Wednesday, November 27, 2013

Puding Roti Cheese Chocolate Chips (Tanpa Telur)



Assalamualaikum & selamat pagi..


Minggu ni anak2 semua ada kat rumah sebab minggu ni & minggu depan ayahnya kerja shift malam.  Malasla pulak nak hantar ke rumah pengasuh sebab kalau hantar.. waktu balik kerja MaDiHaA kena jemput diaorang dulu & akibatnya tak sempatlah nak balik masak untuk suami nanti.  Bila balik kerja tak perlu singgah mana2.. perjalanan tu cepatlah sikit.  En. suami tak perlulah bangun awal (orang kerja malam.. siangnya wajiblah kena tidor kan) untuk masak untuk bekalan kat tempat kerjanya sebab MaDiHaA sempatlah masakkan sejenis dua lauk untuk dinner merangkap bekalan en. suami juga.  Harapkan cuti sekolah atau cuti hujung minggu jelah boleh masakkan untuk suami bila dia kerja shift malam, kalau hari persekolahan.. memang tak sempat nak masak.  Sampai rumah pun dah pukul 7... kadang2 kalau jem teruk lagi lewat dari tu.. sedangkan suami dah nak pegi kerja pukul 7.30 pm.



Ok oklah... nak cerita pasal lain dah merapu pasal lain pulak.  Sebenarnya baru2 ni MaDiHaA terima tempahan sandwich telur yang agak banyak jugak.  MaDiHaA terasa sayang nak buang kerak2 roti lebihan buat sandwich tu... tak suka membazir.. jadi kerak2 roti tu dikumpulkan.. maka dapatlah 2 beg plastik roti bonanza tu. Banyak kan? Sekarang ni sibuk dok mencari2 resepi untuk mengolah kerak2 roti tu supaya dapat dijadikan sesuatu.  Boleh juga anak2 kat rumah makan mengulang2 sebab bila dah duduk kat rumah ramai2 tu... asyik lapar jelah kan.  Tapi masalahnya sekarang... MaDiHaA perlukan resepi TANPA TELUR!  Sebabnya.. anak teruna MaDiHaA masih berpantang lagi kan.  Mungkin bagi dia pantang dalam seminggu je lagi. Puaslah fikir & godek2 resepi dari internet... Masalahnya.. resepi yang MaDiHaA jumpa semua menggunakan  telur!  

Semalam sempat luahkan kat FB mohon jasa baik kawan2 yang ada idea nak buat apa dengan kerak2 roti tu & seorang sahabat lama MaDiHaA waktu berFotopages dulu Zakiah Zainuddin berkongsi idea dengan resepi Puding Roti Cheese Chocolate Chips Tanpa Telur ni.  Jadi malam tadi juga MaDiHaA godek2 sebab kebetulan semua bahan2 memang dah tersedia kat dalam peti sejuk tu.. hehe.. jadi laju jelah projek dapat dijalankan.  Walaupun ada beberapa bahan tak berapa lengkap dengan sukatan tertentu... MaDiHaA tawakkal jelah agak2 sendiri sukatannya.  Ada juga yang MaDiHaA tokok tambah sikit.. jangan marah ye Zakiah.  Apa2pun.. MaDiHaA berterima kasih banyak2 pada Zakiah sebab kongsi idea ni.  Memang tersangatlah sedapnya puding roti bila digandingkan dengan cream cheese & choc chips tu.. anak2 pun suka.  MaDiHaA pun pernah sekali dulu buat puding roti bercheese... boleh klik SINI.. tapi resepinya ada sikit kelainan la ye.  Yang kelakarnyakan.. MaDiHaA buat puding roti dulu tu pun guna kerak roti lebihan sandwich juga... hahahaha... adoiiii..

Ok jom cuba resepi ni.  Sapa2 yang rasa mcm teringin tu.. bolehlah cuba ye.. dalam adunan topping tu.. kalau u all takde masalah mkn telur.. menurut Zakiah boleh juga tambahkan 1 biji telur masa memukul.. MaDiHaA ni nak elak telur sebab anak baru lepas bersunat & masih berpantang.. itu je sebabnya.. hehe..


Puding Roti Cheese Chocolate Chips (tanpa telur)
Resepi Idea : Zakiah Zainuddin

Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna
(saiz loyang 9" x 9")
(tulisan warna oren bahan2 yang MaDiHaA tambah)

Bahan lapisan bawah
400 gm roti (dalam kes MaDiHaA ni roti kena timbang sebab menggunakan kerak2 roti lebihan buat sandwich.. jika guna roti kepingan.. anggaran 12 keping kot)
2 1/2 cawan susu segar 
2 sudu besar tepong jagung
2 sudu besar gula perang

3 sudu besar mentega ~ cairkan


Topping
250 gm cream cheese
1/3 cawan gula perang
1/3 cwn susu segar
2 sudu besar tepong jagung
1 sudu besar jus lemon
Choc chips secukupnya (MaDiHaA hanya tabur choc rice & chips dwi warna tu.. lupa lak apa namanya.. chips yg warna putih + coklat tu)



Cara menyediakan
1. Sapukan butter pada dasar & keliling loyang.  Koyak2kan roti (dalam kes MaDiHaA tak perlu nak koyak2 lagi roti sebab memang menggunakan perca kerak2 roti) & masukkan roti ke dalam loyang.  Bancuh tepong jagung bersama dengan susu sehingga rata.  Masukkan gula & kacau sehingga larut.  Campurkan susu serta butter yang dicairkan.  Tuangkan ke atas roti tadi & biarkan sehingga roti kembang.  Tekan2 sikit roti supaya semua roti meresap susu.
2. Sebelum menyediakan topping, bolehlah panaskan oven 170C. Pukul cream cheese, gula perang, susu segar, tepong jagung & jus lemon sehingga rata.  Tuangkan topping di atas lapisan roti tadi.
3. Taburkan pula chocolate chips secukupnya. Bakar puding anggaran 30 - 35 minit mengikut oven masing2.  Tunggu puding sejuk sebelum dipotong & hidangkan.

Selamat mencuba!



13 comments:

Gee® said...

Nak sikit puding roti...

Qhaifa Nur said...

sayang nak buang kulit roti tu...
akhirnya dapat resepi yang best juga ni...sedaplah

ilahjy said...

Wow ada topping cis gituuu.. nk tiru laaa hihi untung sibujang...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Boleh dicuba ni Madiha sebab tak ada telur, nampak macam sedap jer tu.. :)

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...kak madiha bak mai seketui..suka bab resepi yg x der telur ni.......

Fazleyatul Aini said...

faveret jugak puding roti ni. bakar garing sket hehehe

m.u.l.a.n said...

wooaaahhh.... boleh try ni...

m.u.l.a.n said...
This comment has been removed by the author.
m.u.l.a.n said...
This comment has been removed by the author.
m.u.l.a.n said...
This comment has been removed by the author.
tun_telani said...

alahai... skrg semua menu ber-cheese.. stress je nengok. tp kalau dh terasa mcm nk makan tu, mmg xingat dh pasal diet.. hihi

Rosa C said...

Este puding tiene una pinta estupenda. Me gusta mucho.
Besos.
Rosa.
http://lacuinaderosa.blogspot.com

Inspire Boutique ..SZI said...

Assalam.. Nampak sedap je.. Selalu kalau ada roti tak abih, plg mudah buat puding roti.. Ni ada kelainan sikit.. Mesti cuba ni.. TQ for the recipe.. Saya pulak tgh usaha nak tambah berat badan.. Sesuai sgt la ni.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...