Monday, July 22, 2013

Hati Goreng Kunyit

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sabtu & Ahad kelmarin kami sekeluarga pulang berpuasa di kampong. Seronok bila dapat berpuasa dengan orang tua.  Dapat masak makanan kegemaran dengan ma. Masak beramai2 & berbuka ramai2 memang sesuatu yang sangat dirindui.  Kali ni kami pulang ke kampong MaDiHaA kerana raya kali ni jika dipanjangkan umur kami akan beraya di rumah mertua.  Begitulah rutin kami setiap tahun jika beraya giliran kampong suami.. dalam bulan puasa pasti akan balik berpuasa di kampong isteri.  Begitulah juga jika sebaliknya. 

Bila raya pula.. jika keadaan mengizinkan.. selepas dua, tiga hari beraya dikampong suami.. kami akan balik juga ke kampong isteri.  Tapi jika cuti raya pendek.. tak dapatlah nak balik kedua2 kampong.  Harapnya tiadalah mak2 yang berkecil hati.  Kami suami isteri hanya tinggal mak je kat kampong.. kedua2 ayah dah takde lagi.  Masing2 ditemani oleh adik yang masing2 dah berkeluarga.  Jadi tidaklah ma atau mak keseorangan di kampong.  Risau juga kalau orang tua bersendirian kat kampong... sakit pening tak siapa yang sedar nanti..  Terima kasih pada adik & adik ipar yang sanggup hidup kat kampong temankan ma & mak... jasa kalian menemani orang tua di kampong sangat2 terpuji di sisi Allah s.w.t... Tak ramai orang muda yang sanggup hidup mencari rezeki di kampong kerana kebanyakkannya lebih suka hidup dibandar mencari rezeki & mengejar kesenangan di bandar2 besar.  Wallahualam...

Hari ni MaDiHaA kongsikan resepi Hati Goreng Kunyit yang tak sempat MaDiHaA kongsi tempohari.  Nak kongsi menu berbuka yang lain.. gambar2 belum sempat nak transfer dari handphone.  Malam tadi baru sampai ke rumah.. itupun tak tunggu berbuka.. pukul 5 petang kami dah gerak dari kampong.  Sedang molek singgah Petron Senawang isi petrol azan berkumandang.  Berbukalah kami kat situ dengan milo kotak pastu teruskan perjalanan sambil mkn kuih bekalan yang ma bekalkan dalam kereta sambil hubby memandu.  Kami siap masak awal2 lagi sebab ma suruh berbekal untuk berbuka.. siap buat popia, cucur udang.. berbekal juga lauk pauk antaranya sotong goreng kunyit, sambal petai ikan bilis, terubuk & ayam goreng & juga sayur peria pantai masak lemak campur keledek. Nasinya.. sampai rumah baru masak.. hehe.. Terima kasih ma..!




Hati Goreng Kunyit
Resepi : MaDiHaA's Hubby

Bahan2
400 gm hati lembu ~ potong nipis atau sesuai selera & gaul garam & kunyit
1 biji bawang besar saiz sedang ~ hiris
2 biji cili hijau ~ dibelah 2
1/2 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus dgn 1/2 cwn air
Minyak sikit
garam & aji sikit

Bahan ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 biji cili api
2 batang serai (masukkan serai akhir sekali & tumbuk hingga agak lunyai)

Cara menyediakan
1. Panaskan sesendok minyak lalu masukkan hati & goreng sehingga air yang terbit kering & hati nampak pejal & masak. Angkat & ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama.. tambah sikit minyak jika perlu.  Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & nampak garing. Masukkan jus asam jawa & hati. Kacau rata.
3. Masukkan garam, aji, bawang & cili  hijau.  Kacau sehingga bawang layu & sambal kering & bersalut dengan hati.  Angkat  & bolehlah dihidangkan. 

 Selamat memasak!

