Assalamualaikum & salam sejahtera....
Dok buat kek untuk order... tetiba tekak ni teringin pulak nak makan kek kosong tanpa icing. Yang ada buttercream tu kureng sikit sebab cepat muak. Hmm... sedapnya dpt mkn kek marble ni.... Dah ramai yang mencuba kek Nina yang diambil dari forum@cari. TQ semua yang kongsi semula resepinya. MaDiHaA ambil dari blog Nadz...... minta izin share kat sini pulak ye. MaDiHaA pun ikut cara Nadz yang tak asingkan telur... sebab masa yg suntuk.. malas nak byk2 keje.. hihi.. dasar pemalas kan? TQ Nadz.
KEK MARBLE
LEMBUT NINA
Source : Azie Kitchen, Intai Dapur, Coretan dari dapur Noor Masri
Tried by :
Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan
:
8 oz/ 227 gm
mentega
6 oz/ 170 gm
tepung gandum
6 oz/ 170 gm
gula kaster
5 biji telur
dari peti ais
3 sudu besar
susu pekat manis
1 sudu teh
baking powder
1 sudu teh
asen vanilla
1 sudu besar
ovalette
3-4 sudu
besar serbuk koko
Cara-cara:
Ayak tepung
bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga
kembang.
Di dalam
bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi
sedikit hingga adunan rata.
Masukkan
telur kuning sebiji -sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan
ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali
masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan
adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco/perisa pilihan
anda.
Tuang adunan
ke dalam loyang 8 inci secara berselang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek
dengan menggunakan chopstick/ lidi sate.
Bakar pada
suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. (Nadz bakar pada suhu 175C,
45-50 minit).
NOTA NADZ:
Nadz
menyediakan adunan kek ini tanpa mengasingkan putih telur dengan kuning telur
seperti cara di atas. Nadz adun seperti berikut:
Ayak tepung
bersama baking powder. Putar mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan
susu, ovalette dan asen vanilla. Adun sebati.
Masukkan
telur satu per satu sambil terus memutar.
Akhir sekali
perlahankan speed mixer dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan adun
rata.
Bahagi
adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan
gaul sebati.
Tuang adunan
ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas baking secara
berselang seli untuk mendapatkan corak marble.
Bakar pada
suhu 175°C -180°C selama 45-50 minit.
Jika
menggunakan cara ini, gunakan telur pada suhu bilik, bukan telur yang masih sejuk
dari peti ais.
Setelah
mencuba, kek ini ternyata memang kena dengan selera Nadz. Lembut dan gebu serta
moist. Jadi apa lagi, cubalah ye.
NOTA KAK
NOOR MASRI:
Kalau
menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan
tangan, harus pukul lebih lama kerana adunan mesti kembang dan rata.
Selamat mencuba!
6 comments:
nampak gebu tu madiha..
akak pun dah lama tak membaking..
nanti boleh cuba..
aduh sedapnye kak...terbayang bau semerbak baru keluar dari oven....potong suam2 gitu masuk mulut..aduh kak bikin teliur betl nie...lieya dah snap resepi...mcm nak try buat nanti...ajak budak2 ni membaking...
Sedapnyaa, nani tak pandai buat kek. Huhu
hmm..sedapnya tengok! teringin nak buat kek marble ni, tapi belum ada kesempatan dan jumpa resepi yang mudah macam ni..insyallah akan cuba nanti..:)
Assalamualaikum,
Terima kasih kongsi resepi, semalam saya dah cuba alhamdulillah menjadi.. nyammss...
keliatannya sangat enak kuenya !!
Terapi Obat TBC
Post a Comment