Wednesday, July 17, 2013

Biskut Samperit

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Nampaknya tak dapat nak kongsi resepi iftar hari ke empat (sambungannya) seperti yang dijanjikan semalam.  Malam tadi tukar handbag lain sebab kejap lagi MaDiHaA nak ke bank ada sikit urusan.. Dah transfer purse dan lain2 keperluan ke handbag lagi satu tu.. tapi... terlupa pulak nak ambil sekali pendrive yang simpan semua gambar2 dalam handbag lama... Yang ada dalam handbag yang ditukar ni hanya pendrive lama... godek2 terjumpa gambar biskut ni... ahh.. kira bolehlah kan.. gambar lama.. tapi rasanya belum pernah kongsi dalam blog ni lagi...  Biskut samperit ni antara biskut ekonomi & ianya sangat famous setiap kali raya.. Di sebabkan bahan2 yang digunakan mampu di adakan oleh semua orang... jadi semua orang boleh membuatnya tanpa perlu pening2 nak beli bahan2 yang mahal...

Terima kasih Maklang Azie yang berkongsi resepi ni dulu di fotopages beliau.  Fotopages Maklang dah lama dah ditutup kepada umum.. dulu kat situlah tempat MaDiHaA selalu mengintai resepi.. hehe.. Dulu maklang selalu berkongsi resepi di fotopages.. tp sekarang maklang dah ada blog... malah sekarang dah jadi sifu mengajar buat kek & macam2 lagi...


BISKUT SAMPERIT
Resepi : Maklang Azie

Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat... (MaDiHaA guna ceri merah)

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit. (MaDiHa bakar 10-12 min jer)


Selamat mencuba!

21 comments:

Fazleyatul Aini said...

semperit ni memang feveret. tiap2 tahun mesti buat

Amie said...

hhe heheh.. dalam hand bag Amie memang ada seribu satu macam benda, kalau tukar beg mesti ada benda yang tertinggal..
kuih samprit tu kuih evergreen, dulu, kini & selamanya

Gee® said...

Mmg kuih evergreen...MIL gee pon setiap kali raya buat kuih ni... sedap sgt...

Azian Nd said...

anak akak dah request nak kan kuih ni...sedap!

Ummi said...

Assalamualaikum Ratna, dah tayang kukis dah ni...hehe. Alhamdulillah boleh jgk update, lama punya pun lama laa...

Salmi Khairil said...

teringat semperit ibu meruta Sal..gebu..cair dalam mulut..nak buat malas..boleh tak..hehee

Liza said...

mmg peberet liza ni, nak2 masuk mulut terus cair, fuhhh berbalang2 kompem habis...hihihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dari tahun ke tahun sy berangan nak buat semperit tak jugak buat, tak sempatlah, kak.. sedeyyy

DIARI FARISHA said...

tq atas perkongsian resepi.. :)

Mori Said said...

Sedap ..... Buat untuk raya ni...

zana fahmi said...

Baru di request anak bujang akk biskut ni. Nak buat ke tak.....mcm nk beli je. Tp takut tak sedap.

Qhaifa Nur said...

raya tanpa semperit macam tak best saja kak...

Firdawati Rashidi said...

sedapnya..

m.u.l.a.n said...

saya suka semperit...!!!

mama sara nur said...

Assalam kak

Leceh kan tukar2 hanbeg ni, mesti ada brg miss mcm sy ni terlupa nk bawa note
Biskut wajib raya kan, biasa ktorg tunggu biskut2 kakak sulong dari pahang he hee antaranya semperit gebus ni pakat2 berebut la. Org lama punya semperit lain
Thn ni pun sy ambil tempahan semperit sikit2 la. Sy cp resepi ni ye kak nk rasa versi lain

Phong Hong said...

PH nak simpan biskut ni untuk Chinese New Year :)

LiNa_Pg said...

Assalam...dah stat ngukis ke?amboi cergas tul..
Kite lom stat lagi, nk kena kayuh cepat2 gak ni..
Samperit menu wajib tiap2 tahun sebab anak2 suka..
Sedap kan sekut ni..cair di mulut gitew

Cik Nor said...

nak cuba resepi ni pulaklah, nampak berselera sungguh

tun_telani said...

Salam kak madihaa..cantik semperit akak.. yg ni cair dlm mulut ke rangup? tun jenis yg suka mkn biskut rangup2, kalau yg cair dlm mulut kurang sket.

Cida de' Nuanza said...

suka samperit all de timeee!!

norhidana miswan said...

antara biskut lama yg jd feveret dna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...