Friday, February 1, 2013

Kari Laksa ala Cina



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lewat sikit bersiaran hari ni... tiba2 pulak sibuk.. biasalah kan.. hidup kita ni ada pasang surutnya... tapi alhamdulillah.. sempat jugak jenguk blog kejap lepaskan rindu.. hihi.. Terima kasih buat semua yang tinggalkan komen & terima kasih juga buat semua silent reader.. Mohon maaf jika MaDiHaA tak sempat nak berkunjung balas atau nak membalas komen kalian semua... jika berkesempatan pasti nak juga BW tu...   

Oklah.. takmo bebel panjang2.. hari ni nak kongsi resepi Kari Laksa ala Cina yang MaDiHaA masak Sabtu lepas.  Masak double resepi kat bawah tu untuk sarapan pagi hingga ke makan tengahari... hihi.. senang kerja...  kadang2 tu malas jugak nak masak banyak kali... banyak lagi benda lain yang perlu disiapkan bila cuti hujung minggu.. so bila dah ada menu 2 in 1 gini senanglah sikit.. heee...


Oklah kata tadi takmo bebel panjang.. kan.. jadi MaDiHaA kongsikan resepi ni ye.  Resepi ambil dari blog Tun Telani yang beliau cuba dari buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina.  Terima kasih banyak2 ye Tun.. rajin Tun cuba resepi dalam buku & berkongsi pulak dengan pembaca semua.. akak mintak izin ye kongsi resepi ni kat sini.. Kari laksa ni rasa kari dia lite lite je... memang sedaplah layan.. anak2 pun suka.. si Haziq pulak suka sgt mkn laksa ni dengan tauhu pok tu letak banyak2.. nasiblah ibu dia memang letak lebih.. sukalah sangat dia sebab memang feberet dia..
 
KARI LAKSA ALA CINA
Resepi : Chef Sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Sumber: Tun Telani  & MaDiHaA


Bahan2:

Bahan A

  • 2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam (MaDiHaA guna 1/4 ayam)
  • 6 cwn air (MaDiHaA guna 5 cawan je.. untuk satu resepi)
  • 1/2 cwn minyak masak - tun kurangkn dan guna olive oil
  • 2 cwn santan

Bahan B

  • 1/2 labu bawang besar
  • 1  inch halia
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering - tun guna 2 sb cili boh
  • 1/4 cwn udang kering

Bahan C

  • 3 ekor udang - xde stok (letak lebih)
  • 2 sudu makan isi kerang (MaDiHaA tak letak)
  • 3 bj bebola ikan (letak sepeket kecik)

Bahan D

  • 1 inch kulit kayu manis
  • 1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb (MaDiHaA guna 4 sudu besar)
  • 15 helai daun kari



Bahan F

  • 2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus (MaDiHaA guna laksa kering & rendam semalaman sebelum rebus)
  • 1 bj telur rebus (ikut keperluan)
  • 2 sb hirisan timun (tak guna tapi ganti sayur bokchoi masuk terus dlm kuah)
  • 1 bj tauhu pok - tun letak banyak (MaDiHaA pun.. :-D)
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sk bawang goreng


Cara2:

  •  Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  • Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
  • Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  • Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
  • Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
  • Tabur bawang goreng dan daun sup.


Selamat mencuba!


14 comments:

FnF Simple Life said...

sedapnye kak... kat jepon takde laksa...kena la ganti udon

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy pun suka tauhu pok tu, nanti rendam lama2 dalam kuah, suka tengok ia menyerap kuah macam span, hehehehe. Bila masuk mulut, wallaaaaaaaaaaa

Unknown said...

Saya mewakili Syarikat kami Weeclicks Network Sdn Bhd ingin membuat iklan dalam website anda. Sila emel ke theng@weeclicks.com.my untuk maklumat yang lebih lanjut. Terima Kasih.

Mieza said...

mieza suka laksa lemak macam ni...sedapnya kak :)

liemaopurut a.k.a ana said...

salam diha,

Kecur tau air liur tengok kari laksa petang2 gini. X penah lagi try kari makan ngan laksa. Insyaallah bole di cuba pas ni.

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
nampak sedap...kalau kuih gini mmg favorit anak2...

tun_telani said...

adehhh.. terliur sudah.. meriah nmpk udang n ayam tu.. tun boleh geng ngan haziq lah, mmg akan letak tauhu pok tu byk2. mmg feberet jugak ^^

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.madiha
sy suka laksa ,kalu ada memang tolak tepi nasi he he
tp ni kari laksa tak penah cuba lg
macam gabungan kuah kari dan makan dgn laksa ye k.madiha
menyelerakan nampak tu dgn udang2 besar

Qasey Honey said...

wah dh buat dlu ehh kak..QH ade gak simpan resepi ni..xtau lg bile munculnye tu..hihi..mmg nmpk sedap n myelerakan la..

Marsita Yahya said...

bila lah nak cuba....

Mylesung said...

salam kak..nyum2..sedapnya..laksa biasa pun dah lama tak buat inikan pula laksa ala cina..hehe..must try nih!

Amie said...

Kagum sungguh dengan Madiha... rajin mencuba pelbagai resepi! Ini yang seronok datang sini... ada saja menu yang berbeza setiap kali bertandang!

Malay-Kadazan girl said...

Sesuai untuk tahun baru cina yang nak dekat ni.

Unknown said...

Kak tun...bahan E nya mane?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...