22 comments:

Fazleyatul Aini said...

sedap niii

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Klu HB atie dia suka hati masak kicap jer.. :)

Yatie said...

lama dah tak makan hati lembu, dulu masa kecik2 suka ratah2 gitew je kalau mak masak kering2..mmng sedap...ni rasa teinginlah plk..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
nani balik kampung nanti subuh raya.. sebab asben tak dapat cuti.. tapi takper.. bersyukur sebab boleh jugak balik raya kan.. yg penting balik kampung.. nanti raya first kat rumah mak nani.. second hari raya kot, baru gi rumah mertua.. :) hehe.. lagi pun kampung kita tak jauh.. 30 - 40 minit dah sampai.. :D bahagi tetap bahagi... sebab nak fair and square kan.. pagi raya yg penting.. :) hehehe
best akak balik kg.. dapat berbuka ngan mak kat kg.. nani tak boleh tahun ni..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
nani balik kampung nanti subuh raya.. sebab asben tak dapat cuti.. tapi takper.. bersyukur sebab boleh jugak balik raya kan.. yg penting balik kampung.. nanti raya first kat rumah mak nani.. second hari raya kot, baru gi rumah mertua.. :) hehe.. lagi pun kampung kita tak jauh.. 30 - 40 minit dah sampai.. :D bahagi tetap bahagi... sebab nak fair and square kan.. pagi raya yg penting.. :) hehehe
best akak balik kg.. dapat berbuka ngan mak kat kg.. nani tak boleh tahun ni..

Qhaifa Nur said...

nur jarang masak hati lembu kak..
kalau masak nur sorang yang makan...
nur pula tahun ni raya rumah MIL..anak2 macam tak nak kesana kak ..sebab rumah nenek banyak dapat angpau he..he..

Liza said...

bestnya dapat berbuka dgn ma kan...

tun_telani said...

salam kak madihaa.. sedih pulak baca n3 kali nih.. huhu.. tun pun duk fikir2, nnti adik tun 2 org tu dh habis sekolah n masuk uni dh xde org umah kat kampung.. kalau boleh mmg nak pindah kemaman blh duk dekat ngan mak ayah.. tp xde pulak peluang kerja tun kat sana. patut dulu study oil and gas senang mintak keje kt kerteh blh berulang alik ke kampung..
tahun ni tun pun raya kg suami. tp alhamdulillah setakat ni mmg senang apply cuti. raya sure cuti 2 minggu. huhu..

Cida de' Nuanza said...

rindu juga rasanya nk blk kg...
tp memikirkan 6-7 jam tu yg mcm x larat...
nampaknya, blk raya je la...

en garpil suka hati lembu ni...tp selalu buat masak ungkep

lieyalatif said...

sedapnye kak...lieya pun suke ati lembu...lieya mmg boleh je mkn part2 lembu selain daging...ade org tak suke kan kak....

Cida de' Nuanza said...

re: nasi daging

kekadang kena tgk beras gak kak...
kite pun kekadang risau masak nasi berempah2 ni
susah nk masak
biasanya kite ikut sukatan air yg biasa guna utk beras tu...

Gee® said...

Waaa...sedapnya... k.gee suka hati lembu goreng pedas2... meratah jer sodap...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ni kegemaran hubby saya ni...

Unknown said...

Ermm sedap nampak hati tu akak terliur tgk nyer :)

EmbunRosaliza said...

Assalam madihah, lamanya tak mkn hati goreng kunyit, sedap sangat nampak tu

Anonymous said...

Assalamualaikum madiha selalu hati lembu ni saya masak goreng kicap jer....

rahel said...

Sedapnya...confirm makcik mamam byk ni...hikhikhik

Anonymous said...

Sedap nampaknya tu kak tp saya x pernah mkn hati ni

Rohah said...

Pebret kita ni kak...ayo...dapnyeee..hehee..mcm nk rembat je..uhu..

QA's ~ mamapapa said...

sedapnya...hati goreng :))

Mas said...

suka masak gini..
sedap3...
ratah gitu pun bestkan kak

Raqinah Rahiman said...

Thank you mdm madihAa..alhamdulillah saya dah cuba wat jadi..♡♡♡♡ cuma bila hati tu saya gaul kunyit ,serbuk kari ikan dgn garam..delicious ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...