit so.. bolehlah enterprem.. haha... Mintak izin ye Mat.. akak letak resepi kat sini... Terima kasih buat Mat & Kak Nor juga..

SUP TELUR BEREMPAH
Resipi : Mat Gebu
Sumber : Kak Nor & MaDiHaA

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan cendawan, kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...


Selamat mencuba!

9 comments:

Kak Sam said...

Selamat tahun baru untuk akak jugak

tun_telani said...

selamat tahun baru kak madihaa =)
xpe montel2 pun, asal sihat kan..

izahdaut said...

kak madiha.. busy betul hakak saya yg sorang ni ye. hehe.. selamat tahun bbru juga buat akak. smoga terus suksess dan semakin maju dan semakin bertambah rezeki orderan semua ye..

saya pun suke resepi sup telur ni. sedap. anak2 pun suke.

Liza said...

salam madihaa....selamat thn baru jugak utk madihaa n family...

JaSSNaNi said...

As salam akak...
mcm mana akak budak2 dah start sekolah ni... :) bertambah bizi ke, bertambah kurang keje kita? mmmmm kena bangun lebih awal utk siapkan makanan la utk anak2 nani ni.. :)
nani pun wat sup, tapi sup tulang, meriahnya nampak sup telur akak ni.. siap ada cendawan tinga tikus lagi.. nani suka cendawan tu, sedap..

Mamasya said...

Slmt thn baru Ratna.moga thn ni tambah murah rezki dan sejahtera selalu.anak2 masuk sek tentu sibukkan mcm2 nak siapkan.Haziq kena tempah baju khas...sabar ya abg Haziq.teringat Syazrin masuk sek.tadika..baju sedia ada mmg kecik. nasib baik ada budak yg sama saiz dgnya dah tempah tp tak jadi sek situ.sup sayur gini sedap tambah mkn dgn lauk ikan masin...

Mulan said...

sup2 ni memang laku kat rumah ni... good idea ni.. tqs sis..

anymz said...

salam diha
memang sedap layan lauk simple musim2 panas mcm ni..lauk sup ni aje dah cukup dah..makan dgn ikan masin sambal perghhh sedapnya rasa nak buat pulak nanti..hehe

guangzhou,china tu mmg tempat bershopping diha.sbb tu gambar2 akak byk gambar shopping..takde tempat pelancongan di sana..kalau ada pun tak cantik macam pemandangan di beijing,shanghai,korea atau pun taiwan.kat guangzhou manusia dia mmg jalan laju utk bekerja..brg2 mmg murah betul..compare dgn bandung sana lagi murah..

firdausi said...

salam perkenalan.. hehe saya nak tanya ni.. camna ek carot tu leh jadi bunga2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...