Wednesday, October 30, 2013

Wholemeal Burger Bun



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Pagi yang cerah hari ni... tak seperti pagi kelmarin.. awal2 hujan rahmat membasahi bumi.  Malam tadi sempat MaDiHaA menguli (guna mixer hehe) untuk buat Wholemeal Burger Bun ni.. dapatlah 10 biji kesemuanya.  Alhamdulillah pagi tadi anak2 bersarapan burger sihat! Sihat sangat ke? hehee.. Ye.. sebab roti wholemeal kan salah satu makanan sihat? Sebenarnya.. baru2 ni dapat daging burger pemberian jiran yg agak banyak jugak.  Lebih dari 10 keping!  Daging burgernya bukan jenis daging yang berlemak tu. Daging yang jiran bagi ni bila di masak langsung tak mengeluarkan walau sedikit minyak.  Memang pure diperbuat dari daging tanpa campuran lemak2 terselindung.  Sebab itulah MaDiHaA kata sajian sihat. hehe..  Biasa daging burger di pasaran bila kita masak.. akan keluar minyak2nya menandakan dalam daging tu dicampurkan juga dengan lemak2 daging atau kulit2 ayamnya sekali.. itu yang tak elok sangat makan burger nih..


Jom kita tengok resepinya.. Kerajinan kali ni mungkin juga sebab nak selamatkan lebihan yis mauripan lebihan buat Pretzel tempohari.  Dah banyak kali juga MaDiHaA ralat bila separuh yis selalu terpaksa dibuang akibat tak habis digunakan.  Bila lama2 yis yang dah dibuka dibiarkan.. ia akan rosak macam tu je.  So kali ni alhamdulillah.. sedang elok lebihan yis tempohari cukup2 untuk satu adunan Wholemeal Burger Bun ini.

 
WHOLEMEAL BURGER BUN

Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
200 gram tepung wholemeal
200 gram tepung roti (tepong protein tinggi)
30 gram gula kastor
2 sudu teh yis segera (pastikan yis belum expired ye.. hehe)
1 sudu besar susu tepung (jika tiada boleh ganti air suam dgn susu segar suam)
250 ml air suam
1/2 sudu teh garam
30 gm butter

Bahan tambahan
2 sudu besar mentega yang dicairkan

Cara menyediakan

1. Kaedah MENGULI GUNA TANGAN. Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam bekas. Gaul rata & uli sehingga menjadi doh.  Tambahkan butter & uli doh sehingga doh tak melekat di tangan & menjadi elastik.  Tutup bekas & perap selama 1 jam. Jika menggunakan BREADMAKER (BM), isikan bahan cecair dahulu ke dalam BM diikuti dengan bahan kering.  Guna setting 'dough'.  Bila BM berhenti detik pertama, masukkan butter & tunggu sehingga doh siap diuli & naik sekali ganda.  Jika menggunakan MIXER pula.. boleh masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer & uli menggunakan mata cangkuk bentuk 'S' & uli sehingga doh menjadi elastik.  Doh yang siap di uli hendaklah ditutup & perap selama 1 jam.
2. Doh yang sudah di perap, ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian anggaran 70gm setiap satu.  Bulat2kan & leperkan sedikit doh lalu letakkan di atas tray yang sudah disapu mentega.  Habiskan kesemuanya & perap bun yang siap dibentuk selama 40 minit. Jika nak cepat boleh on oven sekejap kemudian off semula & masukkan tray ke dalam oven. Bun akan cepat naik hanya perlu perap anggaran 30 minit. 
3. Panaskan oven suhu 175C - 180C & bakar bun selama 20 - 25 minit mengikut oven masing2. (MaDiHaA bakar 20 minit je)
4. Bila bun masak sepenuhnya.. sapu bun dengan mentega cair semasa bun masih panas.  Siap untuk dihidangkan bersama daging burger pilihan & sayuran kegemaran anda!  Jika mahu disimpan.. sila sejukkan bun di atas redai & simpan bun burger dalam bekas bertutup.

Sarapan kami 4 beranak pagi tadi... yessss.. burger sihat! Diperbuat dari Wholemeal Bun & daging burger tanpa lemak!  

Sorry gambar blurr.. maklumlah kelam kabut pagi tadi.. segala benda nak dibuat dalam waktu yang singkat.. siap mandi, letak daging burger dalam pemanggang ajaib buka api kecil teruss zuppp solat subuh dulu.. hehehe...  sup sap sup sap... siap segalanya... alhamdulillah..

Selamat mencuba!

 



12 comments:

Sweet red cherry said...

em, sedapnya kak..memang sajian sihat..hehe..

JaSSNaNi said...

Assalam kak..
kepala tengah wing wing ni.,gamaknya sebab terlalu ngantok.. tapi nak gak merayap kat blog.. x kan nak tido lak kat ofis kan..
Ramai yg dok apdet pasal homemade burger.. hari tu dlm secubit babas pun tunjuk resepi nak buat homemade burger.. entah bila.nani lak nak buat ni.. mr mama dah order laksa.. org demam kan ngidam je slalu..

Qhaifa Nur said...

betul tu kak....selalu kalau masak burger sure banyak minyak yang keluar...sebab tu baik kita burger sendiri...lagi sihat

sedapnya sarapan pagi makan burger...kenyang hingga tengahari ni

Fazleyatul Aini said...

waaaa kalau jadi jiran kat madiha kan best

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantiknya roti yg Kak Madiha buat.. betul tu kak, sy kdg guna yis separuh lagi separuh terbuang gitu jer masuk angin, huhuhu..

LiNa_Pg said...

Bagus untuk diet roti kaya ngan serat...cantik kejadiannya

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. mmg terliur habis tun nengok berger akak nih.. baru la x rasa bersalah mkn berger bila roti wholemeal n berger less fat :)

Chik Mimi said...

healthy bread ni,nyum nyum sekarang ni dah tak meroti si mixer tak boleh nak tampung 500gms tepung siBM pulak dah sakit rindu nak meroti huhuhu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap akak tengok burger tu Madiha..... rajin betul menguli Madiha ni ;-)

Amie said...

Wow! Daku sangat kagum Madiha.... kalaulah dapat sebiji, nak rasa juga enak & khasiat sihatnya!

zila norazila said...

Hidgan sihat tu kak..mmg btl kita pun sama slalu buang lbihn yis ..syg kn..

Gee® said...

Nak 3 ketoi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...