Friday, July 19, 2013

Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Salam bersua kembali...


Chakkk..! Kan dah janji tadi nak kongsi resepi tauhu sumbat sambal kacang ni.. jadi inilah dia... Hidangan dari tauhu memang kesukaan MaDiHaA.  Suami pun dah mulai suka makan tauhu.. kalau dulu dia tak suka sangat.. hehe..

Resepi sambal kacang ni MaDiHaA ambil dari blog Yatie Memories. Terima kasih Yatie & terima kasih juga pada Mat Gebu empunya resepi. Saja nak cuba resepi kawan2.. padahal sebelum ni pun pernah buat kuah kacang ni.. tp dah tentulah lain orang lain resepinya kan..



TAUHU SUMBAT SAMBAL KACANG

Resepi : Mat Gebu
Sumber : Yatie & MaDiHaA aka Ratna

BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
  • 4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam (MaDiHaA guna 6 keping)
  • 3/4 cawan parutan sengkuang (MaDiHaA guna parutan timun dengan carrot)
  • 3/4 cawan hirisan halus timun
  • 3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
BAHAN SAMBAL KACANG :-)
  • 150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan*-bakar sebentar
  • 5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar petis @ otak udang
  • 2 sudu besar sos cili (saya tambah)
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
  3. Hidangkan bersama sambal kacang.....
Cara saya= Goreng kacang tanah dan sejukkan. Bwng besar di kupas dan di belah 6. Bwng besar dan bawang putih di goreng sebentar dan ketepikan. Kisar cili merah, cili padi, belacan, bwng besar dan bwng putih bersama 1/2 cwn air masak. Tuangkan ke dlm mangkuk. Kisar kasar kcng tanah yg telah di goreng tadi bersama 1/2 cwn air masak. Satukan kesemua bahan2 dan gaul sebati. Masukkan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah siap dan cukup rasa, bolehlah di curah kuahnya ke atas tauhu sumbat tadi.

Selamat memasak..

15 comments:

Mori Said said...

Aduhhh madiha.... Lama sungguh x makan tauhu sumbat Ngan kuah kacang ni.... Maveles...

Gee® said...

Adehhhh mama....

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Sedapnyer..kuah kacng tu saya nak try buat..biasa makan ngan sos jer tahu tu..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak.. hari ni lewat nak komen akak.. tadi typing tender.. tu pun sempat2 siap je.. cuma blom scan.. hmmm..
baru nani terdetik nak buat tauhu sumbat.. tapi nani tak pandai wat kuah kacang tu.. selalu tak jadi.. sedeh betul lah.. ok kak.. nak balik dah.. kul 5 dah pun.. selamat berbuka puasa ye kak.. :) dan selamat bercuti:)

ilahjy said...

Tahu ni kegemaran org melaka wajib Ada Ketika Makan2 Ramai Dgn Fmly Dan kenduri2 Doa Selamat.. malang Kak Tak Pernah Buat, Tunggu Mkn Je Air Tgn Depa. Kat Umah Buat sethn Sekali Pun payah Huhuhu org Rajen

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Meleleh air liur akak Madiha... Sedapnya ;)

asmah yusof said...

fuhhhh....xthn tgk kuah kacang tue kak :)

Cida de' Nuanza said...

nostalgia betul tauhu sumbat ni
dulu mak suka buat
anak dia ni, x pernah lak buat

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..selalu saya buat makan dgn sos jer...nnti bole try mkn ngan kuah kacang pulak...

Qasey Honey said...

slm kak Madihaa

igt dlu2 time buka posa mak QH selalu juga buat tauhu sumbt mcm ni..itu la kami adik brdik rebutkn..hihi..tp bile dh duk asing ni kena wt pmintaan la kt mak klau tringin..hehe

mrs.smile said...

Terliur la kak madhihaa..lama sungguh tak makan tauhu sumbat ni

Lime Dotmy said...

yamiyami....
puase2 tengok gambar ni.. meleleh


My recent post : Khasiat Halia - Infografik

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. sedapyerr... tun pun suka tauhu sumbat.. dpt pulak sambal kacang tu.. heaven!

Phong Hong said...

Mmmm....PH suka nih! Boleh makan berkeping-keping :)

mama sara nur said...

Assalam kak
Baru ptg smlm asben tanya x wat tauhu sumbat ker he hee sb sil sy dulu rajin wat. Sedap kan kuih kacang sambil tu cicah cekodok pun blh
Kalu kat kg dulu mesti wat pecal tiapkali puasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...