Assalamualaikum & salam sejahtera...
Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru Cina buat rakan2 Tionghua di luar sana terutama buat kawan2 sepejabat & juga rakan2 cyber yang bertandang ke blog MaDiHaA ni. Seronok dapat tumpang bercuti selama 4 hari sempena Chinese New Year. Walaupun 4 hari tapi penuh dengan aktiviti famili.
Hari Sabtu kami hadiri majlis kenduri kahwin adik bungsu kepada adik ipar MaDiHaA iaitu juga adik kepada arwah Ahmad Nazeri yang mati lemas yang pernah MaDiHaA ceritakan tak lama dulu. Majlis kenduri dikendalikan sepenuhnya oleh abang2 & kakak2nya kerana kedua2 orang tua mereka dah takde.. pernah juga MaDiHaA update di SINI. Sedih bercampur gembira melihat kemeriahan majlis kenduri tersebut. Tarikh 9hb Februari juga bersamaan dengan tarikh arwah ayah pengantin perempuan meninggal pada tahun lepas. MaDiHaA tak pasti samada memang tarikh tersebut sengaja di'sama'kan untuk mudah ingat atau ianya secara kebetulan. Apa2pun.. syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ma MaDiHaA juga menjadi salah sorang tulang belakang membantu & memberi buah fikiran apa yang terdaya. Yelah walaupun bukan anak sendiri yang nak kahwin.. sebagai ibu mertua.. tak sampai hati melihat menantu & adik-beradiknya membuat persiapan tanpa memberi apa2 bantuan. Hanya tinggal ma je sorang keluarga yang paling tua yang hampir dengan mereka. Manakala keluarga terdekat atau bapa & mak saudara mereka tinggal jauh di Kedah.. jadi agak susah untuk membuat sebarang rundingan berkenaan kenduri. Ma & adik lelaki MaDiHaA sempat juga ikut adik ipar MaDiHaA hingga ke pasar borong Selayang untuk membeli daging & bahan2 mentah yang lain untuk persiapan kenduri tu. Syukur sangat2 ma pun diberi kesihatan & kekuatan pada hari tersebut. Macam anak sendiri yang nak kahwin pulak gayanya... hehe... Adik MaDiHaA sendiri pun bertungkus lumus menjahit langsir baru & membuat bunga telur istimewa untuk adik ipar bongsunya tu.. Syukur juga ada jiran2 yang juga tak menang tangan membantu apa yang patut. Dengan kerjasama & bantuan dari semua pihak maka kenduri tersebut dapat berjalan dengan lancar... alhamdulillah..
Hari Ahad pula.. kenduri di sebelah pihak lelaki.. Keluarga MaDiHaA, ma & adik beradik semua pun turut sama menghantar pengantin selain adik beradik mereka & sorang dua dari jiran mereka.. Bukan jauh pun.. masih dalam Felda yang sama... cuma keluarga pihak lelaki di Keratong Lima manakala pengantin perempuan Keratong Dua.. Walaupun dalam keadaan hujan renyai2.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Habis hantar pengantin.. cepat2 balik ke rumah untuk solat zuhur sebelum kami semua pegi pula beraya di dua buah rumah sempena tahun baru Cina di rumah sahabat baik ma & arwah ayah. Yang ni memang tak boleh tidak.. jika takde apa2 hal memang wajib pegi beraya kat rumah mereka. Rutin tahunan ni dah berjalan sejak dari MaDiHaA budak2 lagi... kalau dulu MaDiHaA & adik2 yang dapat angpau.. sekarang ni.. giliran anak2 kami la pulak.. hehe... Macam tulah jugak giliran raya Aidilfitri & Aidiladha... mereka pun tiap2 tahun beraya di rumah kami.
Oklah panjang pulak berceloteh hari ni.. yelah kan.. dah 4 hari tak jengok blog... Oklah untuk hari ni berkongsi resepi yang simple ni je ye. Resepi yang MaDiHaA ambil dari blog penulis novel yang tak asing lagi iaitu Shahriah Master Chef... Terliur sangat tengok Oseng-oseng Tempeh yang bibiknya masak tempohari.. teruslah MaDiHaA godek2 juga kat rumah. Tempe memang salah satu feberet MaDiHaA... memang pantang ada depan mata.. memang tak pernah ku tolak.. hehe.. Cuma en. hubby je yang agak memilih... kalau masakan yang ada terasa manis (manis dari kicap & sos) kat lidah dia... memang dia agak kurang sikit la... tapi takper... I tetap suka! hee.... Terima kasih buat Shahriah berkongsi resepi dari bibiknya ni yer... senang aje nak masaknya.. menurut kata Shahriah.. oseng-oseng tu maksudnya tumis.. Ohhh.. gitu...
OSENG-OSENG TEMPEH
Sumber resepi : Shahriah Novelis
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
BAHAN-BAHANNYA :
3 keping tempeh *potong dadu *tidak terlalu kecil, goreng separa garing angkat dan toskan
4 batang cili hijau *hasil petikan tepi kebun mini i.. *belah dua
2 batang cili merah *hiris serong
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap manis
sedikit gula dan garam
sedikit air
minyak
BAHAN TUMISAN :
1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS sehingga layu.
Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, gula dan garam secukup rasa
dan sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan tempeh, cili hijau dan cili merah dan kacau rata, sehingga kuah
pekat atau sebati dengan tempeh.
Angkat dan hidangkan!!!
Selamat mencuba!
10 comments:
waduh bukkkkkk... bikin ngencesssss.. harus dicari tempenya dulu ya bukkk... mau bikin!
nk cube gk lah, sbb nye senang n tempe mmg feveret....
salam Madihaa..
akak pun dah lama jugak tak jenguk blog keja makin banyak makan pun makin simple, tengok oseng2 ni hati jadi teringin nak masak jugak sbb mmg tekak akaka suka yg gini manis2 dengan kicap mmg terbaikkk i loikee
Mudah-mudahan rohnya tenang di sana....amin.
Sedap nampaknya oseng-oseng tempe tu Madiha, makan dengan nasi panas ni memang kena tambah sepinggan nasi lagi!
Saya suka ratah jer Kak Ratna kalau masak tempeh... boleh cuba resepi ni :D
Kak Madiha, samalah dengan saya, kalau tempe memang tidak ku tolak lagilah kalau dioseng2 begini, bisa nambah nasinya tiga kali. Husband dan anak tak makan tempe lak, lagi bagus, sy leh bedal sorang2 sekuali, hehehe
tempe suka cicah dengan sambal kicap juga...sejak ramai kata bole jadi awet muda..rajin makan sekarang he..he..
sedapnya Nur tengok oseng-oseng tempe ni...
makan dgn nasi panas2 ni memang xtoleh kiri kanan dah.. hehe.. yummy..
tempeee...mmg sdp
memang sedap ni kak...ratah je...
Post a Comment