Tuesday, November 26, 2013

Acar Timun Bertauchu

Assalamualaikum & selamat pagi...



Kongsi resepi sayur la pulak hari ni... lama tak pos resepi sayur.. hehe.. sayur ni salah satu menu wajib bagi kami.. kalau takde sayur rasa macam ada yang kurang je pulak.  Kalau nak cepat & tak sempat nak masak sayur berasingan.. biasanya MaDiHaA lebur je sayur banyak2 dalam lauk sekali especially dalam kuah kari ke... dalam kuah asam pedas ker atau dalam asam rebus... selalunya sayur bendi yang paling menjadi kegemaran MaDiHaA... kalau takde bendi.. terung pun boleh.  Kadang2 tak rasa nak makan sayur yang dimasak... ulam-ulaman pula jadi penggantinya.. lawan dengan sambal belacan ataupun budu... mak mertu lalu belakang pun tak perasan.. (apa punya menantu makan tak ajak mertua sekali.. heheeee...)



Oklah.. dah mulalah tu nak merapu... cakap pasal mertua.. sayur kali ni resepi yang belajar dari mertua MaDiHaA.  Orang Pahang memang kenal kot lauk ni.  Dengar kata selalu jumpa kat kenduri kendara.  Tapi memang betul pun kalau belah Raub kg mertua.. MaDiHaA memang biasa juga jumpa sayur timun dimasak dengan tauchu macam ni.  Biasanya kenduri2 kecil macam kenduri arwah, kenduri doa selamat dan sebagainya. 

Sebenarnya ada kisah di sebalik kejadian Acar Timun Bertauchu ni.  MaDiHaA dah siap2 potong timun style memanjang gini kononya nak dimasak acar yang kuning2 ada letak biji sawi tu.  Acar yang biasa jumpa kat kenduri2 kawin tu kan.  Teringin bebenor nak mkn acar pesen tu.  Tup2 bila en. suami balik dari kerja... dia suruh MaDiHaA masak acar style yang mak dia selalu masak.. huhu... Rasa macam sedih jugak masa tu sebab masa tu tekak memang dok teringin ala2 mengidam (tp takde isi) sangat2 nak makan acar yg kuning2 tu.  Tapi demi suami tersayang... isteri terpaksalah mengalah & utamakan keinginan suami dahulu.  Sebenarnya sedap juga lauk ni... cuma.. biasalah kan.. bila hajat tak kesampaian tu rasa cam hajat tak lepas jer.. hehe.. Dah tu esoknya.. balas dendamlah weehhh... stok timun pun ada lagi... apalagi.. esok tu masak jugalah acar timun yg diidam2kan.. hahaha... dua hari berturut2 la pulak masak sayur timun.. kekeke... takpelah kan.. janji puas hati... kira adil ler kan.. hehehe.. Ok dah jom kita tengok resepinya yer....


Acar Timun Bertauchu
Resepi : dari mertua MaDiHaA aka Ratna

2 biji timun saiz sederhana ~ dipotong memanjang kasar
4 biji bawang merah ~ dibelah 2
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2 biji cili merah / hijau ~ dibelah 2
sejemput ikan bilis (jika suka)
2 sudu besar tauchu (jangan mumbung sangat)
1 sudu besar asam jawa ~ bancuh dengan air jadikan jus
sedikit gula, aji & garam (jika perlu)
sedikit air (tak perlu byk)
sedikit minyak

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar, ikan bilis & bawang putih yang dihiris hingga naik bau.  Masukkan air, tauchu & air asam jawa.
2. Masukkan timun & biarkan mendidih.  Biar timun sedikit layu, kemudian masukkan gula & aji sikit.  Jika kurang masin boleh tambah sikit garam (biasanya tak perlu tambah garam sebab masin tauchu dah mencukupi). Akhir sekali masukkan bawang merah & cili besar yang dibelah dua tadi.  Kacau sebati & biar layu sikit.  Bolehlah matikan api & dihidangkan.

Selamat mencuba!

9 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya suka acar rempah tu sedap. yang bertaucu ni saya jarang makan hehe

adda syuhada said...

sedap plk tengok acar timun taucu cmni....

Emy Omar said...

Sedap pulak saya tengok acar timun tauchu ni kak..tak pernah cuba lagi.Boleh cuba ni nanti

Gee® said...

fav k.gee acar timun... tak payah lauk lain dah... sgt menyelerakan!

Fyda Rashidi said...

salam kak madiha! lama gila firda tak singgah sini! rindu pada apam beras akak...hehe..

mama sara nur said...

Assalam
Betul tu kat pahang selalu kenduri ada lauk ni
Abg ipar sy tukang msk lauk kenduri kat Chini
Ank buah kawin pun masak lauk ni he hee

MamaFaMi said...

Timun ada, tauchoo tak ada, jadinya, tak yah buat.. hehehehe...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum madihaa sib baik x der batu belah batu bertangkup ek.klu ada sah dah ada dalam batu belah tu...x pe kan demi utk suami tersayang..ape2 pun nmpk sedap gak sayur ni..nnti nk cuba buat

cikmanggis said...

Jangan pulak jadi cerita batu belah batu bertangkup ya hehe.

Akak belum pernah makan acar bertaucu begini walaupun suami orang Pahang .Insyallah nak cuba jugak nanti.Acar kuning tu dah biasa makan.Nak rasa kelainannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...