Wednesday, June 11, 2014

Tauhu Ayam Kukus Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Sebenarnya dah lama juga mencuba resepi ni.  Resepi yang berlegar2 di dalam blog & FB.  Masa mula2 nampak resepi ni kat blog seorang blogger. Berkobar2 nak copy resepi.. tapi malangnya blog beliau tak benarnya resepi dicopy kerana sengaja disetting supaya pengunjung tak boleh nak copy apa yang ditaip.  Hmmm... terbantut sekejap nak mencuba. hihihi... Namun rasa minat terhadap tauhu.. ku cuba2 juga dengan mengodek resepi mengikut kuantiti bahan sendiri berdasarkan bahan2 yang boleh ingat dalam kepala.  Nak menyalin malas sangat.. jadi simpan dlm memori jelah.  Bila sampai rumah.. godek2 sendiri ikut bahan yang ada dalam simpanan.  Alhamdulillah.. menjadi juga rupanya walau tak ikut sukatan dalam resepi mereka... 

Terima kasih yang berkongsi idea resepi menarik ni ye.  Resepi di bawah hasil godek2 sendiri resepi ikut bahan yang ada kat rumah masa tu... Yang berminat dengan tauhu bolehlah mencuba... En. suami makan cicah dengan sambal kicap... sedap pepalih katanya.. hehe....  Pada yang nak gantikan isi ayam dengan isi udang pun boleh.. kita yang buat dia kan..

Jom tengok resepi... sesuai juga ni jadikan juadah berbuka puasa nanti...



Tauhu Ayam Kukus Goreng
by MaDiHaA

Bahan2
300 gram isi ayam
3 keping tauhu biasa
1 keping tauhu lembut (yg dalam kotak 4 segi tu)
2 biji telur B

1 biji bawang besar ~ cincang
sedikit hirisan daun sup & daun bawang
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus
lada sulah secukupnya
garam secukupnya

Bahan lain
1 biji telur ~ dikocok
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Kisar isi ayam, tauhu biasa & tauhu lembut sehingga halus menggunakan pengisar kering.  Gaul sebati kesemua bahan kisar bersama 2 biji telur, bahan hiris & bahan perasa.  Masukkan dalam loyang & kukus sehingga masak.
2. Sejukkan tahu sebentar kemudian bolehlah dipotong ikut saiz disukai.
3. Panaskan minyak masak, celupkan tauhu dalam telur yang dikocok & masukkan dalam minyak panas. Ulangi satu bersatu & gorenglah tauhu hingga keemasan.
4. Hidang tauhu dengan sos cili pilihan atau sambal kicap.  Terangkat!!

Selamat mencuba!

10 comments:

Fazleyatul Aini said...

cam best je kak
mudah pon mudah kan

mui mui said...

Hi Kak MaDiHaA,
Sedapnya tauhu kukus ayam goreng ni!! Terima kasih sudi berkongsi ya!!
mui

umi's cup cake said...

Salam kak madihaa,
sedapnya..buat lauk pun sedap ni

saharul said...

memang minat makan tauhu...goreng pedas sikit...fuh..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Ratna..
Yana pun peminat tauhu gak..nnt boleh cuba resepi nii..nmpk cam sedap je..jom merempit cari tauhu dulu hihiii ^__^

kakrose said...

Ada juga perasan blog yg share resepi ni. Bak kata Ratnalah..malas nk salin. Bila teringin nak buat dah tak ingat resepi camne. Akk pun peminat tahu..

Anonymous said...

Salam kak..sedapnya tauhu ayam kukus ni.Boleh masuk list utk menu berbuka nanti ni.Tq share resipi ye kak

Unknown said...

mesti sedapkan kak.. kasik anak2 mesti diorang suka.. :D

TukangKebun said...

WAH SYOKNYA DAH LAH SAYA NI MEMANG PEMINAT TAUHU.`

Kak Ratna, Dikocok tu apa?

Unknown said...

Hri ni nk buat utk menu bbuka. Troma ksih ats pkongsian. Pernh mkn kt kedai tp x tau resepi. Sdap sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...