Thursday, February 7, 2013

Bebola Daging Telur Puyuh



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Syukur kita dapat bersua lagi hari ni... Oklah tanpa lengah2kan masa.. hari ni nak kongsi resepi yang agak istimewa hasil selongkar 'dapur Bundo' tak lama dulu.  Sekian lama teringin nak mencuba kerana tertarik hati bila melihat gambar yang bundo paparkan.. tapi malangnya masa tak mengizinkan.  Resepi2 yang memerlukan ketelitian begini hanya boleh dicuba di cuti hari minggu yang tiada lain2 hal.  Alhamdulillah baru2 ni dapatlah MaDiHaA mencubanya sebab semasa membeli bahan2 menghias pulut kuning tempohari iaitu telur burung puyuh di pasaraya.. teruslah beli sekali bahan2 untuk resepi ini.

Ok kat bawah ni resepinya MaDiHaA kongsi dengan sedikit edit/tambahan dari MaDiHaA dalam tulisan italic warna oren.  Oleh kerana MaDiHaA ada buat penambahan bahan sebab nak banyakkan kuantiti dalam pinggan.. hehe.. jadi rencah2 yang lain pun wajiblah kena tambah untuk balance kan kuahnya.  Mintak halal ye bundo MaDiHaA kongsikan pula kat blog MaDiHaA.. terima kasih banyak2 untuk perkongsian resepi ni.. memang sedap sangat.. MaDiHaA ada tambah serbuk lada hitam & kicap cair sikit untuk rasa yang lebih ummphh! hee...

yang ini versi sebelum di'mekap' hehe..

BEBOLA DAGING TELUR PUYUH

Resepi : Resipi Ibundo 
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna


Bahan:
20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya
400 gm daging cincang ramli.
1/2 biji bawang besar (MaDiHaA dadu)
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
sedikit serbuk stok ayam/daging (MaDiHaA guna 1 sudu kecil Tumix)
sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 tangkai daun sup dicincang halus halus.
Campurkan kesemua bahan di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan.  Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbukak, menangis tak berlagu pula nanti.
Buat seperti itu sehingga habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. (Goreng hingga nampak garing & masak bolehlah angkat sebab bebola ni tak bertukar warna kuning.. sebaliknya ia jadi warna gelap.. hehe)



Untuk kuah:
2 ulas bawang merah (MaDiHaA guna 3 ulas & ditumbuk halus)
1 ulas bawang putih (MaDiHaA guna 2 ulas & ditumbuk halus)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau/merah (MaDiHaA tak gunakan)
2 biji ubi kentang dipotong wedges (MaDiHaA guna 3 biji)
1 peket jagung muda (MaDiHaA tambah)
1 sudu besar sos tiram (MaDiHaA guna 3 sudu besar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam yang dikisar sendiri (MaDiHaA tambah ini) 
3 sudu besar kicap cair (MaDiHaA tambah ini juga)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air
2 cawan air (sukatan yang MaDiHaA guna)
 
Cara2 menyediakan.
1. Goreng ubi kentang.  Ketepikan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sos-sos, kicap & serbuk lada hitam.  Tambah jagung muda & masukkan air. Bila jagung muda nampak empuk, masukkan bancuhan tepung jagung.
Masak hingga pekat.
2. Sebelum dipadamkan api, masukkan bawang besar, cili, kentang dan bebola telur puyuh. Bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba!

17 comments:

lieyalatif said...

wahhhhhhhhhhhhhh!!! (itu le ayat lieya bile scroll entry akak tauuuu arini) sedsap ni kak....lain dari yg lain..takpenah tgk menu ni kak...

Marsita Yahya said...

wah meriah ni kak.

LiNa_Pg said...

Kalerful,sgt menarik...kreatif kak madihaA ni :)

faa.rosli said...

sedapnya...nyummmy

Gee® said...

wow! sedapnya meratah...

norhidana said...

perkhhhh kak... takmo lah tgk makanan sedap2 nih kak... telan liur je

beta kupu said...

tgk pun tau sdappppp

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

resepi yang best.. harus ku cuba nanti!!!

Bunda_nora said...

buat makan pengantin pun bolih jg ni...

Liza said...

mmg nmpk menggiurkn, mkn dgn nasi panas2 kompem bertambah...

Liza dah buat kek pisang bercoklat tu, sedap...thnx ye

rahel said...

Salam Kak Ratna...
Kita suka sangat mkn telur ayam or telur puyuh dibalut dengan daging cincang...len kali nak cuba pulak ni...

fazian.batrisyia said...

Lapar pulak dibuatnya tengok telur puyuh bungkus daging ni...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..nampak menarik betul resipi ni..teringin gak nak mencubanya....

ady said...

as-salam wahhh!!!sedapnye..tak payah mkn dgn nasi pun blh ni..ratah mcm tu aje pun sedap..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.madiha
kompen asben saya makan laju je kalu ada masakan ni he he telur puyuh yg comel2 tu

sabar dubai said...

Kak madiha kt jepon telur bungkus daging ni femes tauuuu...tp dah duk dubai ni..telur puyuh ni mahal gileee laaa plakkk xsanggup nk beli..jilat gambar ajeee tgk lwuk kak madiha nih

Unknown said...

Salam Ratna...
Nak lepaskan rindu ni...muaaahhh muaaahhh...hehehe

lama x makan telur puyuh ni...sedapnya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...