Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, February 8, 2013

Tempahan ~ Sandwich Telur & Sandwich Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah Ahad minggu lepas MaDiHaA dapat tempahan untuk menyediakan 60 pek sandwich telur & 60 pek sandwich sardin.  Jadi kesemuanya ialah 120 pek. Syukur ke hadrad ilahi dengan rezeki yang mendatang.  Terima kasih banyak2 pada AJK Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya yang sudi menempah sempena majlis sambutan Maulidur Rasul. Walaupun pada mulanya terasa ragu2 nak ambil tempahan ni sebab takut tak mampu nak buat (kebetulan Sabtu & Ahad minggu lepas en. husband kerja, jadi kalau buat memang kena siapkan sorang2lah) tapi akhirnya memberanikan diri juga untuk mencuba.  Kalau tak cuba kita tak tau.. Alhamdulillah walaupun tidor lewat jam 12 tengah malam... seawal pukul 2 pagi dah bangun siapkan inti sardin dan sebagainya. Hampir jam 7 pagi barulah siap sepenuhnya.  Betullah kata orang.. bukan senang nak senang.. hehe... Memang agak letih minggu lepas sebab sehari sebelum tu MaDiHaA ada tempahan Pulut Kuning Berhias. Jadi dua hari berturut2 tak cukup tidor.. Tapi takper sebab tempahan hanya diambil pada hari cuti jadi bolehlah tampung tidor yang tak cukup tu seketika.. hehe.. 


MaDiHaA kongsikan gambar2 untuk kenangan di blog ini.  Jika ada yang ingin membuat apa2 jamuan atau majlis & memerlukan packing sandwich sebegini.. bolehlah hubungi MaDiHaA untuk tempahan ye.. Hanya di sekitar Petaling Jaya & kawasan yang berdekatan sahaja.

60 pek sandwich telur


60 pek sandwich sardin


Sandwich ini tidak disertakan dengan hirisan sayuran untuk mengelakkan ia daripada cepat rosak kerana sandwich dalam kuantiti yang banyak sebegini perlu disediakan awal sebelum diambil customer.  Harap maklum.

5 comments:

Lya Colours said...

sedapnya saya suka sandwich teloq

Liza said...

fuhhh, bnyknya dpt order..kompem poket pun tebal ni....hihihii

Qhaifa Nur said...

banyaknya tempahan sandwich tuh...
minta satu boleh he..he..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sandwich tu buat SK lapar, kak Madiha. Tak apa, sayur nanti diorang leh sumbatkan sendiri.. hehehe..

SK cari tempat komen utk entry pulut kuning tak jumpa, tapi SK tetap juga nak komen betapa kreatifnya Kak madiha. Semoga bertambah melimpah rezeki buatmu, kak.

Rohah said...

cantek pulut hiasnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...