Wednesday, July 8, 2015

Sayur Asam Keladi

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Sekarang ni tak dapat nak update laju-laju sangat.  Banyak perkara yang perlu diselesaikan selain mengadap blog.  Tambah2 sekarang ni telefon bimbit MaDiHaA dah rosak, makanya.. nak ambik gambar pun dah tak macam dulu lagi.  Terpaksa ambik gambar guna handphone anakanda yang mana hasilnya kurang memuaskan. Untuk sementara terpaksalah pinjam telefon bimbit dia dulu sementara ada rezeki beli yang baru.  Anak dara kat asrama tu memang tak boleh bawak handphone dia yang ni sebab dikira sebagai smart phone. Warden asrama/cikgu sekolahnya hanya benarkan bawak handphone yang cikai2 yang paling bodo je katanya.. hehehe.. maknanya tu hanphone yang hanya boleh buat panggilan & sms sajalah tu yang dibenarkan. Tapi tulah.. bawak handphone cikai pun boleh hilang.  Kalau nak cerita pasal hilang.. paling sedih bab hilang duit lah.. dah berkali2 hilang.. Sabor jelah. Itulah asam garam dok asrama... walaupun dok asrama sekolah agama... bab-bab kecurian masih tak dapat dielakkan.

Oklah hari ni kongsi resepi sayur asam keladi atau asam rebus keladi pulak ye.  Ini antara menu kegemaran MaDiHaA juga ni tapi jarang2 dapat memasak atau merasa lauk macam ni kerana kesukaran untuk mendapatkan keladi kat sini.  Baru2 ni kami pulang ke kampong MaDiHaA.. ma MaDiHaA cakap pokok keladi kat belakang rumah tu sedang molek dah besar kalau nak dibuat sayur.  Apalagi.. laju jelah kitorang mengerjakannya walaupun masa tu tengah panas terik.  Masak awal2 tengahari tu sebab  kami nak bertolak balik awal ke PJ semula sebab masa masak tu dah hari Ahad.  Tak mau balik lewat lepas berbuka takut mengantuk kat jalan, jadi kami bawak bekal saja & alhamdulillah.. sempat berbuka kat rumah dengan lauk sayur asam keladi yang marbeles ni.  Haishh.. kalaulah bukan kerana bulan puasa.. siap masak tu dah ku ratah bermangkuk2.. hehehe...

Ok dah... jom kongsi resepi pulak ye.  Mohon maaflah sebab gambar memang tidak memuaskan.  Sebenarnya masih ada lagi baki gambar2 dari kamera handphone yang rosak tu, tapi saja MaDiHaA keluarkan dulu resepi yang ni. Kita gilir2lah ye. Harap2 adalah rezeki MaDiHaA untuk dapatkan pengganti handphone yang baru nanti. Haii.. dugaan... waktu2 nak pakai duit banyak ni lah.. handphone ku meragam..



Sayur Asam Keladi
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3 perdu pokok keladi sederhana besar.
7 keping asam gelugur
Garam, gula, perasa secukup rasa
1 jug blender air (guna blender selepas kisar bahan dibawah.. tujuan supaya lebihan yang melekat tu dapat diambil supaya tidak membazir)
Daun kesum secukupnya
 
Bahan kisar
2 biji bawang besar
20 biji cili kering ~ belah, buang biji & rebus
4 ulas bawang putih
Segengam ikan bilis yang dah siap dibersihkan ~ rendam sekejap
1/2 inci belacan

Cara menyediakan
1. Keladi dikupas kulitnya & dipotong sederhana besar. Batang keladi pula disiat kulit arinya & potong2 saiz kesukaan & rendam dalam bekas berisi air.
2. Cuci bersih keladi tadi & rebuskan dengan asam keping sekejap. Angkat, tos & ketepikan dahulu. Asam kepingnya usah dibuang.
3. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan air dalam jug blender tadi & masukkan airnya dalam bahan kisar tadi.  Didihkan sehingga mendidih.
4. Masukkan asam keping lebihan yang 2 keping tadi berserta keladi yang direbus. Tambah garam, gula & bahan perasa secukup rasa. Biarkan mendidih sekali lagi. Akhir sekali masukkan daun kesum & kacau2 sekejap. Agak2 dah secukup rasa bolehlah diangkat & hidangkan.

Selamat mencuba!

3 comments:

Fazleyatul Aini said...

sedapnya kak hirup masam2

adda syuhada said...

omgggggg sayur asam keladiiii...my favourite ni ...

lizahanum said...

assalammualaikum kak..

lama saya tak singgah sini....:)

kecur tengok sayur keladi tu...my favorite tu...nampaknya,hari ni kena pi cari dan masak sayur nie lah gamaknya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...