Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, January 14, 2013

Kuih Pintal

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...



Diam tak diam pada 12hb Januari 2013 tempohari dah 3 tahun MaDiHaA berblogging.  Cepat sungguh masa berlalu.. Kalau dulu teragak2 nak buat blog sendiri sebab rasa sayang nak tinggalkan kenangan di fotopages.  Tapi rupanya dunia blogger lebih meriah berbanding fotopages.  Alhamdulillah kerana dibuka pintu hati untuk berblog & akhirnya MaDiHaA punya ramai teman2 yang sealiran bila dah berblog ni.  Masa berFP dulu.. tak begitu ramai yang memaparkan tentang masakan.  Boleh dihitung dengan jari... hehehe.. tapi di blog ni.. hingga tak terkira jumpa blogger masakan. Meriah sungguh & seronok dpt menimba ilmu & dapat resepi2 yang best dari kawan2... semuanya tak lokek berkongsi ilmu memasak. Terima kasih buat semua kawan2 yang baik hati. Terima kasih buat follower yang sudi ikut blog yang serba kekurangan ni ye... mudah2an perkongsian di blog MaDiHaA sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi & idea memasak bagi anda pula... Tak semua yang dipaparkan di sini idea atau resepi sendiri malah kebanyakannya adalah resepi2 yang dicungkil dari blog teman2 yang lain juga... mudah2an Allah limpahkan pahala yang berganda buat kawan2 yang MaDiHaA ambil & yang MaDiHaA cuba resepinya.. harap di halalkan dunia & akhirat ye... amin..



Oklah... untuk resepi hari ni masih berkisar dengan resepi yang dah lama MaDiHaA cuba.. sebabnya.. MaDiHaA belum dapat transfer gambar2 dari hp MaDiHaA yang bermasalah tu.. jadi untuk tatapan teman2 di blog ini supaya tak bosan dengan hidangan yang sama.. MaDiHaA kongsikan dulu gambar2 lama yang belum sempat MaDiHaA kongsikan di blog ni ye...

Kudapan yang pertama kali MaDiHaA cuba iaitu Kuih Pintal ini MaDiHaA peroleh resepinya dari adik ipar MaDiHaA.  Sedap juga layan kuih pintal sambil2 tengok TV... hehehe.. Lebih sedap jika ianya dipintal comel2. Kuih Pintal kalau kawan2 pernah beli dari kedai2 runcit tu.. memang sedikit keras... jadi hanya untuk yang bergigi kuat saja sesuai makan kuih ni.. hihi...  Masa MaDiHaA buat kuih ini waktu itu Haziq masih kecil... suka tengok dia makan.. ralit dia mengigit sikit demi sikit Kuih Pintal tu... walaupun agak keras tapi sedap sebab kuih ni taklah keras sampai takleh gigit.. masih ada rangup2nya juga.. rasanya yang lemak2 manis tu buat anak2 seronok makan sambil tengok TV... hihi

Jom tengok resepinya..

KUIH PINTAL
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan Untuk Doh
3 cawan tepong gandum
3 sudu besar marjerin
6 sudu besar minyak masak yg dipanaskan
¾ cawan air (jangan tuang habis.. tuang sikit2)
1 sudu kecil (rata) garam halus ~ larutkan dalam air
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Untuk Menyira
6 - 7 sudu besar gula pasir
½ cawan air

Cara Membuat
1. Masukkan tepong & marjerin ke dalam mangkuk menguli. Gaul rata dan jadikan serbuk roti.
2. Panaskan 6 sudu minyak masak dan tuangkan ke dalam tepong tadi lalu digaul rata lagi.
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. JANGAN tuang air sekaligus. Uli sehingga mendapat doh yg dikehendaki. 


4. Bahagikan doh menjadi bebola kecil. Rehatkan selama 10 minit dengan menutup doh dengan tuala bersih.


5. Ambil sebiji bebola doh tadi dan gelek2kan (spt gelek keropok lekor) menggunakan tangan di atas papan pencanai hingga menjadi bentuk silinder lebih kurang saiz pen. (jangan besar sangat nanti kuih tak garing di dalam) 


6. Temukan hujung silinder tadi dan pintal2kan seperti dalam gambar. Buat hingga habis.
7. Panaskan minyak & goreng kuih dengan api sederhana. Goreng kuih hingga garing. 


