Assalamualaikum &
selamat pagi semua...
Hari ke dua dalam tahun
baru Hijrah 1434... semoga apa juga yang bakal kita lalui dalam tahun baru
hijrah ini adalah lebih baik dari tahun2 terdahulu... moga apa yang kurang
& segala kelemahan yang ada dalam diri kita dapat kita perbaiki supaya
menjadi seorang insan yang lebih baik di masa mendatang... amin...
Tahun baru dengan menu western? Ehh.. takdelah..
sebenarnya Shepherds (Cottage) Pie ni dah lama juga dimasak.
Rasanya dah hampir sebulan kot. Tapi kenapa lama sangat nak update ke blog ye?
Biasalah... ikut mood tuan punya blog mana satu nak update dulu... Kadang tu
sebab gambar ada banyak sangat yang membuatkan tuan blog pitam nak pilih gambar
mana.. padahal gambar yang terhasil takdelah lawa mana pun.. kakakakaka....
Oklah.. jika nak tau lebih lanjut mengapa nama
resepi ni ada perkataan "Cottage" di tengah2 tu yang mana pada
kebiasaannya kita hanya gunakan nama Shepherds Pie sajakan? Kalau nak
tahu kenapa bolehlah klik kat dapur Kak
Nor@secubitgaram kat sana ada penjelasannya... MaDiHaA malas pulak nak
terangkan sebab Kak Nor dah jelaskan secara terperinci. Kalau tak faham juga.. boleh klik kat dapur Kak
Ayu@curlybabesatisfaction pulak.. hehe..
Sebenarnya resepi ini ada banyak juga versinya.
Jadi bolehlah cuba yang mana satu berkenan di hati. Dulu2 masa zaman
belum ada blog, MaDiHaA pernah juga buat Shepherd Pie resepi Kak Rinnchan (tapi guna nama Pai Ubi Kentang) & update di Fotopages
kat SINI sememangnya sedap! Kali ni MaDiHaA cuba versi yang diolah oleh Kak Ayu (yang
menggunakan sos spagetti) yang mana resepi asalnya dari blog Chef Hanieliza.
Boleh cuba mana2 yang berkenan di hati. Kalau menu2 sebegini.. memang
jadi kegemaran anak2. Mujur satu resepi ni dapat agak banyak, jadi puaslah
anak2 makan. Kebetulan pulak masa tu adik2 & ma ada datang, jadi dapatlah dorang merasa juga. Terima kasih pada Kak Nor, Kak Ayu & Kak Liza untuk resepi ni
ye. Resepi ni ku ambil dari blog Kak Nor... mohon kongsi di blog MaDiHaA pula...
SHEPHERDS (COTTAGE) PIE
Sources Adapted from:-Hanieliza's Cooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Source : K.Nor@SecubitGaram
Bahan Kentang
1.5 kg kentang potong dadu direbus bersama sedikit garam
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
Cara:-
Rebus kentang dulu dengan sedikit garam. Bila dah empuk, buang airnya, toskan dan lecek kentang bersama dengan mentega, serbuk lada sulah, garam dan susu, hingga sebati. Bila adunan dah sebati ketepikan-(Ayu siapkan yang ini dulu supaya senang nak pipe nanti sebab dah sejuk)
Bahan Inti
500 gm daging kisar(lembu)
1 botol kecil prego sos (tomatoes/mushrooms)
2 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang halus
1 tin kecil kacang peas
1 tin kecil cendawan butang dihiris
3 biji buah tomato masak dipotong dadu
1 batang lobak potong dadu
1 biji lada merah dipotong dadu
1-2 sudu besar cili serbuk ~ k.nor guna 1sb jer (ikut sama mcm Kak Nor)
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 kiub stok ayam
1/2 botol air dari botol sos pregos(selepas tuang isi kandungan gunakan botol tu untuk menyukat air)
2 s/b tepung gandum
garam + perasa secukupnya
Mozarella cheese untuk taburan
Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Masukkan lada merah, serbuk cili. lada sulah, lobak merah, tomato dadu, daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak. Masukkan sos pregos, kiub ayam, kacang peas, garam & perasa dan air. Biarkan ia masak seterusnya. Agak2 daging dah masak dan sebati dengan bahan2, masukkan tepung gandum. Gaul rata adunan jangan pekat sangat atau cair sangat Siap untuk dibuat filling sheperd pie.
Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil, atau aluminium foil.
Bahan Sos Putih(White Sauce)
1 cawan susu segar, atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
60g mentega
60 tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar
sedikit italian herbs
Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu, sedikit serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati dan ikut consistency yang disukai.Matikan api dan siap untuk curahkan atas inti shepherd pie.
Cara Assembling Shepherd Pie:-
Inti dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) atau mangkuk aluminium foil.
Curahkan white sauce diatas. Taburkan mozarella cheese. Pipekan kentang yang telah dilecek dan digaul tadi diatas inti, ikut suka pattern macam mana atau kalau tak nak pipe just ratakan aje pun boleh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, selama 30 minit at 200C atau sehingga kentang nya dah nampak golden yellow.. Serve hot.

17 comments:
akakkkkk)))) awat banyak sangat buat ni? kalau dekat sure dapat 1 bekas tu... aduhhh.. nak pindah dok tepi umah akak lah.. tapi akak tak lama plak dok situ kan..
sedapnyaaaaaaaaaaaaaa suka la. tapi malas nak buat hehehehe
sedapnye tgk...huhu...tp kalo buat ni mst x hbs...
akak ))))
nani datang nak bagi tau... resepi ikan dah apdet.. :) special buat akak.. :)
nak!!!!
salam maal hijrah k.madiha
insyaallah kan semoga thn baru kehidupan kita lebih bermakna
wah menu barat ni memang sedap kalu dilayan kan..he he cuma sy blm try dan tak reti
perkh... akak bt dana telan liur berkali2... sungguh menyelerakan...
tak kisah lah nama dia apa, yg pnting mmg bt org telan liur
ya Allah kak...dugaan ape petang2 ni ...he he he...
tgk akak punye pie ni hah kaye tol chessenye...tebal betul cheesenye....telan air liur terliur lieya ni kak oiiiii....gitu le kalo pakar memasak, mmg tak kedekut bahan....
terliurnya tengok...
mas tak pernah try lagi buat pie...
bila nak try nie...he3
nampak sedap sangat..
alaaaaaaaaaa kakak nie buat org terliurrr mlm2 nie huhuh
buatlah satu utk saya kak !
saya nak tempah huhuhu
akk ...perghhh sedap x ingat..h ehhe kalu dekat leh ngendeng nie:)
Assalam ratna..waduh terpampang shepperd pie kat atas tu..
terasa macam dah dekat aje tau..hehe..uish akak telan air liur aje malam2 ni tau ratna..
kalau dapat buat supper me no hal punya..hahaha...
part kentang tu aje akak ikut kak liza..yang inti tu akak buat cara akak..menggunakan recipe spaghetti bologneise..thank you dear sudi mencuba recipe yg tak seberapa ni..memang puas kalau buat sendiri..
salam kak..... mende alah nih la yg kiter teringin nak buat tp tak terbuat2 (ntah ye ntah tak nak buat..hihihihi) ... nak ngecek akak dulu! nampak syedapppppp sgt222!
Sedapnyalah Madiha.... baunya sampai ke rumah kita tau! Terliur...
banyak bekas yg dapat ya.. alhamdulillah.. rezeki kan ratna :)
suka sangat dengan shepherd pie ni..hidangan simple tapi lengkap & kenyang..
Post a Comment