Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, April 3, 2013

Bihun Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Lambat sikit bersiaran hari ni... ada perkara yang perlu dibereskan.. apa2pun.. ada masa pasti cuba2 juga untuk update blog kesayangan ku ini.. hehe...

Oklah takmau merepek banyak2 hari ni.  Sekadar berkongsi resepi sarapan yang mudah & serba ringkas ni.  Tapi anak2 semua suka... sekejap je licin...  alhamdulillah..  Ada orang kata bihun goreng putih macam ni bihun Singapore kan? Tapi MaDiHaA guna nama Bihun Goreng Lada Hitam jelah sebab ramuan dalam bihun kali ni takde letak apa2 seafood seperti udang mauhun sotong.  Versi ringkas je...


 
Bihun Goreng Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut & tos
1 bungkus fishcake ~ potong kecil
10 biji tauhu pok ~ dihiris
1 cawan isi ayam yang didadu (MaDiHAa guna dada ayam)
1 biji lobak merah saiz sedang ~ disagat
Sedikit kobis diracik halus (MaDiHaA guna lebih kurang 1/4 dari kobis saiz sederhana)
1 sudu besar lada hitam yang siap dikisar
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1 sudu kecil gula

1 cawan air

Bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.  Masukkan isi ayam & fishcake & masak seketika.  Masukkan kobis & lobak merah dan kacau sebati.
2. Masukkan lada hitam, air, garam, gula & diikuti dengan tauhupok & bihun yang telah ditoskan. Gaulkan hingga sebati & sehingga bihun lembut.  Biarkan hingga secukup rasa & bolehlah dihidangkan.



Selamat mencuba!

13 comments:

Qhaifa Nur said...

anak-anak suka makan bihun macam ni..sedap kata mereka

Sofea said...

Sedapnya..dh lama x masak mihun s'pore ni..anak2 & hb suka sgt :)

Phong Hong said...

Ringkas dan sedap! Tu yang penting :)

Ayu said...

Ait..baru balik tadi..ada mee hoon lada hitam ni terus u turn..hehe..memnag sedap mee hoon goreng macam ni..kalau kat rumah akak memnag favourite sebab tak pedas buat anak2..akak kalau goreng mee gini mesti ada cili jeruk cili padi..barulah terangkat...hehe

JaSSNaNi said...

aah.. nani pun panggil bihun goreng singapore... takat tu je tau sejak kemunculan dan kegelemoran bihun ni di tanah air kita ni.. sedap.. sangat sesuai utk ibu dlm pantang.. :) hmmmm baru picnic lepas makan bihun ni gak.. sedappp

Amie said...

Walaupun versi ringkas tapi kalau dah bubuh lada hitam, ia tetap membangkitkan selera. Sedap ni Madiha.

Zaliedana said...

Bhun singapore nih feberet kat umah nih juga,sedapnyer nampk bihun hasil air tagn akk tuh..mkn ngan cili jeruk mmg terangkat nih..

Delima Zamrud said...

Ermmm dpt makan bihun nie ngan sambal kicap perrrrggghhhhh mmg mengancam kan akak fuh xpandang kiri kanan dah :)..

Nafisa81 said...

SUAMI KOI ALAHAN DGN LADA HITAM. KALAU MAKAN MESTI CHERRY BERRY. TP KOI SUKA AMAT. TAUHU POK TU YANG ADA KERAWANG-KERAWANG DALAMNYA TU YER?

Mori Said said...

Salam Madiha... simple dan ringkas...nampak sedapp...

GK Arusuvai said...

i suka mihun putih mcm ni...lagi2 jika ada black pepper mcm ni...bestnyaa

cikmanggis said...

semalam baru masak mihun putih ni .Suami akak mmg suka mihun yang tak pedas camni.Ada kawan orang Johor bubuh sup bunjut dalam bihun putin ni.Sedap jugak bau ala ala bihun sup tanpa kuah :)

ALoNa CintamaniszLite said...

sy suka bihun putih ni...tp sy ingat kena masuk jgk biji sawi tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...