Thursday, October 15, 2015

Kek Marbel Lembut Nina



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Dok buat kek untuk order... tetiba tekak ni teringin pulak nak makan kek kosong tanpa icing.  Yang ada buttercream tu kureng sikit sebab cepat muak.  Hmm... sedapnya dpt mkn kek marble ni.... Dah ramai yang mencuba kek Nina yang diambil dari forum@cari. TQ semua yang kongsi semula resepinya. MaDiHaA ambil dari blog Nadz...... minta izin share kat sini pulak ye. MaDiHaA pun ikut cara Nadz yang tak asingkan telur... sebab masa yg suntuk.. malas nak byk2 keje.. hihi.. dasar pemalas kan? TQ Nadz.




KEK MARBLE LEMBUT NINA
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
8 oz/ 227 gm mentega
6 oz/ 170 gm tepung gandum 
6 oz/ 170 gm gula kaster
5 biji telur dari peti ais 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar ovalette
3-4 sudu besar serbuk koko 

Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang. 
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. 
Masukkan telur kuning sebiji -sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata. 
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco/perisa pilihan anda. 
Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci secara berselang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick/ lidi sate.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. (Nadz bakar pada suhu 175C, 45-50 minit).

NOTA NADZ:

Nadz menyediakan adunan kek ini tanpa mengasingkan putih telur dengan kuning telur seperti cara di atas. Nadz adun seperti berikut:
Ayak tepung bersama baking powder. Putar mentega dan gula hingga kembang. 
Masukkan susu, ovalette dan asen vanilla. Adun sebati.
Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar.
Akhir sekali perlahankan speed mixer dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan adun rata.
Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas baking secara berselang seli untuk mendapatkan corak marble. 
Bakar pada suhu 175°C -180°C selama 45-50 minit.
Jika menggunakan cara ini, gunakan telur pada suhu bilik, bukan telur yang masih sejuk dari peti ais.
Setelah mencuba, kek ini ternyata memang kena dengan selera Nadz. Lembut dan gebu serta moist. Jadi apa lagi, cubalah ye. 

NOTA KAK NOOR MASRI:
Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama kerana adunan mesti kembang dan rata. 

Selamat mencuba!

6 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

nampak gebu tu madiha..
akak pun dah lama tak membaking..
nanti boleh cuba..

lieyalatif said...

aduh sedapnye kak...terbayang bau semerbak baru keluar dari oven....potong suam2 gitu masuk mulut..aduh kak bikin teliur betl nie...lieya dah snap resepi...mcm nak try buat nanti...ajak budak2 ni membaking...

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa, nani tak pandai buat kek. Huhu

Cik Matahariku said...

hmm..sedapnya tengok! teringin nak buat kek marble ni, tapi belum ada kesempatan dan jumpa resepi yang mudah macam ni..insyallah akan cuba nanti..:)

ainee said...

Assalamualaikum,

Terima kasih kongsi resepi, semalam saya dah cuba alhamdulillah menjadi.. nyammss...

Unknown said...

keliatannya sangat enak kuenya !!

Terapi Obat TBC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...