Assalamualaikum & salam Jumaat...
Seperti biasa.. hari Jumaat Puan blog kongsi gambar2 tempahan yang diterima beberapa hari yang lalu. Sebenarnya Puan blog ni bukanlah aktif sangat mengambil tempahan. Kebiasaannya untuk tempahan yang banyak.. hanya pada hari minggu Sabtu & Ahad saja yang mampu diterima. Kalau hari bekerja tak dapatlah nak terima tempahan ye sebab bekerja kecuali tempahan2 yang kecil tu... insyaAllah bolehlah dipertimbangkan.
Layan je gambar2 yg ada ni...
Tempahan dari jiran sebelah rumah & juga adik... cream puff & puding roti marble coklat.
Jiran sebelah rumah tempah 100 biji cream puff untuk majlis hari jadi cucu pertamanya.. terima kasih Kak Ina sudi menempah..
Adik kat Klang menempah 3 tray puding roti marble untuk majlis doa selamat berkhatan anak terunanya. Tapi ini kakaknya sponsor jer.. hehehe.. tak sampai hati la nak ambik duit dengan adik beradik... majlis untuk anak sedara... bukan utk orang lain..
2 tray Puding Sagu Mutiara.. tempahan Puan Ila.. terima kasih Ila kali kedua menempah dengan MaDiHaA... TQ ye..
Ok itu je untuk hari ni... Puan blog kurang sihat ni.. pening kepala.. tapi datang jugak kerja.. Sebabkan kepala ting tong.. sampaikan handphone pun boleh tertinggal kat rumah pagi tadi. Maaf ye kalau ada yang call atau sms order. Nanti petang akak reply. Tadi pun husband call bagitau ada orang sms order.. huhu... Sorry... akak lambat reply...
5 comments:
Alhmdulillh..rezeki brtmbh kak..pufing mutiara tu nnt kita nk cuba la..
Tahniah Madiha! Teruskan terima tempahan & moga maju dalam bisnes. Amie dah tak terima tempahan lagi sejak sebulan lalu... nampaknya Amie tak berapa pandai urus masa, bila rasa letih rasa tak berdaya pula nak mengadap oven... apa lagi kalau dengar tangisan si kecik Firdaus tu... sian kat kawan2 yang nak bawa balik ke lapis ke semenanjung tapi Amie tak mampu nak buat dah. Mungkin dah lapang-lapang nanti bolehlah bersilat semula di dapur.
nak lagi musim cuti sekolah kak..kenduri kendara sure banyak...moga selalu dimurahkan rezeki hendaknya...
assalamualaikum kak...
skrg ni makin banyak tempahan yer.. lagi2 dah masuk musim cuti dan kenduri kan..
syok lah abahnya leh tengok siang.. akak tengok anak2 waktu malam.. nani ni kesian je kat diorang 2 ni.. sebab kena melangut tunggu kat umah.. dah tu hari2 yg sama je.. makan main je kejenye.. sebab takde org pantau.. ni pun 2 hari je nani leh bawa masuk ofis.. sebab isnin ni bos dah datang .. so takleh bawa dah.. hehehe..
nak tempah tp akak jauh sgt, huhu.
Ingat ari tu nak buat event ngan kawan2 kat area sana...tp tak jadi laa pulak. Kalo idak..leh tempah kat akak..
Post a Comment