Monday, July 15, 2013

Iftar day 1 ~ Puding Roti Wholemeal Marble & Gulai Rebah Bangun Babat dengan Lobak Putih

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Orang lain kemain laju update menu best2 untuk berbuka puasa.  MaDiHaA juga yang terhegeh2.  Tak sempat nak mengejar diknon.. takpelah.. kita update mana yang sempat jelah.. hehehh..  Lagi pun menu berbuka kami yang biasa2 je.  Takdelah menu2 hebat sangat pun.  Masak setakat mana yang sempat je.
Ini puding yang MaDiHaA buat untuk pemanis mulut berbuka puasa hari pertama.  Adaptasi dari resepi Puding Roti Marble Coklat.  Oleh kerana kat rumah ada baki 4 keping roti wholemeal yang tak habis lebihan dari sarapan sebelum puasa tempohari.. baiklah dibuat sesuatu.. kalau tak.. takde sapalah yang nak menyentuhnya bulan2 puasa ni.  Maka terhasil ler Puding Roti Wholemeal Marble ni.. tak banyak beza pun resepinya.. cuma tukar roti & tambah esen vanilla je.
 
Puding Roti Wholemeal Marble
Adaptasi dari : hanamemories
Sumber : MaDiHaA aka Ratna (loyang 7" x 7")

Bahan-bahan
4 keping roti wholemeal
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
3. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
4. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
5. Dah siap bolehlah dilorek2 untuk dapatkan efek marble kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.



Inilah dia menu iftar hari pertama kami.  Mee goreng & puding.  Simple je kan?  Takdelah sampai penuh meja.  Ini pun syukur untuk rezeki dariNYA.  Yang penting dapat berbuka bersama-sama keluarga.  Tapi tahun ni kami kekurangan seorang ahli keluarga kerana anak sulung berada di asrama.  Takpelakan.. bukan dia sorang je macam tu.. kawan2 yang lain pun sama juga... semua berjauhan dari keluarga.  Tapi MaDiHaA teringat zaman MaDiHaA sekolah dulu2.  Seboleh2nya taknak dok berjauhan dari keluarga.  Tak sangka pula bila ada anak sendiri.. disuruh sekolah jauh2.  Tapi alhamdulillah.. dia cukup tabah berjauhan dari kami.  Waktu hari pertama berpisah tak sikit pun dia menunjukkan rasa sedih.. dia buat biasa2 je.  Adik dia yang menangis tak henti dalam kereta sebab sedih kakak kena tinggal.. hehehe... Oklah dah jauh pula melalut mengenangkan anak dara tu... InsyaAllah raya nanti bertemulah kami.. Cuti hujung minggu pun kami tak dapat jumpa sebab bila dia cuti 2 hari & dibenarkan balik... suami suruh dia balik rumah opah dia je.. sebab kami tak sempat nak hantar balik asrama.  Dia pulak tak berani nak balik sendiri dengan bas.  Waktu datang tak apalah ramai kawan2 yang sama2 naik bas.  Cuma masalah nak balik semula ke asrama tu je.  Dia pun kata biar dia balik rumah opahnya je.  Oklah tu kan..

Menu kat bawah ni pulak sempat MaDiHaA masak untuk bekalan sahur suami di tempat kerja.  Lauk simple je iaitu Gulai Rebah Bangun Babat dengan Lobak Putih.  MaDiHaA goreng juga sedikit ikan masin sebagai gandingannya tapi lupa nak ambil gambar.  Pernah dengar nama gulai rebah bangun? hehehe.. pelikkan? Hanya orang belah2 Pantai Timur je kot yang biasa dengar dengan nama gulai ni.  MaDiHaA pun tak pasti kenapa dipanggil macam tu.  Tapi gulai MaDiHaA buat ni ada sikit derhakanya.  Sepatutnya kena gunakan cili merah atau cili kering.. tapi MaDiHaA gantikan dengan cili padi sebab kehabisan stok cili merah.  Cili kering pula ada.. tapi dah kesuntukan masa nak potong & rebus.  Jadi sebagai jalan pintas.. guna jelah cili padi.  Tapi tak guna banyak sebab bulan puasa kami jarang masak yang pedas2.  Nak bagi perut relax sikit.  Bahan2 lain semua tetap sama.  Jom intai resepi!


Gulai Rebah Bangun Babat dengan Lobak Putih
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
600 gm babat ~ dipotong & rebus seketika & tos
1 biji lobak putih ~ dikupas & potong sesuai selera
3 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam, serbuk perasa

Bahan kisar
10 biji cili padi (sepatutnya guna cili kering/ cili merah)
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas
1/2 inci kunyit

Cara2
1. Jerang santan bersama bahan kisar, babat yang telah direbus serta garam.
2. Sentiasa dikacau & apabila mendidih masukkan lobak putih.  Bila nampak lobak putih empuk masukkan serbuk perasa & biarkan secukup rasa.
3. Matikan api & sedia utk dihidangkan.


8 comments:

Asyifa Mustaffa said...

menyelerakan semua...:)

Fazleyatul Aini said...

huih gulai tu menyelerakannnn

lieyalatif said...

kak, name gulai tu betul2 buat lieya jakun kak hehehehe...

lieya dah copy resepi puding akak...nanti lieya nak cube lah kak...

yes! lieya dah dpt idea dah tgk mee goreng akak...nanti nak buat mee goreng gak le...muak le kak buke makan nasi ajek...sahur sah2 dah masak nasikan.....

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak...
festime dengar babat tu kak.. mcm mana rupanya sebelum kena potong? tapi menu tu mmg nampak menyelerakan.. :)
>> fesday puasa nani pun sama kak.. nani sempat goreng koew teow je.. sbb fiyya tak sihat.. nangis nak dedek.. lepas tu sekali ngan nani goyang kaki atas katil je.. mr mama pulak masak.. tapi simple je fesday tu.. sbb balik keje dah penat.. takde tenaga nak wat itu ini.. alhamdullillah.. selesai dah 5 hari .. :)

>> kesian adik.. dia rapat sangat ngan kakak kot.. tu nangis dia bila kakak kena tinggal... tak per adik.. kakak tu pergi berjihad.. insyaALLAH.. bawa balik ilmu yang banyak untuk senang dunia dan akhirat.. :) amin... :) laju je komen kat orang.. kalau kena kat batang idung sendiri tak tau la.. uwaaaaa...

Mori Said said...

Puding tu nmpk mengancam la madiha... Izin mori copy yer...

Cida de' Nuanza said...

biasa pd kita, tp mgkin luar biasa pd org lain kak..hihi...
puding tu mmg sedap..selalu buat...

babat tu feveret kami laki bini...tp selalunya buat kerabu je

ALoNa CintamaniszLite said...

mee goreng...sedap nya...

Qhaifa Nur said...

puding menariklah kak..kelernya buat tertawan...

sedapnya gulai babat tu...MIL yang rajin masak macam tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...