Angkat & tos.  

Cara Menyira
1. Masukkan air & gula ke dalam kuali.
2. Masak sehingga air gula berbuih2 dan bertali2 bila diangkat dari sudip.
3. Masukkan kuih lalu dibalik2kan sehingga rata.
4. Kecilkan api dan gaul lagi sehingga air gula kering & bersalut pd kuih.
5. Tutupkan api dan teruskan menggaul sehingga benar2 rata.
6. Siap untuk dihidangkan untuk kudap-kudapan.



Selamat mencuba!

14 comments:

hazila said...

Rasanya saya pernah nampak kuih dijual tapi tak pernah cuba lagi. Bila dah tua, gigi dah tak kuat camne nak makan....

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak...
sedap nampak kuih pintal akak ni.. kalau dah lepas pantang nanti teringin gak nak cuba.. x susah tengok kan... :) mmg semangat tu datang bila tengok anak2 suka makan kan.. :)

>>> nani takottt yang lebih.. sejak kul 6am doktor suruh mandi sblm di masukkan tiub kencing.. sejak tu juga nani dah mula tak bercakap ngan sapa2.. sbb takot lebih dari segalanya... mmg pengalaman bersalin haikal secara operation dulu meninggalkan kesan yang amat dalam.. bleeding dan tk sedarkan diri tu membuatkan nani rasa serik sekali.. tapi apa kan daya.. kita ni pompuan.. naluri keibuan untuk menimang lagi anak kecil mengatasi juga.. :) alhamdullillah.. selamat juga.. kali ni pengalaman tak lah sengeri dulu.. allah maha melindungi.. terima kasih ya allah..

ieda said...

salam kak ..]
sedapppp nyee tgk kuih pintal tuu
memang cantik dan rasanya pasti sedap !
kalau duk dekat sure akak bg ieda sikit kan kan kan ;)

faa.rosli said...

mcm sedap je...nk try la

Kakizan Omar said...

memang sedap kuih nie.. masa kecik2 dulu selalu beli kat kantin sekolah.. :D

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedap ni kunyah sambil tengok tv.. hehe

Nooriah Abdullah said...

salam Madihaa, akak baru perasan yg kuih pintal ni tak guna baking powder atau yis kan tapi nampak naik cantik jugak boleh lah try nnt memang sedap makan time santai2 kt depan tv ...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama tak makan kuih pintal ni Kak Ratna..... saya suka dah lama cari resepi... terima kasih share resepi ye kak :D

Amie said...

Masa kecik2 dulu tak banyak pilihan, kalau nampak kuih pintal ni di kedai, terus je beli...sedap! Masa tu gigi masih kuat, kunyah2 telan!

Qasey Honey said...

mcm pnh n mcm xpnh aje tgk kuih ni...klau dmkn panas tntu sedapkan kak...jadi xla keras sgt...smbil tgk tv seronok lyn ni..tau2 dh abis aje..hihi

mama sara nur said...

dah 3 tahun ye k.madiha lama tu kan..kita kenal pun kat fotopages kan he he sb masa tu sy suker cari resepi masakan2 yg blh dicuba jumpa dapur k.madiha terus terpikat dgn menu2 mcm2 tu
kuih pintal ni sedap manis, lama dah tak nampak dan makan dulu2 seingat sy lama sudah kat kg ada la makan ni

Mieza said...

Salam kak madiha..mieza ingatkan tadi macam roti pintal..ingatkan ada letak yis rupanya tak der yis..macam sedap je..tak pernah makan lagi mieza kuih ni...teringin nak minta try test sebatang heheheh

ummiaiman said...

Suka sgt tengok blog ni...salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

norhidana miswan said...

sedapnyer lah kak, tp dana tak berapa suke yg sire2 gule nih.. sesekali boleh kalu selalu muak lak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...