Thursday, July 11, 2013

Cream Puff Inti Coklat

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bersua lagi Ramadhan ke dua hari ni.  Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi cream puff lagi.  Tapi cream puff MaDiHaA kali ni berintikan coklat.  Sebenarnya dah pernah kongsi resepi coklat filling & resepi cream puff sebelum ni. Tapi tak mengapalah kan.. dikongsikan sekali lagi sebab resepi yang sebelum ni digunakan untuk buat inti apam & cream puff dulu pula berintikan kastard.  Kali ni MaDiHaA buat filling tidak buat penambahan gula sebab kulit krimpaf ni agak nipis.. jadi intinya kena isi banyak jadi intinya tak perlu manis sangat nanti tak lalu pula jika terlampau manis.  Apa2pun.. ikut selera masing2 ye... 

Terima kasih kepada penyumbang asal resepi..







Cream Puff/ Krim Paf
Resepi : Chef Alex Goh
Sumber : Che Mat Gebu
 
Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A 

Cara membuatnya  
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.  MaDiHaA tebuk lubang sikit je dengan nozel & terus je paip inti.




CHOCOLATE FILLING/ INTI COKLAT
sumber: Anna Qawina
sumber : K.Nor@SecubitGaram & MaDiHaA aka Ratna
  Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam (kurangkan sikit sbb inti agak lembik)
125gm gula halus atau gula kastor
60gram mentega
60gram serbuk koko
40gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
Tapis kedalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
Kacau sampai pekat
Campurkan mentega dan esen
Kacau sebati dan tutup api..sejukkan

* K.Nor lebihkan gula sbb serbuk koko yg K.Nor guna agak pahit. 
Selamat mencuba!

11 comments:

Qhaifa Nur said...

salam ramadhan,

inti coklat sedapnya...
kalau dapat makan panas-panas alangkah bagusnya...

tapi inti coklat memang kuar macam tu ke kak...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
selamat berpuasa ye.. :)
wahhh sedapnya cream puff berintikan cokelet kan.. terliur juga saya ni.. :) :)

coklat yg nani dapat GA tu mmg takde kat malaysia kak.. nani join GA penganjur tu dok luar negara.. so coklat tu dari dubai..

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...slmt berpuasa...aduyai..sedap nmpk creampuff madiha ni...

ummiaisyah said...

krim paf ni kan...dh merajuk ngan sy kot..aritu ada kwn order..sy guna resepi yg biasa buat..tetiba tak mau kembang..asik kempis je..sedih tui...tak bayo pengeras agaknya!!

mrs.smile said...

Selamat Berpuasa akak...nampak sedap boleh MS cuba resepi ni nanti

Bbwana adienia said...

salam kak..

em, sedapnya cream puff inti coklat..sedapnya kak..

Cida de' Nuanza said...

comelnya...kite penah wat sekali cream puff ni, x jadi, trus merajuk
padahal org lain buat jadi je...hihi

Rohah said...

Anak sy mesti suka ni sbb inti coklat

mama sara nur said...

assalam
sedapnya rasa coklat tu
dari hari tu nak buat tp asyik akirnya inti kastad jg he hee

EmbunRosaliza said...

selamat berpuasa madihah, bila la nak buat kream puff ni, anak2 mesti suka ada inti coklat

atiqah zailan said...

assalamualaikum,sis madihaa,sye buat jadi dan sedap pulak inti coklat tu..makan macam tu je saye sbb lebih..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...